Pages

Tuesday, September 1, 2015

KENALI MEREKA: HEINRICH RUDOLF HERTZ

          Heinrich Rudolf Hertz telah dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Harmburg, Jerman dan meninggal pada 1 Januari 1894 di Bonn Jerman. Beliau adalah warganegara Jerman dan merupakan ahli fizik dan jurutera elektronik yang yang memperkenalkan hertz dan unit SI. Beliau adalah penuntut University of Kiel, University of Karlsruhe dan University of Bonn. Beliau sangat terkenal dengan electromagnetic radiation. Pada tahun 1888, beliau merupakan manusia pertama yang menunjukkan kewujudan gelombang elektromegnetik dengan membina peralatan untuk menghasilkan VHF, atau gelombang radio UHF.

          Hertz dikenali kerana sikap rajinnya untuk belajar dan mengkaji benda baru. Beliau sanggup belajar di empat buah bandar berbeza kerana ingin lebih tahu tentang bidangnya. Beliau juga mempelajari tiga bahasa berbeza iaitu Sanskit, Latin dan Arab kerana terdapat banyak jurnal dan buku-buku yang boleh menerangkan tentang bidangnya daripada bangsa-bangsa ini. Beliau juga adalah seorang yang berani mencuba untuk menghasilkan benda-benda baru dan sangat teliti dalam setiap perkara yang dilakukannya. Setiap perkara yang dilakukan olehnya dilakukan secara terperinci. Ini menjadikan beliau seorang tokoh yang sangat dikagumi.

          Sumbangan Hertz dalam bidang telekomunikasi dan elektronik penting kerana pada masa ini panjang gelombang telah diguna pakai dalam banyak teori dan hukum. Beliau telah memberi inspirasi kepada bidang telekomunikasi. Sebagai contoh, gelombang Ultra High Frequency (UHF) telah ditemui oleh Maxwell juga berdasarkan penemuan Hertz. Penemuan frekuensi gelombang radio oleh beliau telah membawa kepada revolusi komunikasi tanpa wayar menggunakan gelombang radio berfrekuensi tinggi atau Ultra High Frequency (UHF). Penggunaan yang meluas dalam menghantar isyarat radio secara meluas oleh stesen-stesen televisyen dan radio menjadikan ia begitu penting dalam sistem perhubungan maklumat.

          Di UTeM, terdapat banyak mata pelajaran yang berkaitan dengan frekuensi yang ditemui oleh Hertz seperti teknologi elektrik, peranti elektronik dan sistem kawalan. Oleh itu, pelajar dapat mengetahui lagi dengan lebih jelas apa itu frekuensi dan kegunaannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

          
Hertz telah menunjukkan potensi yang cemerlang di University of Hamburg dalam bidang sains dan juga bahasa dengan menguasai bahasa arab dan Sanskrit. Beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan kejuruteraan di Munich, Jerman dibawah tunjuk ajar Gustav R. Kirchhoff dan Hermann von Helmholtz. Hertz telah menerima PhD dalam tahun 1880 dan menjadi professor sepenuh masa di University of Karlsruhe.


       
  Penggunaan gelombang dalam kejuruteraan elektronik membawa kepada analisis gelombang radio untuk kegunaan isyarat bagi tanpa wayar. Dari sini kita dapat mengaplikasikan gelombang ini untuk mencipta alat yang dapat menghantar isyarat seperti penggera keselamatan kawalan jauh, telefon, radio, CCTV dan sebagainya.


          Ramai di antara kita telah mengetahui tentang sistem CCTV yang mana kamera akan diletakkan di sesuatu tempat yang penting seperti bank, jalan raya dan rumah-rumah orang kenamaan. Dari sini peninjau dapat melihat segala kejadian yang berlaku pada masa tersebut. Contohnya di jalan raya, pemantau dapat melihat jika berlaku sebarang kemalangan dan dapat menjalankan tindakan seterusnya seperti menghubungi pihak ambulans dan polis. Tindakan ini dapat mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya dalam kadar masa yang lama. Malah melalui CCTV juga pemantau dapat memberitahu pengguna jalan raya tentang kesesakan yang berlaku di jalan raya-jalan raya utama. Maka pengguna jalan raya dapat mengelak daripada kesesakan dengan menggunakan jalan alternatif yang lain.

Penghantar dan penerima.
          Kesepakatan antara syarikat komunikasi dan internet seperti Yahoo! telah memudahkan pengguna masa kini. Pengguna dapat melayari internet dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka sahaja. Namun pada peringkat permulaan ini tidak semua kawasan mendapat liputan internet sepertimana di bandar-bandar besar contohnya Kuala Lumpur. Semoga semua pihak bekerjasama untuk meningkatkan kualiti system komunikasi negara agar menjadi lebih baik.

          Kerjaya-Kerjaya daripada hasil bidang yang dipelopori oleh Hertz ini bertumpu dalam bidang telekomunikasi seperti jurutera komunikasi tanpa wayar. Antara syarikat-syarikat yang terkenal dalam bidang ini adalah Seimens, Nokia , Motorola. Melalui perkhidmatan telekomunikasi juga banyak menawarkan kerjaya seperti telefonis dan operator. Kerjaya seperti ini secara tidak langsung menjamin keselamatan negara contohnya menjaga talian kecemasan negara. Jika ada berlaku kebakaran atau pun kemalangan jalan raya, orang ramai mampu menghubungi operator dan telefonis untuk disambungkan kepada pihak yang berwajib untuk menangani kes-kes yang terjadi.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->