2. JENIS- JENIS AIR COND
Sistem penyamanan udara terbahagi kepada empat bahagian:
1. Sistem penyamanan udara unit tingkap ( Window unit )
2. Sistem penyamanan udara unit pisah ( Split unit )
3. Sistem penyamanan udara unit pisah berbilang ( Multi split unit )
4. Sistem penyamanan udara unit bungkus / kemas siap ( Package unit )
5. Sistem penyamanan udara unit komersial ( Perdagangan )
2.1. Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap
suhu secara berasingan.
(ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang
banyak.
(iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah
(kekal).
Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
(ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa
dipecahkan.
(iv) Sekiranya berlaku kerosakan, sukar untuk menurunkan unit tersebut kebawah berseorangan.
Bagaimanapun dewasa ini unit tingkap begitu popular digunakan di rumah-rumah dan di pejabat-pejabat yang mempunyai ruangan yang kecil
2.2. Penyamanan Udara Unit Terpisah
Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah:
(i) Lekapan dinding.
(ii) Lekapan lantai.
(iii) Gantungan siling.
Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa
ini kerana :
(i) Pemasangannya lebih mudah dan cepat.
(ii) Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya
sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm.
(iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi.
Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah
mengikut kehendak pengguna.
(v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.
2.5. Kebaikan unit terpisah berbilang
(i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.
(ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap.
2.6. Basic Component Air Cond
1. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat )
2. Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan )
3. Compressor
4. Capillary Tiub
SISTEM PENYAMANAN UDARA
JENIS-JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA
Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan
di negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial . Bab ini
diterangkan sistem penyamanan udara komersial dan domestik yang
merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan udara.
Sistem penyamanan udara terbahagi kepada empat bahagian:
1. Sistem penyamanan udara unit tingkap ( Window unit )
2. Sistem penyamanan udara unit pisah ( Split unit )
3. Sistem penyamanan udara unit pisah berbilang ( Multi split unit )
4. Sistem penyamanan udara unit bungkus / kemas siap ( Package unit )
5. Sistem penyamanan udara unit komersial ( Perdagangan )
2.1. Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap
Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi
sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik.
Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika
dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah
unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah
bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan
pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk
memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan
sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya.
Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawalsuhu secara berasingan.
(ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang
banyak.
(iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah
(kekal).
Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
(ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa
dipecahkan.
(iv) Sekiranya berlaku kerosakan, sukar untuk menurunkan unit tersebut kebawah berseorangan.
Bagaimanapun dewasa ini unit tingkap begitu popular digunakan di rumah-rumah dan di pejabat-pejabat yang mempunyai ruangan yang kecil
2.2. Penyamanan Udara Unit Terpisah
Unit terpisah (split unit) adalah sistem penyamanan udara yang
berasingan unit penyejatan dan pemeluwapan. Unit ini terbahagi kepada
dua bahagian iaitu unit dalam dan unit luar. Unit dalam terdiri
daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit luar pula terdiri daripada
pemeluwap, pemaipan, kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang
dipasangkan setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan
berasingan. Unit dalam dipasangkan di dalam bilik yang hendak
dinyamankan sementara unit luar dipasangkan di luar bilik.
Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah:
(i) Lekapan dinding.
(ii) Lekapan lantai.
(iii) Gantungan siling.
Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa
ini kerana :
(i) Pemasangannya lebih mudah dan cepat.
(ii) Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya
sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm.
(iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi.
Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah
mengikut kehendak pengguna.
(v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.
Sungguhpun harga sistem penyamanan udara unit terpisah lebih tinggi
daripada unit tingkap, sistem tersebut lebih digemari oleh para
pengguna yang mementingkan konsep keselesaan, sunyi dan daya penyerapan
haba yang baik.
2.3. Pemaipan unit luar dan unit dalam
Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Unit luar
dan unit dalam dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua
unit. Untuk menyambungkannya, lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm
diperlukan.
Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup
untuk kitarannya. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi semasa
kerja-kerja pemasangan kecuali melakukan sedikit pembersihan (purging)
pada unit dalam untuk menyambungkannya dengan unit luar. Berbanding
dengan unit tingkap, pemasangan unit terpisah memerlukan masa yang agak
panjang untuk menebuk dinding atau tingkap.
2.4. Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang
Penyamanan udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai
satu unit luar dan beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang
digunakan ialah dua unit dan tidak melebihi tiga unit. Unit dalam yang
digunakan boleh didapati daripada ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah
mengikut citarasa pengguna. Unit terpisah berbilang ini digunakan pada
kediaman atau pejabat yang mempunyai bilik yang banyak. Unit terpisah
berbilang mempunyai beberapa kebaikan walaupun harganya tinggi. Di
samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.
2.5. Kebaikan unit terpisah berbilang
(i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.
(ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap.
(iii)
Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini
tidak jauh bezanva daripada unit terpisah kecuali unit luarnya
disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam . Unit Iuarnva pula
mestilah berkeupayaan untuk memampat dan menyingkirkan haba dan dua atau
tiga penyejat. Oleh itu, banyak alat tambah digunakan, seperti
subakumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah
haba,dan penerima.Tujuannya ialah untuk meninggikan keupayaan dan
sebagai langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut
2.6. Basic Component Air Cond
1. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat )
2. Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan )
3. Compressor
4. Capillary Tiub
No comments:
Post a Comment