5. CONDENSOR
TAJUK : PEMELUWAP(CONDENSER)
Kertas penerangan ini menerangkan tentang fungsi-fungsi condenser dan spesifikasi yang terdapat pada komponen tersebut. Di harap pada pelajaran ini para pelatih akan dapat memahami semua yang diterangkan dan dapat mempraktikkannya di dalam kerja amali yang akan dijalankan.
PENERANGAN :
Fungsi condenser ialah menyingkirkan haba dari sistem penyejukan. Telah diketahui bahawa penyejukkan ialah proses pemindahan haba dari tempat yang tidak memberi halangan. Jadi melalui condenser haba akan dikeluarkan dengan cara diserap oleh media(udara) yang dapat menyerapnya. Bahan pendingin yang berbentuk wap mengalir masuk kecondenser mengandungi haba yang yang diserap di evaporator, haba lampau(super heat) dan haba mampatan yang bersuhu dan bertekanan tinggi. Haba-haba tersebut akan disingkirkan dan akan disejukkan ketakat didihnya. Ini bermakna sensible heat(haba deria) dan latent heat(haba pendam) dikurangkan lalu bahan penyejuk bertukar bentuk daripada wap kececair.
Teori Proses Penyingkiran Haba Di Condenser.
Rajah diatas menunjukkan garisan suhu °C ialah garisan menegak dan garisan melintang ialah garisan kandungan haba Kcal/kg. Bahan pendingin berbentuk cecair disemua kawasan disebelah kiri A. Disebelah kanan B pula ialah berbentuk wap. Bahan pendingin didalam garisan A dan B berbentuk wap dan cecair, atau lebih dikenali kawasan campuran.
Bahan pendingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi akan mula masuk ke condenser di tempat 1. Proses pemindahan haba berlaku dimana suhu menjadi kurang dari 40°C ke 30°C iaitu proses dari 1 ke 2 dan haba yang dipindahkan ialah haba lampau. 2 ialah takat tepu. Proses pemindahan haba terus berlaku dari 2 ke 3 dan haba yang dipindahkan ialah haba pendam.
Bila haba pendam dipindahkan atau disingkirkan lalu bahan pendingin akan bertukar bentuk dari bentuk wap ke cecair. Haba deria tidak sedikitpun dipindahkan dari proses 2 ke 3. Seterusnya proses sub-cooling pula mengambil tempat iaitu proses 3 ke 4 dimana suhu dikurangkan dari 40°C ke 30°C dan haba deria disingkirkan. Dicondenser proses pemindahan atau penyingkiran haba berlaku berperingkat-peringkat. Mula haba lampau disingkirkan diikuti dengan haba pendam dan haba deria(proses sub-cooling). Kesimpulanya. Haba deria dan haba pendam disingkirkan dicondenser. Bacaan kandungan haba deria dan haba pendam diambil lalu dibuat perbandingan.
Haba lampau 141 kcal - 140 kcal = 1
Haba deria 107 kcal - 105 kcal = 2Jumlah = 3 kcal
Haba pendam 140 kcal - 107 kcal = 33 kcal.
Dari kiraan diatas menunjukkan haba yang banyak sekali disingkirkan oleh condenser
ialah haba pendam.
Keupayaan condenser.
Pemindahan atau penyingkiran haba dicondenser ialah cara pengaliran pada dinding tiub yang digunakan. Keupayaan condenser bergantung pada luas meter2 condenser dan perbezaan suhu diantara condensation bahan pendingin dengan media penyerap haba jika faktor U tetap.Jika faktor U dan luas meter2 condenser pula tetap maka keupayaan condenser bergantung pada perbezaan suhu condensation bahan pendingin dengan media penyerap haba. Kesimpulanya, keupayaan condenser boleh ditambah dan dikurangkan dengan meninggi atau mengurangkan perbezaan suhu.
Media dan Jenis-jenis condenser.
Udara dan air digunakan sebagai media untuk menyerap haba dari bahan pendingin dicondenser. Udara dan air digunakan kerana ia murah dan mudah diperolehi.
Jenis-jenis condenser
1. Air cooled condenser(pemeluap sejuk air)
2. Water cooled condenser(pemeluap sejuk air)3. Evaporative condenser(pemeluap cairwapan)
Air cooled condenser.
Media penyerap habanya ialah udara yang melalui dicondenser.
Ia terbahagi kepada dua :2. Forced convection(menggunakan kipas)
Condenser yang tiada menggunakan kipas bergantung pada luasnya kawasan
sentuhan udara dan tiub bagi proses pemindahan habanya. Tapi mestilah
berhati-hati semasa membentuknya supaya kos bahan yang digunakan tidak
terlalu mahal. Kos bahan dan saiz condenser mestilah seimbang. Air cooled
condenser boleh didapati dalam tiga bentuk.
1. Tiub kuprum atau besi keluli sering digunakan. Kawasan sentuhan bagi proses
pemindahan haba cuma tiub itu sahaja.
2. Kawasan sentuhan telah ditambah dengan adanya jaring-jaring yang diperbuat
daripada rod besi keluli.
3. Kawasan sentuhan lebih meluas setelah tiub dilekatkan pada plate.
* ketiga-tiga bentuk condenser diatas digunakan pada sistem domestik.
Condenser yang menggunakan kipas, keupayaan condenser ini boleh ditambah dengan menyembur udara kepermukaan condenser. Kipas digunakan dan fins(sirip) dilekapkan pada gelong condenser agar udara dapat diarahkan tepat kepermukan condenser. Kipas jenis propeller digunakan. Pilihan kipas bergantung pada beberapa faktor seperti rintangan udara, takat bising, keluasa tempat dan sebagainya.
Halaju Udara (meter/minit) = Kandungan udara(meter3/minit)
Luasnya permukaan condenser(meter2)
DISMANTLE & ASSEMBER CONDENSER
Sebagai seorang Mekanik Penyaman Udara , adalah penting untuk mengetahui kedudukan yang sesuai ketika hendak memasang outdoor unit. Ini kerana kedudukan menempatkan outdoor unit pada tempat yang salah boleh mempengaruhi kapasiti penyejukan penyaman udara yang telah dipasang. Lokasi pemasangan yang sesuai bagi outdoor unit
1. Pembebasan haba dari outdoor unit tidak terhalang. (Heat radiation of
condensor not restricted)
2. Di pasang pada tempat yang kukuh. ( Firm foundation , solid wall )
3. Panjang tiup mestilah mengikut specifikasi. ( Withing specified tubing length )
4. Hindarkan dari terkena percikan air. ( Avoid water splashing )
5. Elakkan dari mudah di sentuh / gapai oleh kanak-kanak atau haiwan. ( Avoid unit
reached by children / animals.
6. Mudah untuk melakukan pembaikan ataupun penservisan. ( Easy for inspection
and maintenance )
Pemasangan outdoor unit yang salah :
Permasalahan yang sering dihadapi oleh mekanik atau juruteknik hawa dingin ialah kedudukan outdoor terbabit jika melibatkan lebih dari 1 unit.Kedudukan penyusunan outdoor unit yang salah seperti gambarajah diatas boleh menyebabkan unit tidak dapat berfungsi dengan sempurna ini kerana pembebasan haba yang dikeluarkan oleh outdoor unit tidak dapat bergerak dengan baik.Ini boleh menyebabkan kapasiti peyejukan berkurangan dan boleh menyebabkan jangkahayat pemampat berkurangan kerana bekerja dalam keadaan beban yang tinggi. Gambarajah A menunjukkan kedudukan yang betul ketika menyusun outdoor unit yang lebih daripada 1 unit.
Peredaran udara yang terhalang , juga boleh menyebabkan kapasiti penyejukan sistem tersebut berkurangan.Ini kerana udara panas yang disingkirkan oleh pemeluwap tidak terlepas keluar dan udara panas tersebut akan kembali semula ke pemeluwap dan suhu udara panas yang disingkirkan akan bertambah dari masa ke semasa.Jangkahayat pemampat juga akan pendek disebabkan sentiasa bekerja dalam keadaan beban yang tinggi.
No comments:
Post a Comment