Pages

Wednesday, January 13, 2016

9. KOMPONEN UTAMA/ CARA KERJA/ ASSEMBLE COMPONENTS ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

9. ASSEMBLE COMPONENTS (pemasangan/ exclude Reefer Container)

KITARAN ASAS PENYEJUKAN


          Kitaran asas penyejukan ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana wap bahan pendingin disedut oleh pemampat dan dinyahcas ke pemeluwap. Pemeluwap kemudiannya akan menyingkir haba yang diserap oleh penyejat. Wap bahan pendingin akan kembati ke cecair setelah haba dising-kirkan. Cecair bahan pendingin kemudian, akan masuk ke penyejat melalui peranti permeteran. Di penyejat, haba akan diserap apabila cecair bahan pendingin bertukar ke wap (proses sejatan).

Fungsi komponen utama dalam sistem penyejukan


    1. Condenser ialah untuk menyingkirkan haba yang diserap di penyejat. Semasa haba dising-kirkan, wap bahan pendingin akan bertukar menjadi cecair. Tekanan dan suhucecair bahan pendingin di pemeluwap masih tinggi. Cecair ini kemudiannya akanmengalir ke tangki penerima
    2. Receiver tank berfungsi untuk menerima cecair bahan pendingin dari pemeluwap dan mem-bekalkannya ke saluran cecair. Di saluran cecair, bahan pendingin akan melalui alat pengering. Di dalam alat pengering, kelembapan yang ada pada sistem akan diserap. Kemudian, cecair bahan pendingin akan masuk ke peranti permeteran. 
    3. Matering devices ialah untuk merendahkan suhu dan tekanan cecair bahan pendingin.Alat ini juga digunakan untuk mengawal kadar aliran masuk bahan pendingin ke dalam penyejat supaya sistem beroperasi dengan berkesan dan tidak mem-bebankan pemampat. Cara bagaimana bahan pendingin bertukar dari suhu dan tekanan tinggi ke suhu dan tekanan rendah akan diterangkan dalam unit peranti permeteran.
    4.  Refrigerant atau bahan pendingin yang mengalir di dalam penyejat akan menyerap haba dan menjadi sejuk. Semasa penyerapan haba berlaku, cecair bahan pendingin bertukar menjadi wap dan mengalir ke saluran sedutan dan masuk ke pemampat. Pemampat akan memampat wap bahan pendingin dan proses kitaran akan berulang semulA
    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PERBEZAAN SUHU DAN TEKANAN DALAM SISTEM

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Penyambungan paip

    1) Dengan menggunakan dua Spannar Utama ketatkan dua “ Flare Nut” .
        ( Berhati – hati supaya tidak merosakan paip dekat dengan “ Indoor Unit “).


    2) Penjagaan “ Flare “.

        Tiga perkara yang perlu diambil perhatian.
             1. CLEAN = Jangan ada kekotoran di dalam paip.
             2. TIGHT = Tidak akan berlaku kebocoran gas.
             3. DRY = Tiada udara lembapan di dalam paip.


    3) Dengan mengunakan minyak refrigerant letakan di luar dan dalam permukaan
         pengembangan . Kemudian dengan berhati – hati masukan penyambungan “ Flare “ ke
         paksi tengah penyambungan “ Union “. Seterusnya ketatkan “ Nut “ sehingga ketat.
         ( Jangan menggunakan sebarangan minyak selain minyak Refrigerant ).

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    4) Dengan menggunakan “ Torque Wrench “ yang sesuai ketatkan paip dengan selamat.


    5) Gunakan “ Adjustable Wrench” atau Spannar utama untuk melonggarkan “ Flare Nut
         “ di bahagian valve penutup cecair dan penutup gas.



                                   PENDIDKAN PENYAMAN UDARA

    6 ) Masukan paip gas ( paip besar ) dan paip cecair ( paip kecil ) , paip yang besar
         mestilah berada diluar dan paip yang kecil diletakan bersama – sama dengan paip yang
         besar supaya ianya nampak kemas.


    7) Sediakan kelurusan paip sepanjang dalam 200mm supaya ianya dapat memudahkan
         masuk di paksi tengah penyambungan.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    8) Dengan menggunakan “ Spanner “ mengikut sais paip atau “ Adjustable Spanner “
         yang sesuai ketatkan dengan berhati – hati..

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    MENGECAS BAHAN PENDINGIN , MENGUJI KEBOCORAN DAN MINYAK
    BAHAN PENDINGIN.

              Mengecas adalah proses mengisi bahan pendingin ke dalam sistem melalul berbagaibagai kaedah. Mengecas ke dalam sistem penyejukan dan penya-manan udara dilakukan kerana unit tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran atau selepas menggantikan komponen-komponen pada sistem tersebut. Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, sistem tersebut perlulah diuji kebocorannya dan proses pengungsian perlulah dilakukan terlebih dahulu.

    PENGUNGSIAN DAN MENGECAS SEMULA

    Pada kebiasaannya, sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan udara telah dicas secukupnya sebelum dikeluarkan daripada kilang. Apabila berlakunya kekurangan bahan pendingin disebabkan oleh kebocoran atau penggantian alat-alat yang rosak, dua perkara perlu dilakukan, iaitu pengungsian dan mengecas. Proses pengungsian dan mengecas hendaklah dilakukan seperti berikut:

         1) Buang bahan pendingin yang ada di dalam sistem.
        2 ) Perbaiki kebocoran atau gantikan alat-alat yang rosak.
        3 ) Uji kebocoran, seperti yang akan diterangkan dalam tajuk seterusnya.
        4 ) Pengungsian sistem keseluruhannya.
        5 ) Caskan bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah atau injap service tekanan
              rendah dengan secukupnya.


    Menguji Kebocoran pada Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukan

    Menguji kebocoran boleh dilakukan dengan tiga cara, iaitu:
        (a) dengan menggunakan larutan buih sabun.
        (b) dengan menggunakan sumpitan api halida.
        (c) dengan menggunakan pengesan elektronik.

    Sebelum kebocoran dapat dikesan, pengujian tekanan dalam sistem perlulah dibuat terlebih
    dahulu. Cara pengujian tekanan dalam sistem adalah seperti berikut:
        (a) Pasangkan tolok pancarongga pada sistem.
        (b) Pastikan hos tekanan rendah dipasang pada saluran sedutan.
        (c) Pastikan hos tekanan tinggi dipasangkan pada saluran nyahcas.
        (d) Pastikan hos rawatan dipasangkan di tangki nitrogen atau karbon dioksida atau bahan
              pendingin.
        (e) Buka injap di tangki nitrogen dan injap tangan di tolok pancarongga tekanan rendah.
        (f) Masukkan gas nitrogen ke dalam sistem pada kadar tekanan di bawah 12 kg/cm2.
        (g) Setelah gas dimasukkan ke dalam sistem, tutup injap di tolok pancarongga.
        (h) Setelah itu, barulah proses mengesan kebocoran dapat dilaksanakan.



    KAEDAH MENGUJI TEKANAN DALAM SISTEM


    (a) Mengesan kebocoran dengan menggunakan larutan buih sabun.
          1) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
          2) Letakkan larutan buih sabun pada semua sam-bungan atau bahagian- bahagian yang
               bengkok atau tempat-tempat yang disyaki bocor.
          3) Perhatikan dengan teliti keadaan buih sabun tersebut. Jika terdapat kebocoran, biuh
              sabun tersebut akan membesar (menggelembung).

    (Gambarajah pengujian kebocoran). 

      

    (b) Mengesan kebocoran dengan menggunakan sumpitan api halida.
        1) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
        2) Nyalakan sumpitan api halida dan halakan hos esak tersebut kepada setiap
             penyambung tiub atau tempat-tempat yang disyaki bocor.
        3) Nyalaan api ini akan bertukar warna dari warna jernih ke wama kecil hijau muda jika
             terdapat kebocoran yang kecil pada sistem. Warnanya akan menjadi ungu jika
             terdapat kebocoran yang besar. (Gambarajah dibawah).



    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    (c) Mengesan kebocoran dengan menggunakan pengesan elektronik.

              Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu. Kesan kebocoran. Mengesan kebocoran dengan menggunakan alat ini boleh juga digunakan semasa sistem sedang berfungsi kerana alat tersebut amat sensitif kepada bahan pendingin. Pengesan elektronik akan mengeluarkan bunyi siren jika kebocoran pada sistem tersebut dapat  dikesan. (Gambarajah dibawah).

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    MENGHAMPAGAS ( VACUUM ) SISTEM

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Vacuum Pump


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    Apabila kita memperbaiki kebocoran atau menggantikan alat-alat yang rosak, perlulah
    menghampagas sistem tersebut terlebih dahulu. Cara-cara menghampagas sistem dapat
    dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah diatas. Cara-caranya adalah seperti berikut:

    1. Gunakan pam vakum yang baik. Tukarkan minyak pam vakum selalu supaya pam
        boleh bekerja dengan baik.
    2. Pasangkan injap servis pada tiub servis bahagian tekanan rendah di pemampat seperti
        yang ditunjukkan dalam Gambarajah diatas.
    3. Pasangkan hos pam vakum pada injap servis dan biarkan injap tertutup.
    4. Jalankan pam vakum. Buka injap nyahcas dan perlahan-lahan buka injap servis pada
        pemampat.
    5. Jika menggunakan pam vakum yang baik, buka injap servis pada pam vakum perlahanlahan
        untuk mengelakkan minyak di dalam pemampat disedut keluar.
    6. Jalankan pam vakum kira-kira 15 minit atau sehingga 500 mikron atau 76 cm merkuri,
        pada tolok tekanan rendah. Setelah pam berfungsi kira-kira 30 minit, tutup injap pada
        pam vakum, tetapi biarkan tolok vakum pada sistem. Lihat jarum di tolok vakum. Jika
        jarumnya naik, ini menunjukkan ada kebocoran di dalam sistem.
    7. Tutup injap servis di pemampat dan hentikan pam vakum.
    8. Masukkan sedikit bahan pendingin, kira-kira pada bacaan tekanan 2 ke 3 kg/cm2 dan
        uji kebocoran pada bahagian tekanan rendah. Selepas itu, Jalankan sistem sebentar.
        Lakukan juga pada bahagian tekanan tinggi.
    9. Lakukan pelegaan bahan pendingin yang dicas tadi bagi membantu mengeluarkan
        kelembapannya.
    10. Jalankan pam vakum semula dan lakukan proses menghampagas seperti di atas selama
        30 minit lag! sehingga bacaan tolok vakum 500 mikron atau 76 cm merkuri.


    MENGECAS SISTEM ( CHARGING SISTEM )

    Mengecas Sistem Menggunakan Wap Bahan Pendingin Mengecas sistem dengan menggunakan wap bahan pendingin dijalankan melalui saluran sedutan, iaitu di bahagian tekanan rendah. Wap ini akan masuk ke dalam pemampat melalui saluran sedutan pemampat dan pemampat hanya mampu memampatkan wap bahan pendingin sahaja. Jangan masukkan cecair bahan pendingin melalui saluran sedutan. Perbuatan ini boleh merosakkan pemampat.

     
    Mengecas dengan menggunakan wap bahan pendingin boleh dilakukan melalui tiga cara:
    (a) Berpandukan kepada tekanan dengan menggunakan tolok pancarongga.
    (b) Berpandukan pada bacaan suhu dengan menggunakan meter suhu yang diletakkan di
          penyejat.
    (c) Berpandukan pada bacaan arus dengan menggunakan amprobe.


    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.
    1) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu. Kesan kebocoran seperti yang telah
         diterang-kan sebelum inl.
    2) Lakukan proses menghampagas pada sistem mengikut langkah-langkah yang telah
         diterangkan. Setelah proses menghampagas selesai, tutup injap di tolok pancarongga
         dengan rapi dan matikan bekalan pada pam vakum. Tanggalkan hos service di pam
         vakum.
    3) Sambungkan hos service ke tangki servis bahan pendingin.
    4) Buka injap di tangki servis bahan pendingin. Lakukan pelegaan di hos service, iaitu
         dengan membuangkan sedikit bahan pendingin dari hos tersebut bagi tujuan
         mengembangkan keluar kelembapan di dalamnya.
    5) Buka sedikit injap di tolok pancarongga dengan perlahan-lahan. Biarkan wap bahan
         pendingin masuk ke dalam sistem dengan kadar yang melebihi tekanan atmosfera.
    6) Tutup semula injap di tolok pancarongga.
    7) Jalankan sistem tersebut.
    8) Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin
         dengan membuka injap di tolok pancarongga di bahagian tekanan rendah. (i) bahan
         pendingin Ft-12 - tekanan saluran
         sedutan = 0/7 kg/cm2 (ii) bahan pendingin R-22 - tekanan saluran
         sedutan = 4.2 kg/cm2
    9) Jika tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutup
         injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin.
    10) Tutup injap (jika injap sen/is pada kedudukan ke belakang), jika ada. Jika sistem
           tersebut menggunakan injap tangan, maka perlulah dikapit terlebih dahulu. Setelah
           selesai dikapit ( pinch ) tanggalkan hos tekanan rendah dan tanggalkan injap tangan.
    11) Lakukan brazing atau soldering bagi memastikan bahan pendingin tidak keluar dari
           sistem.


    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan suhu

    Lakukan Langkah (1) hingga (11) seperti yang telah diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan. Pasangkan meter suhu di penyejat seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah. Semasa sistem berfungsi, masukkan wap bahan pendingin sedikit demi sedikit ke saluran sedutan. Sambil itu, perhatikan suhu di penyejat.

    Jika suhu yang dikehendaki telah sampai ke takatnya, tutup injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin. Lakukan Langkah (10 dan 11) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.



    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan arus
     
    Lakukan Langkah (1) hingga (9) seperti yang telah diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan. Pasangkan amprobe pada dawai hidup bagi mendapatkan bacaan arus (ampere) semasa sistem sedang beroperasi. Beban yang tinggi akan meninggikan arus yang mengalir dalam sistem.

    Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan wap bahan pendingin. Sambil itu, perhatikan jumlah arus yang tercatat di amprobe. Jika arus telah sampai ke takat jumlah yang ditetapkan oleh sistem tersebut, tutup injap di tolok pancarongga dan tutup injap di silinder servis bahan pendingin.

    Lakukan Langkah (10 dan 11) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap
    bahan pendingin berpandukan tekanan.



    Mengecas Bahan Pendingin Menggunakan Silinder Pengecas
    Alat-alat yang digunakan untuk mengecas dengan menggunakan silinder pengecas adalah
    seperti berikut:
    (a) tolok pancarongga
    (b) pam vakum
    (c) bahan pendingin
    (d) silinder pengecas
     
              Dengan menggunakan silinder pengecas kita boleh mengecas bahan pendingin dengan
    tepat dan berkesan. Cara-cara mengecas bahan pendingin menggunakan silinder pengecas
    adalah seperti berikut:
    1. Masukkan bahan pendingin secukupnya ke dalam silinder pengecas dan laraskan skala bahan pendingin bergantung kepada bahan pendingin yang digunakan bersesuaiandengan suhu sekeliling.
    2. Lakukan pengungsian sistem seperti yang telah diterangkan dalam tajuk terdahulu
    3. Selepas pengungsian, sambungkan hos ra-watan pada injap pengecas dan lakukan  pelegaan. Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos rawatan semasa memindah-kannya dari pam vakum.
    4. Sentiasa mengecas melalui bahagian tekanan rendah di saluran sedutan atau pada tiubsen/is. Semasa mengecas, sistem hendaklah diberhentikan.
    5. Buka injap pada silinder pengecas dan pada tiub servis. Biarkan bahan pendinginmasuk ke dalam sistem secara perlahan-lahan sehingga bahan pendingin di dalam silinder pengecas menjadi stabil. Biarkan kira-kira lima minit sebelum sistem dihidupkan. Kawalan kemasukan bahan pendingin hendaklah dibuat pada injap servis, bukan pada injap silinder.
    6. Jika buih terjadi dalam silinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan digoncang ke atas dan ke bawah beberapa kali. Jangan terlalu lama. Kemudian, bolehlah mengecas semula.
    7. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seim-bang, kita bolehlah menambah tekanan silinder pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskannya. Suhu air hen-daklah tidak melebihi 51 °C. Jangan sekali-kali menggunakan api untuk memanaskan pengecas. Ini boleh mewujudkan tekanan hidrostatik dalam silinder dan boleh menyebabkan letupan berlaku. 
    8. Setelah casnya cukup, buat jempitan pada tiub servis dan potong injap servis. Kemudian, silfoskan penghujung tiub proses yang telah dipotong.


    Mengecas dengan Menggunakan Timbang (Melalui Bahagian Tekanan Rendah)
    Berpandukan Gambarajah dibawah, kita boleh menge-cas bahan pendingin dengan
    menggunakan tim-bang. Cara mengecas dengan menggunakan timbang adalah seperti
    berikut:


    1 Letakkan silinder bahan pendingin dengan secara menegak di atas timbang.
    2 Sambungkan saluran pada injap servis di pemampat dan silinder servis dengan tiub                  kuprum saiz 6 mm. Kita boleh juga mengguna-'kan hos cas. Catatkan bacaanpada
       timbang.
    3 Pasangkan tolok pancarongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah.
    4 Buat pelegaan pada saluran cas atau rawatan dengan membuka injap silinder servis.
    5 Buka injap servis di pemampat dan masukkan wap bahan pendingin.
    6 Jalankan pemampat, caskan wap bahan pendingin perlahan-lahan dan lihat
       tekananpadatolok pancarongga dan skala timbang.
    7 Jika silinder servis menjadi sejuk, silinder itu bolah djpanaskan dengan
       menggunakanair panas atau kain yang diceiup dengan air panas. Ini meholong
       membuat bahan pendingin masuk ke dalam sistem dengan lancar.
    8 Setelah cukup cas, dengan menolak bacaan awal dengan bacaan akhir
       padaskalatimbang, tutup injap di silinder servis dan pada injap sedutan atau injap
       servis. Tanggalkan saluran atau hos rawatan daripada injap servis dan sistem bolehlah
       dihidupkan seperti sediakala.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Mengecas dengan Menggunakan Timbang (Melalui Bahagian Tekanan Tinggi)
    Sistem yang besar menggunakan bahan pendingin yang banyak. Jika kita mengecas menggunakan wap bahan pendingin melalui saluran sedutan, ini akan memakan masa yang lama. Dalam hal ini, kita boleh mengecas dengan memasukkan cecair bahan pendingin melalui bahagian tekanan tinggi — biasanya di tangki penerima atau saluran nyahcas.
    Gambarajah dibawah, menunjukkan sambungan dan alat-alat yang diperlukan bagi mengecas dengan menggunakan timbang melalui bahagian tekanan tinggi. Cara-cara mengecas menggunakan cecair bahan pendingin di bahagian tekanan tinggi adalah seperti berikut:

    1. Pasangkan tiub kuprum yang saiznya 6 mm di tangki sen/is dan hos rawatan seperti
         yang ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah. Tangki servis hendaklah diterbalikkan
         dan disangkut-kan pada timbang spring. Semasa mengecas, pemampat hendaklah
         dihentikan dan suhu pemeluwap hendaklah sama dengan suhu sekeliling.
    2. Buka injap di tangki servis dan lakukan pelegaan pada hos rawatan. Masukkan cecair
         bahan pendingin dengan membuka injap tolok tekanan tinggi dan injap servis
         nyahcas.
    3. Berpandukan timbang spring, tentukan cecair bahan pendingin yang masuk ke dalam
         sistem adalah cukup.
    4. Setelah cukup cas, tutup injap tangki servis dan injap di tolok pancarongga. Injap di
         tolok tekanan tinggi hendaklah dibuka untuk mem-buat suhu-pirau supaya tekanan
         daripada saluran rawatan dapat pergi ke bahagian tekanan rendah. Tutup injap di
         tolok tekanan tinggi dan buka saluran rawatan.
    5. Jalankan sistem dan lihat tekanan pada tolok pancarongga.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    'Pump Down'

    Proses 'pump down' biasanya dilakukan pada sistem yang besar untuk mengelakkan pembaziran bahan pendingin semasa menukar penyejat, pemampat atau pemeluwap yang rosak. Pada kebiasaannya, bahan pendingin dipam dan disimpan di bahagian tekanan tinggi, iaitu di tangki penerima dan pemeluwap.

    Cara-cara untuk membuat 'pump down' ialah seperti berikut:
    1. Pasangkan tolok pancarongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah diatas.
    2. Tutup injap di tangki penerima (F) dengan mengikut pusingan arah jam. Injap di tolok
        (A) dan (B), pada tolok pancarongga hendaklah ditutup. Injap sen/is nyahcas (C)
        hendaklah dibuka (kedudukan belakang). Injap servis sedutan (D) hendaklah dibuka
        sedikit.
    3. Selepas semua injap dilaras, hidupkan sistem sehingga tekanan sedutan menunjukkan
        0.15 -0.20 kg/cm2. Tekanan di tolok tekanan tinggi akan naik. Biarkan sistem hidup
        dan biarkan bahagian tekanan rendah berkeadaan vakum. Tekanan yang tinggi akan
        memaksa semua bahan pendingin masuk ke dalam tangki penerima.
    4. Tutup injap servis (kedudukan hadapan) di tangki penerima, injap (C) atau (D).
        Hentikan sistem.
    5. Semasa sistem masih berkeadaan vakum, buka sedikit injap servis (F) di tangki
        penerima. Ini membuatkan sedikit wap bahan pendingin masuk di bahagian 'pump
        down'. Biarkan sehingga tekanan pancarongga menunjukkan 1 kg/cm2. Tutup injap
        (F). Tujuan berbuat demi-kian ialah untuk mengelakkan sistem daripada menyedut
        udara semasa dibuka.
    6. Selepas injap (F) ditutup semula, bolehlah penyejat atau alat-alat dibuka untuk dibaiki
        atau digantikan.
    7. Cara-cara di atas ialah untuk membuat 'pump down' pada bahagian tekanan sistem,
        iaitu daripada alir keluar tangki penerima, pengering, injap pengembangan, penyejat,
        pemam-pat dan penukar haba.
    8. Jika pemampat hendak dibuka, tutup injap servis sedutan, (D).
    9. Jika pemeluwapan atau bahagian tekanan tinggi hendak dibuka, tutup injap alir masuk
        dan alir keluar tangki penerima. Injap alir masuk bolehlah dibiarkan terbuka Jika
        bahagian tekanan tinggi tidak dibuka.

         
    Operasi proses vacuum dan mengecas bahan pendingin pada split unit
      
    1) Sambungkan manofold gauge.
        a) Vacuum unit , buka bahagian tekanan rendah dan lihat bacaanya.
        b) Bacaan gauge mestilah dalam – 760mmHg .

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    2) Operasi Vacuum Pump.
        a) Melihat kebocoran dengan menggunakan pump vacuum.
        b) Dalam keadaan ini , tutup semua saluran gauge dan matikan pump vacuum.
        c) Tunggu 5 hingga 10 minit dan lihat jika ada tanda – tanda kebocoran.
    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    3) Memeriksa kebocoran.
        a) Periksa “ Compound pressure gauge “ dan lihat jika ianya tidak dalam bacaan “
        Atmosphere 0 “ .
        b) Jika ianya dalam bacaan 0 ataupun jarum gauge bergerak ke 0 ini menandakan
        ianya ada kebocoran.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    4) Alihkan set – caps atau penutup valve bahagian gas dan cecair.




    5) Buka “ Shut – off valve “ dengan menggunakan Allen key.
        a) Pastikan kedua – dua bahagian dibuka penuh ( Balikkan sedikit ).


     6) Jangan lupa tutup balik penutup valve.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    7) Periksa kompenan samada mengalami kebocoran.

    PENDIDKAN PENYAMAN UDARA

    8 ) Periksa tekanan mencukupi.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Kaedah penggunaan Swaging Tool.

    Pengembangan ( flare ) cooper tube

        • Buat pengembangan ( flare ) pada kedua-dua saiz cooper tube.
        • Masukkan tube kedalam lubang flaring tool mengikut saiz tube, dengan menggunakan nat
          pengembang ,lakukan pengembangan tube. ( Hujung tube keluar 0-0.5 mm dari permukaan
          flaring block.



    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

     

    No comments:

    Post a Comment