Pages

Thursday, November 30, 2017

KENALI MEREKA: BLAISE PASCAL

          Blaise Pascal telah dilahirkan pada 19 June 1623 dan meninggal dunia pada 19 August 1662 ketika umurnya 39 tahun.

 Braise Pascal adalah alhi fizik, ahli matematik dan ahli falsafah agama di Perancis. Pascal pada awalnya bekerja dalam bidang sains di mana baliau melakukan sumbangan penting kepada pembuatan kalkulator mekanikal, kajian terhadap cecair dan menerangkan konsep tekanan dan vacuum dengan membuat kesimpulan pada hasil kerja Evangelista Torricelli. Pascal merupakan ahli matematik kelas pertama. Beliau membantu mereka dua area baru untuk kajian. Beliau menulis tentang geometri seawal usia 16 tahun dan kemudian bersama-sama dengan Pierre de Fermat dalam teori kebarangkalian.

 Arca Pascal
          Pascal merupakan seorang yang rajin dan kreatif. Seawal usia 16 tahun beliau telah mula melonjakkan nama dalam bidang matematik. Beliau sangat hebat dalam bidang fizik dan matematik. Beliau tidak mensia-siakan zaman mudanya dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti remaja zaman sekarang. Bagaimana pun hayatnya tidak panjang kerana masalah kesihatan. Pascal telah menunjukkan potensi yang besar dalam bidang sains dan matematik sejak umur 11 tahun lagi. Beliau telah mengkaji bunyi dan getaran badan. Beliau juga telah mengkaji rumus matematik dan mengubahnya untuk dijadikan kalkulator. Beliau berfikiran terbuka kerana menyatakan manusia adalah bebas dimana beliau menyatakan manusia bebas melakukan apa sahaja untuk memudahkan kehidupan sehari-hari. Beliau menjadikan Michel de Montaigne sebagai idola hidup beliau.

          Penggunaan kalkulator amat penting bagi membuat kira-kira yang berkaitan dengan rumus kejuruteraan dan memudahkan pengiraan. Kalkulator juga digunakan dalam menyelesaikan masalah berkaitan matrix, pembezaan, pengamiran dan sebagainya. Matematik lebih mudah kalau dikira dengan menggunakan kalkulator. Blaise Pascal telah mencipta mesin kira-kira dinamakan Pascaline. Penciptaannya telah memudahkan urusan pengiraan menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.

 
Mesin Pascaline    
          Penggunaan kalkulator amat penting bagi membuat kira-kira yang berkaitan dengan rumus kejuruteraan dan memudahkan pengiraan. Kalkulator juga digunakan dalam menyelesaikan masalah berkaitan matrix, pembezaan, pengamiran dan sebagainya. Matematik lebih mudah kalau dikira dengan menggunakan kalkulator. Blaise Pascal telah mencipta mesin kira-kira dinamakan Pascaline. Penciptaannya telah memudahkan urusan pengiraan menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.

          Memang terbukti apabila masyarakat menyatakan bahawa matematik adalah ibu kepada bidang sains. Semua bidang sains sama ada sains biologi mahupun fizik amat memerlukan kepada kemahiran matematik. Sekiranya Pascal tidak berjaya mencipta kalkulator pada masa itu, bayangkanlah betapa sukarnya kita untuk melakukan pengiraan secara bertulis tanpa sebarang alat pengiraan. Kini penggunaan kalkulator semakin meluas di mana kita dapat mengira hanya dengan memasukkan formula dan nombor. Selebihnya akan diuruskan sendiri oleh kalkulator. Kita hanya perlu mendapatkan jawapan setelah menekan butang ‘=’.

          Namun kalkulator pada zaman sekarang boleh dikatakan masih kurang fungsi penggunaannya. Masih ada pengiraan yang perlu dilakukan secara manual. Masih ada pengiraan yang tidak dapat diselesaikan oleh kalkulator. Ada juga pengiraan yang memerlukan langkah-langkah pengiraan yang panjang dan menyulitkan kita untuk menggunakan kalkulator. Jadi jurutera boleh mengambil kesempatan di sini dengan melakukan kajian supaya kalkulator dapat dipelbagai gunakan.

          Kerjaya yang berkaitan dengan bidang matematik pada masa sekarang ialah seperti akauntan, jurutera, arkitek, ahli matematik dan dan banyak lagi kerjaya lain.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

No comments:

Post a Comment