Wednesday, January 13, 2016

9. KOMPONEN UTAMA/ CARA KERJA/ ASSEMBLE COMPONENTS ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

9. ASSEMBLE COMPONENTS (pemasangan/ exclude Reefer Container)

KITARAN ASAS PENYEJUKAN


          Kitaran asas penyejukan ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana wap bahan pendingin disedut oleh pemampat dan dinyahcas ke pemeluwap. Pemeluwap kemudiannya akan menyingkir haba yang diserap oleh penyejat. Wap bahan pendingin akan kembati ke cecair setelah haba dising-kirkan. Cecair bahan pendingin kemudian, akan masuk ke penyejat melalui peranti permeteran. Di penyejat, haba akan diserap apabila cecair bahan pendingin bertukar ke wap (proses sejatan).

Fungsi komponen utama dalam sistem penyejukan


    1. Condenser ialah untuk menyingkirkan haba yang diserap di penyejat. Semasa haba dising-kirkan, wap bahan pendingin akan bertukar menjadi cecair. Tekanan dan suhucecair bahan pendingin di pemeluwap masih tinggi. Cecair ini kemudiannya akanmengalir ke tangki penerima
    2. Receiver tank berfungsi untuk menerima cecair bahan pendingin dari pemeluwap dan mem-bekalkannya ke saluran cecair. Di saluran cecair, bahan pendingin akan melalui alat pengering. Di dalam alat pengering, kelembapan yang ada pada sistem akan diserap. Kemudian, cecair bahan pendingin akan masuk ke peranti permeteran. 
    3. Matering devices ialah untuk merendahkan suhu dan tekanan cecair bahan pendingin.Alat ini juga digunakan untuk mengawal kadar aliran masuk bahan pendingin ke dalam penyejat supaya sistem beroperasi dengan berkesan dan tidak mem-bebankan pemampat. Cara bagaimana bahan pendingin bertukar dari suhu dan tekanan tinggi ke suhu dan tekanan rendah akan diterangkan dalam unit peranti permeteran.
    4.  Refrigerant atau bahan pendingin yang mengalir di dalam penyejat akan menyerap haba dan menjadi sejuk. Semasa penyerapan haba berlaku, cecair bahan pendingin bertukar menjadi wap dan mengalir ke saluran sedutan dan masuk ke pemampat. Pemampat akan memampat wap bahan pendingin dan proses kitaran akan berulang semulA
    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PERBEZAAN SUHU DAN TEKANAN DALAM SISTEM

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Penyambungan paip

    1) Dengan menggunakan dua Spannar Utama ketatkan dua “ Flare Nut” .
        ( Berhati – hati supaya tidak merosakan paip dekat dengan “ Indoor Unit “).


    2) Penjagaan “ Flare “.

        Tiga perkara yang perlu diambil perhatian.
             1. CLEAN = Jangan ada kekotoran di dalam paip.
             2. TIGHT = Tidak akan berlaku kebocoran gas.
             3. DRY = Tiada udara lembapan di dalam paip.


    3) Dengan mengunakan minyak refrigerant letakan di luar dan dalam permukaan
         pengembangan . Kemudian dengan berhati – hati masukan penyambungan “ Flare “ ke
         paksi tengah penyambungan “ Union “. Seterusnya ketatkan “ Nut “ sehingga ketat.
         ( Jangan menggunakan sebarangan minyak selain minyak Refrigerant ).

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    4) Dengan menggunakan “ Torque Wrench “ yang sesuai ketatkan paip dengan selamat.


    5) Gunakan “ Adjustable Wrench” atau Spannar utama untuk melonggarkan “ Flare Nut
         “ di bahagian valve penutup cecair dan penutup gas.



                                   PENDIDKAN PENYAMAN UDARA

    6 ) Masukan paip gas ( paip besar ) dan paip cecair ( paip kecil ) , paip yang besar
         mestilah berada diluar dan paip yang kecil diletakan bersama – sama dengan paip yang
         besar supaya ianya nampak kemas.


    7) Sediakan kelurusan paip sepanjang dalam 200mm supaya ianya dapat memudahkan
         masuk di paksi tengah penyambungan.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    8) Dengan menggunakan “ Spanner “ mengikut sais paip atau “ Adjustable Spanner “
         yang sesuai ketatkan dengan berhati – hati..

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    MENGECAS BAHAN PENDINGIN , MENGUJI KEBOCORAN DAN MINYAK
    BAHAN PENDINGIN.

              Mengecas adalah proses mengisi bahan pendingin ke dalam sistem melalul berbagaibagai kaedah. Mengecas ke dalam sistem penyejukan dan penya-manan udara dilakukan kerana unit tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran atau selepas menggantikan komponen-komponen pada sistem tersebut. Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, sistem tersebut perlulah diuji kebocorannya dan proses pengungsian perlulah dilakukan terlebih dahulu.

    PENGUNGSIAN DAN MENGECAS SEMULA

    Pada kebiasaannya, sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan udara telah dicas secukupnya sebelum dikeluarkan daripada kilang. Apabila berlakunya kekurangan bahan pendingin disebabkan oleh kebocoran atau penggantian alat-alat yang rosak, dua perkara perlu dilakukan, iaitu pengungsian dan mengecas. Proses pengungsian dan mengecas hendaklah dilakukan seperti berikut:

         1) Buang bahan pendingin yang ada di dalam sistem.
        2 ) Perbaiki kebocoran atau gantikan alat-alat yang rosak.
        3 ) Uji kebocoran, seperti yang akan diterangkan dalam tajuk seterusnya.
        4 ) Pengungsian sistem keseluruhannya.
        5 ) Caskan bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah atau injap service tekanan
              rendah dengan secukupnya.


    Menguji Kebocoran pada Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukan

    Menguji kebocoran boleh dilakukan dengan tiga cara, iaitu:
        (a) dengan menggunakan larutan buih sabun.
        (b) dengan menggunakan sumpitan api halida.
        (c) dengan menggunakan pengesan elektronik.

    Sebelum kebocoran dapat dikesan, pengujian tekanan dalam sistem perlulah dibuat terlebih
    dahulu. Cara pengujian tekanan dalam sistem adalah seperti berikut:
        (a) Pasangkan tolok pancarongga pada sistem.
        (b) Pastikan hos tekanan rendah dipasang pada saluran sedutan.
        (c) Pastikan hos tekanan tinggi dipasangkan pada saluran nyahcas.
        (d) Pastikan hos rawatan dipasangkan di tangki nitrogen atau karbon dioksida atau bahan
              pendingin.
        (e) Buka injap di tangki nitrogen dan injap tangan di tolok pancarongga tekanan rendah.
        (f) Masukkan gas nitrogen ke dalam sistem pada kadar tekanan di bawah 12 kg/cm2.
        (g) Setelah gas dimasukkan ke dalam sistem, tutup injap di tolok pancarongga.
        (h) Setelah itu, barulah proses mengesan kebocoran dapat dilaksanakan.



    KAEDAH MENGUJI TEKANAN DALAM SISTEM


    (a) Mengesan kebocoran dengan menggunakan larutan buih sabun.
          1) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
          2) Letakkan larutan buih sabun pada semua sam-bungan atau bahagian- bahagian yang
               bengkok atau tempat-tempat yang disyaki bocor.
          3) Perhatikan dengan teliti keadaan buih sabun tersebut. Jika terdapat kebocoran, biuh
              sabun tersebut akan membesar (menggelembung).

    (Gambarajah pengujian kebocoran). 

      

    (b) Mengesan kebocoran dengan menggunakan sumpitan api halida.
        1) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
        2) Nyalakan sumpitan api halida dan halakan hos esak tersebut kepada setiap
             penyambung tiub atau tempat-tempat yang disyaki bocor.
        3) Nyalaan api ini akan bertukar warna dari warna jernih ke wama kecil hijau muda jika
             terdapat kebocoran yang kecil pada sistem. Warnanya akan menjadi ungu jika
             terdapat kebocoran yang besar. (Gambarajah dibawah).



    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    (c) Mengesan kebocoran dengan menggunakan pengesan elektronik.

              Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu. Kesan kebocoran. Mengesan kebocoran dengan menggunakan alat ini boleh juga digunakan semasa sistem sedang berfungsi kerana alat tersebut amat sensitif kepada bahan pendingin. Pengesan elektronik akan mengeluarkan bunyi siren jika kebocoran pada sistem tersebut dapat  dikesan. (Gambarajah dibawah).

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    MENGHAMPAGAS ( VACUUM ) SISTEM

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Vacuum Pump


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    Apabila kita memperbaiki kebocoran atau menggantikan alat-alat yang rosak, perlulah
    menghampagas sistem tersebut terlebih dahulu. Cara-cara menghampagas sistem dapat
    dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah diatas. Cara-caranya adalah seperti berikut:

    1. Gunakan pam vakum yang baik. Tukarkan minyak pam vakum selalu supaya pam
        boleh bekerja dengan baik.
    2. Pasangkan injap servis pada tiub servis bahagian tekanan rendah di pemampat seperti
        yang ditunjukkan dalam Gambarajah diatas.
    3. Pasangkan hos pam vakum pada injap servis dan biarkan injap tertutup.
    4. Jalankan pam vakum. Buka injap nyahcas dan perlahan-lahan buka injap servis pada
        pemampat.
    5. Jika menggunakan pam vakum yang baik, buka injap servis pada pam vakum perlahanlahan
        untuk mengelakkan minyak di dalam pemampat disedut keluar.
    6. Jalankan pam vakum kira-kira 15 minit atau sehingga 500 mikron atau 76 cm merkuri,
        pada tolok tekanan rendah. Setelah pam berfungsi kira-kira 30 minit, tutup injap pada
        pam vakum, tetapi biarkan tolok vakum pada sistem. Lihat jarum di tolok vakum. Jika
        jarumnya naik, ini menunjukkan ada kebocoran di dalam sistem.
    7. Tutup injap servis di pemampat dan hentikan pam vakum.
    8. Masukkan sedikit bahan pendingin, kira-kira pada bacaan tekanan 2 ke 3 kg/cm2 dan
        uji kebocoran pada bahagian tekanan rendah. Selepas itu, Jalankan sistem sebentar.
        Lakukan juga pada bahagian tekanan tinggi.
    9. Lakukan pelegaan bahan pendingin yang dicas tadi bagi membantu mengeluarkan
        kelembapannya.
    10. Jalankan pam vakum semula dan lakukan proses menghampagas seperti di atas selama
        30 minit lag! sehingga bacaan tolok vakum 500 mikron atau 76 cm merkuri.


    MENGECAS SISTEM ( CHARGING SISTEM )

    Mengecas Sistem Menggunakan Wap Bahan Pendingin Mengecas sistem dengan menggunakan wap bahan pendingin dijalankan melalui saluran sedutan, iaitu di bahagian tekanan rendah. Wap ini akan masuk ke dalam pemampat melalui saluran sedutan pemampat dan pemampat hanya mampu memampatkan wap bahan pendingin sahaja. Jangan masukkan cecair bahan pendingin melalui saluran sedutan. Perbuatan ini boleh merosakkan pemampat.

     
    Mengecas dengan menggunakan wap bahan pendingin boleh dilakukan melalui tiga cara:
    (a) Berpandukan kepada tekanan dengan menggunakan tolok pancarongga.
    (b) Berpandukan pada bacaan suhu dengan menggunakan meter suhu yang diletakkan di
          penyejat.
    (c) Berpandukan pada bacaan arus dengan menggunakan amprobe.


    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.
    1) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu. Kesan kebocoran seperti yang telah
         diterang-kan sebelum inl.
    2) Lakukan proses menghampagas pada sistem mengikut langkah-langkah yang telah
         diterangkan. Setelah proses menghampagas selesai, tutup injap di tolok pancarongga
         dengan rapi dan matikan bekalan pada pam vakum. Tanggalkan hos service di pam
         vakum.
    3) Sambungkan hos service ke tangki servis bahan pendingin.
    4) Buka injap di tangki servis bahan pendingin. Lakukan pelegaan di hos service, iaitu
         dengan membuangkan sedikit bahan pendingin dari hos tersebut bagi tujuan
         mengembangkan keluar kelembapan di dalamnya.
    5) Buka sedikit injap di tolok pancarongga dengan perlahan-lahan. Biarkan wap bahan
         pendingin masuk ke dalam sistem dengan kadar yang melebihi tekanan atmosfera.
    6) Tutup semula injap di tolok pancarongga.
    7) Jalankan sistem tersebut.
    8) Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin
         dengan membuka injap di tolok pancarongga di bahagian tekanan rendah. (i) bahan
         pendingin Ft-12 - tekanan saluran
         sedutan = 0/7 kg/cm2 (ii) bahan pendingin R-22 - tekanan saluran
         sedutan = 4.2 kg/cm2
    9) Jika tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutup
         injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin.
    10) Tutup injap (jika injap sen/is pada kedudukan ke belakang), jika ada. Jika sistem
           tersebut menggunakan injap tangan, maka perlulah dikapit terlebih dahulu. Setelah
           selesai dikapit ( pinch ) tanggalkan hos tekanan rendah dan tanggalkan injap tangan.
    11) Lakukan brazing atau soldering bagi memastikan bahan pendingin tidak keluar dari
           sistem.


    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan suhu

    Lakukan Langkah (1) hingga (11) seperti yang telah diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan. Pasangkan meter suhu di penyejat seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah. Semasa sistem berfungsi, masukkan wap bahan pendingin sedikit demi sedikit ke saluran sedutan. Sambil itu, perhatikan suhu di penyejat.

    Jika suhu yang dikehendaki telah sampai ke takatnya, tutup injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin. Lakukan Langkah (10 dan 11) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.



    Mengecas wap bahan pendingin berpandukan arus
     
    Lakukan Langkah (1) hingga (9) seperti yang telah diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan. Pasangkan amprobe pada dawai hidup bagi mendapatkan bacaan arus (ampere) semasa sistem sedang beroperasi. Beban yang tinggi akan meninggikan arus yang mengalir dalam sistem.

    Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan wap bahan pendingin. Sambil itu, perhatikan jumlah arus yang tercatat di amprobe. Jika arus telah sampai ke takat jumlah yang ditetapkan oleh sistem tersebut, tutup injap di tolok pancarongga dan tutup injap di silinder servis bahan pendingin.

    Lakukan Langkah (10 dan 11) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap
    bahan pendingin berpandukan tekanan.



    Mengecas Bahan Pendingin Menggunakan Silinder Pengecas
    Alat-alat yang digunakan untuk mengecas dengan menggunakan silinder pengecas adalah
    seperti berikut:
    (a) tolok pancarongga
    (b) pam vakum
    (c) bahan pendingin
    (d) silinder pengecas
     
              Dengan menggunakan silinder pengecas kita boleh mengecas bahan pendingin dengan
    tepat dan berkesan. Cara-cara mengecas bahan pendingin menggunakan silinder pengecas
    adalah seperti berikut:
    1. Masukkan bahan pendingin secukupnya ke dalam silinder pengecas dan laraskan skala bahan pendingin bergantung kepada bahan pendingin yang digunakan bersesuaiandengan suhu sekeliling.
    2. Lakukan pengungsian sistem seperti yang telah diterangkan dalam tajuk terdahulu
    3. Selepas pengungsian, sambungkan hos ra-watan pada injap pengecas dan lakukan  pelegaan. Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos rawatan semasa memindah-kannya dari pam vakum.
    4. Sentiasa mengecas melalui bahagian tekanan rendah di saluran sedutan atau pada tiubsen/is. Semasa mengecas, sistem hendaklah diberhentikan.
    5. Buka injap pada silinder pengecas dan pada tiub servis. Biarkan bahan pendinginmasuk ke dalam sistem secara perlahan-lahan sehingga bahan pendingin di dalam silinder pengecas menjadi stabil. Biarkan kira-kira lima minit sebelum sistem dihidupkan. Kawalan kemasukan bahan pendingin hendaklah dibuat pada injap servis, bukan pada injap silinder.
    6. Jika buih terjadi dalam silinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan digoncang ke atas dan ke bawah beberapa kali. Jangan terlalu lama. Kemudian, bolehlah mengecas semula.
    7. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seim-bang, kita bolehlah menambah tekanan silinder pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskannya. Suhu air hen-daklah tidak melebihi 51 °C. Jangan sekali-kali menggunakan api untuk memanaskan pengecas. Ini boleh mewujudkan tekanan hidrostatik dalam silinder dan boleh menyebabkan letupan berlaku. 
    8. Setelah casnya cukup, buat jempitan pada tiub servis dan potong injap servis. Kemudian, silfoskan penghujung tiub proses yang telah dipotong.


    Mengecas dengan Menggunakan Timbang (Melalui Bahagian Tekanan Rendah)
    Berpandukan Gambarajah dibawah, kita boleh menge-cas bahan pendingin dengan
    menggunakan tim-bang. Cara mengecas dengan menggunakan timbang adalah seperti
    berikut:


    1 Letakkan silinder bahan pendingin dengan secara menegak di atas timbang.
    2 Sambungkan saluran pada injap servis di pemampat dan silinder servis dengan tiub                  kuprum saiz 6 mm. Kita boleh juga mengguna-'kan hos cas. Catatkan bacaanpada
       timbang.
    3 Pasangkan tolok pancarongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah.
    4 Buat pelegaan pada saluran cas atau rawatan dengan membuka injap silinder servis.
    5 Buka injap servis di pemampat dan masukkan wap bahan pendingin.
    6 Jalankan pemampat, caskan wap bahan pendingin perlahan-lahan dan lihat
       tekananpadatolok pancarongga dan skala timbang.
    7 Jika silinder servis menjadi sejuk, silinder itu bolah djpanaskan dengan
       menggunakanair panas atau kain yang diceiup dengan air panas. Ini meholong
       membuat bahan pendingin masuk ke dalam sistem dengan lancar.
    8 Setelah cukup cas, dengan menolak bacaan awal dengan bacaan akhir
       padaskalatimbang, tutup injap di silinder servis dan pada injap sedutan atau injap
       servis. Tanggalkan saluran atau hos rawatan daripada injap servis dan sistem bolehlah
       dihidupkan seperti sediakala.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Mengecas dengan Menggunakan Timbang (Melalui Bahagian Tekanan Tinggi)
    Sistem yang besar menggunakan bahan pendingin yang banyak. Jika kita mengecas menggunakan wap bahan pendingin melalui saluran sedutan, ini akan memakan masa yang lama. Dalam hal ini, kita boleh mengecas dengan memasukkan cecair bahan pendingin melalui bahagian tekanan tinggi — biasanya di tangki penerima atau saluran nyahcas.
    Gambarajah dibawah, menunjukkan sambungan dan alat-alat yang diperlukan bagi mengecas dengan menggunakan timbang melalui bahagian tekanan tinggi. Cara-cara mengecas menggunakan cecair bahan pendingin di bahagian tekanan tinggi adalah seperti berikut:

    1. Pasangkan tiub kuprum yang saiznya 6 mm di tangki sen/is dan hos rawatan seperti
         yang ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah. Tangki servis hendaklah diterbalikkan
         dan disangkut-kan pada timbang spring. Semasa mengecas, pemampat hendaklah
         dihentikan dan suhu pemeluwap hendaklah sama dengan suhu sekeliling.
    2. Buka injap di tangki servis dan lakukan pelegaan pada hos rawatan. Masukkan cecair
         bahan pendingin dengan membuka injap tolok tekanan tinggi dan injap servis
         nyahcas.
    3. Berpandukan timbang spring, tentukan cecair bahan pendingin yang masuk ke dalam
         sistem adalah cukup.
    4. Setelah cukup cas, tutup injap tangki servis dan injap di tolok pancarongga. Injap di
         tolok tekanan tinggi hendaklah dibuka untuk mem-buat suhu-pirau supaya tekanan
         daripada saluran rawatan dapat pergi ke bahagian tekanan rendah. Tutup injap di
         tolok tekanan tinggi dan buka saluran rawatan.
    5. Jalankan sistem dan lihat tekanan pada tolok pancarongga.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    'Pump Down'

    Proses 'pump down' biasanya dilakukan pada sistem yang besar untuk mengelakkan pembaziran bahan pendingin semasa menukar penyejat, pemampat atau pemeluwap yang rosak. Pada kebiasaannya, bahan pendingin dipam dan disimpan di bahagian tekanan tinggi, iaitu di tangki penerima dan pemeluwap.

    Cara-cara untuk membuat 'pump down' ialah seperti berikut:
    1. Pasangkan tolok pancarongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah diatas.
    2. Tutup injap di tangki penerima (F) dengan mengikut pusingan arah jam. Injap di tolok
        (A) dan (B), pada tolok pancarongga hendaklah ditutup. Injap sen/is nyahcas (C)
        hendaklah dibuka (kedudukan belakang). Injap servis sedutan (D) hendaklah dibuka
        sedikit.
    3. Selepas semua injap dilaras, hidupkan sistem sehingga tekanan sedutan menunjukkan
        0.15 -0.20 kg/cm2. Tekanan di tolok tekanan tinggi akan naik. Biarkan sistem hidup
        dan biarkan bahagian tekanan rendah berkeadaan vakum. Tekanan yang tinggi akan
        memaksa semua bahan pendingin masuk ke dalam tangki penerima.
    4. Tutup injap servis (kedudukan hadapan) di tangki penerima, injap (C) atau (D).
        Hentikan sistem.
    5. Semasa sistem masih berkeadaan vakum, buka sedikit injap servis (F) di tangki
        penerima. Ini membuatkan sedikit wap bahan pendingin masuk di bahagian 'pump
        down'. Biarkan sehingga tekanan pancarongga menunjukkan 1 kg/cm2. Tutup injap
        (F). Tujuan berbuat demi-kian ialah untuk mengelakkan sistem daripada menyedut
        udara semasa dibuka.
    6. Selepas injap (F) ditutup semula, bolehlah penyejat atau alat-alat dibuka untuk dibaiki
        atau digantikan.
    7. Cara-cara di atas ialah untuk membuat 'pump down' pada bahagian tekanan sistem,
        iaitu daripada alir keluar tangki penerima, pengering, injap pengembangan, penyejat,
        pemam-pat dan penukar haba.
    8. Jika pemampat hendak dibuka, tutup injap servis sedutan, (D).
    9. Jika pemeluwapan atau bahagian tekanan tinggi hendak dibuka, tutup injap alir masuk
        dan alir keluar tangki penerima. Injap alir masuk bolehlah dibiarkan terbuka Jika
        bahagian tekanan tinggi tidak dibuka.

         
    Operasi proses vacuum dan mengecas bahan pendingin pada split unit
      
    1) Sambungkan manofold gauge.
        a) Vacuum unit , buka bahagian tekanan rendah dan lihat bacaanya.
        b) Bacaan gauge mestilah dalam – 760mmHg .

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    2) Operasi Vacuum Pump.
        a) Melihat kebocoran dengan menggunakan pump vacuum.
        b) Dalam keadaan ini , tutup semua saluran gauge dan matikan pump vacuum.
        c) Tunggu 5 hingga 10 minit dan lihat jika ada tanda – tanda kebocoran.
    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    3) Memeriksa kebocoran.
        a) Periksa “ Compound pressure gauge “ dan lihat jika ianya tidak dalam bacaan “
        Atmosphere 0 “ .
        b) Jika ianya dalam bacaan 0 ataupun jarum gauge bergerak ke 0 ini menandakan
        ianya ada kebocoran.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



    4) Alihkan set – caps atau penutup valve bahagian gas dan cecair.




    5) Buka “ Shut – off valve “ dengan menggunakan Allen key.
        a) Pastikan kedua – dua bahagian dibuka penuh ( Balikkan sedikit ).


     6) Jangan lupa tutup balik penutup valve.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    7) Periksa kompenan samada mengalami kebocoran.

    PENDIDKAN PENYAMAN UDARA

    8 ) Periksa tekanan mencukupi.

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    Kaedah penggunaan Swaging Tool.

    Pengembangan ( flare ) cooper tube

        • Buat pengembangan ( flare ) pada kedua-dua saiz cooper tube.
        • Masukkan tube kedalam lubang flaring tool mengikut saiz tube, dengan menggunakan nat
          pengembang ,lakukan pengembangan tube. ( Hujung tube keluar 0-0.5 mm dari permukaan
          flaring block.



    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

    PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

     

    10. CONTROL DEVICE (Alat Kawalan) ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

    10. Control Device (Alat Kawalan)

    TAJUK : SUIS KAWALAN TEKANAN (PRESSURE CONTROL)

    TUJUAN :

              Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelatih tentang fungsi-fungsi bagi suis kawalan tekanan dan kegunaannya di dalam sistem penyaman udara. Seperti yang pelatih ketahui terdapat pelbagai jenis aksesori yang terdapat di dalam sistem penyaman udara dan suis kawalan tekanan merupakan salah satu daripada aksesori tersebut

    PENERANGAN :

              Sistem penyejukan dan penyamanan udara selalunya dilengkapi dengan berbagai alat kawalan operasi, terutamanya dibidang industri dan komersial. Antara alat kawalan yang digunakan adalah seperti pemutus beban lampau, lara suhu, suis aliran, suis kawalan minyak, suis kawalan tekanan dan sebagainya.

              Alat kawalan ini berfungsi untuk mengawal operasi sistem melalui pendawaian litar letrik .Alat kawalan ini akan menghidup dan mematikan sistem sekiranya sistem beroperasi didalarn keadaan tidak normal. Alat kawalan ini berfungi untuk memutuskan litar kawalan dengan kehadiran haba yang berlebihan atau tekanan yang tidak normal. Suis kawalan tekanan adalah antara alat kawalan yang digunakan pada sistem penyejukan dan penyamanan udara industri. Dua suis kawalan tekanan yang biasa digunakan pada sistem iaitu suis tekanan rendah (LPC) dan suis tekanan tinggi (HPC).





    contoh
    Suis kawalan
    tekanan
    Suis tekanan tinggi - 'High pressure control’ (HPC)

    Gambarajah a, menunjukan operasi suis tekanan tinggi yang dipasang pada saluran nyahcas (discharged line) menerusi tiub kuprum. Apabila tekanan meningkat 'bellows' atau apar akan mengembang. Bellows ini digunakan untuk mengaktifkan spring pada kedudukan suis sedia tutup (normally closed) .

     Gambarajah a

    Sekiranya tekanan tinggi meningkat menjadi begitu tinggi, bellows ini mengembang dan mampu untuk membuka suis dan litar seterusnya mematikan pernampat. Suis tekanan tinggi ini dengan sentuhan berkeadaan sedia tutup (normally closed) akan membuka litar apabila tekanan terlalu tinggi (Gambarajah b).

    Gambarajah b

    Gambarajah b

    Gambarajah pendawaian b

    Suis tekanan rendah - 'Low pressure control' (LPC)

    Rekabentuknya dengan suis tekanan rendah adalah hampir sama dengan suis tekanan tinggi. Suis tekanan rendah dipasang dibahagian saluran sedutan iaitu dibahagian tekanan rendah . Suis ini akan mematikan pernampat apabila berlaku tekanan yang terlalu rendah di sistem Sentuhan suis adalah berkeadaan sedia buka (normally open). Suis ini akan menutup atau 'closed contact' apabila berlaku tekanan yang normal dan menghidupkan pemampat,


    Jenis dan binaan

    Kebanyakan suis tekanan yang digunakan didalam sistem komersial dan Industri adalah dari jenis yang boleh dilaras, seperti yang ditunjukan pada gambarajah. Suis tekanan jenis ini boleh digunakan pada berbagai jenis sistem. Contohnya, suis ini oleh dipasang pada sistem penyejukan R12 dan ia boleh juga digunakan pada sistem penyaman udara R22.
    Suis kawalan tekanan pada asasnya terdapat dalam 3 jenis iaitu :
        a. Dual pressure control
        b. Single pressure control
        c. Non adjustable pressure switch.
    Adjustable pressure switch

    Non adjustable pressure switch

    Ini boleh dilakukan dengan membuat penyesuaian dan larasan pada pada 'skru pelaras tekanan' mengikut kesesuaian tekanan bahan pendingin yang digunakan.

    single pressure swicth untuk low side

    Pemasangan dan pendawaian

    Suis tekanan rendah dan suis tekanan tinggi adalah dilengkapi dengan tiub rerambut untuk menyalurkan tekanan kepada suis. Suis tekanan rendah hendaklah dipasang pada bahagian tekanan rendah yang biasanya pada saluran sedutan. Suis tekanan tinggi pula dipasang pada bahagian tekanan tinggi yang biasanya pada saluran nyahcas.

    Suis tekanan dari jenis gabungan, adalah suis tekanan yang menempatkan kedua-dua suis tekanan rendah dan tinggi didalam satu komponen. Gambarajah menunjukan suis tekanan dari jenis tidak boleh dilaras atau 'non-adjustable'.

    Suis tekanan jenis ini kurang digunakan pada sistern kornersial dan industri tetapi banyak digunakan pada sistern penyarnan udara kenderaan. Kelebihan suis tekanann ini adalah kerana harga yang lebih murah. Apabila memasang atau menukar ganti suis ini, ia hendaklah bersesuaian dengan bahan pendingin yang digunakan.

    Operasi suis kawalan tekanan

    Suis kawalan tekanan akan memutuskan litar kawalan seterusnaya mamatikan pemampat sekiranya sistem beroperasi didalam keadaan tidak normal (abnormal). Contohnya sistem mengalami kebocoran maka sistem mengalami tekanan yang terlalu rendah. Ini akan membahayakan pemampat. Apabila tekanan rendah jatuh dibawah takat yang di laras (cut out) di LPC, pemampat akan dimatikan melalui tindakan LPC.

    Litar pendawaian elektrik unit tingkap

    Litar pendawaian unit tingkap berbeza antara satu jenama dengan jenama yang lain. Bagaimanapun pada asasnya litar pendawaian sistem penyamanan udara unit tingkap adalah sama. Perbezaannya hanya dari segi tambahan komponen elektrik yang di gunakan untuk tujuan kelicinan pergerakan unit atau untuk tujuan publisiti perniagaan. Rajah dibawah menunjukkan litar pendawaian asas sebuah unit tingkap.


    Litar pendawalan elektrik unit terpisah

    Litar pendawaian unit terpisah berbeza daripada unit tingkap kerana unit luar dan unit dalam
    mempunyai pendawaian yang berasingan. Pendawaian unit dalam agak kompleks kerana banyak terdapat komponen tambahan untuk mengawal pergerakan kipas penyejat dan mengawal suhu mengikut kehendak pengguna .


    Dengan kemajuan masa kini litar pendawaian unit dalam disatukan dengan litar alat kawalan jauh. . Litar alat kawalan jauh adalah litar asas kawalan mikro komputer. Pendawaian unit luar pula agak mudah tetapi banyak mempunyai komponen penting yang dipasangkan seperti motor pemampat, motor kipas pemeluwap, dan kapasitor. Dalam rajah dibawah menunjukkan litar bagi unit luar dengan pangkalan (TeS) 1 dan 2 disambungkan dengan pangkalan 1 dan 2 unit dalam. Kedua-dua litar ini tidak sama antara satu jenama dengan jenama yang lain tetapi prinsip asasnya hampir serupa.


    Nota:
    OL           — Geganti beban lampau
    MC          — Motor pemampat
    MF          — Motor kipas
    C11 C 12 — Kapasitor larian
    CS           — Kapasitor mula
    SR           — Geganti permulaan
    OC          — Geganti arus
    TeS          — Terminal

    A. contoh Gambarajah Pendawaian Asas



    B. Kendalian Pendawaian Asas Penyaman Udara -Jenis Pisah

    Bermula dan Power Point 240V - Pengalir hidup ‘L’ bersama-sama pengalir neutral ‘N’
    dan pengalir bumi’E’ akan masuk ke terminal penyambungan di Indoor Unit.
    Arus elektrik ml akan dikawal oleh Litar Elektronik pada Panel Kawalan Indoor Unit. Blower pada Indoor Unit akan berkendali dan selepas beberapa saat arus elektrik akan di alirkan melalui terminal hidup ‘C’ untuk ke terminal penyambung di Outdoor. Manakala, pengalir neutral dan bumi akan disambung terus dan terminal untuk dibawa ke terminal penyambung di Out door. Untuk mengendalikan Pemampat dan Kipas Pemelowap satu litar lain pula akan
    disambung dan terminal penyambungan ini.

    C. Pendawaian Sistem Penghidup Pemarnpatdan Motor Kipas

    D. Ringkasan kendalian litar Penghidup Pemampat dan Motor Kipas

    Litar penghidup Motor Pemampat
    DariTerminal hidup C arus elektrik akan mengalir ke Over Load dan terus mengalir masuk ke Punca Sepunya pemampat. Dan sini arus elektnik masuk melalui kedua dua gegelung elektromagnet pemampat dan untuk menggerakkan rotor tenaga elektrik tambahan diperlukan dan kapasitor memainkan peranan dengan membekalkan tenaga elektrik simpanannya ketika mi. Arus elektnik seterusnya mengalir kembali ke punca neutral. Kitaran seterusnya adalah lebih mudah kerana kuasa elektrik tidak perlu lagi di jana dengan banyak dan ini menjimatkan arus elektnik.

    Litar penqhidup Motor Kipas.
    Dan terminal hidup C arus elektnik akan mengalir masuk terus ke gelung kelajuan motor kipas dan membekalkan anus elektrik ke kapasitor untuk meningkatkan kuasa pada gelung permulaan. Arus elektnik akan kembali ke terminal Neutral dan kitaran seterusnya juga akan lebih mudah dan menjimatkan kerana motor tidak lagi memerlukan arus yang tinggi. Kedua-dua litar ini akan berhenti dan berfungsi apabila litar kawalan pada Indoor Unit memutuskan bekalan kuasa setelah suhu bilik mencapai takat yang diperlukan.






    Pengujian Pemampat Hermatic

    1. Langkah pertama –Ambil Bacaan rintangan Gelung Motor Pemampat.


    2. Langkah Kedua – Membuat Rumusan bacaan .
        Bacaan Tertinggi adalah Untuk Gelung Common ( C )
        Bacaan Sederhana adalah untuk Gelung Starting ( S )
        Bacaan Terendah adalah untuk Gelung Runnong ( R )

    Contoh
    Sekiranya bacaan yang di perolehi:
        A + B = 400 ohm (Merupakan nilal Sederhana)
        A + C = 200 ohm (Merupakan nilai Terendah)
        B + C = 600 ohm (Merupakan nilai Tertinggi)

    Jadi Penentuan Gelung adalah seeperti berikut:
        Gelung A + B adalah Gelung Starting
        Gelung A + C adalah Gelung Running
        Gelung B + C adalah Gelung Common

    Penentuan Punca
        A adalah Punca Common
        B adalah Punca Starting ----- Mengapa kesimpulan ini terjadi
        C adalah Punca Running


    Menguji dengan litar Hidup
     
    Langkah pertama – Sediakan Litar / Set Pengujian.



    Langkah Kedua - menyambung ke Punca Gelung Pemampat
    Sambungkan semua punca Set Pengujian ke Punca Gelung Pemampat dengan Betul dan berikan bekalan arus elektrik kepada Litar tersebut.

    Langkah Ketiga - Kesimpulan ujian
    1. Sekiranya Gelung berkeaadaan balk Motor pemampat akan berkendali.
    2. Sekiranya Gelung Rosak - ELCB terpelantik I Motor berdengung.

    Pastikan punca sambungan pengalir Bumi dipasang semasa ujian.

    Menguji Motor Kipas Penyaman Udara Domestik


    Menguji Gelung Motor Kipas menggunakan Multimeter Analog
    Setkan Skala pada Meter Pelbagai Guna ( Multimeter) kepada X 10 ohm.
    Perkara perlu di pastikan:
    Jarum penunjuk pada meter berada pada 0 sebelum ujian.
    Panduan bentuk bacaan
        1. Jarum meter menunjukan bacaan - ada sambungan antara gelung
        2. Jarum meter tidak menunjuk bacaan - gelung putus/rosak
            Sebolehnya elakan mengguna meter Digital untuk ujian kerana biasanya ia tidak
            dapat menunjukan bacaan dengan tepat ( sentiasa berubah ubah)

    Menguji larassuhu ( Thermostat) dengan kaedah ‘ON dan OFF’
    Fungsi thermostat adalah untuk mengawal tahap pendinginan ruang penyejukan sesuatu sistem dengan berfungsi secara automatik memutus litar sekiranya ruang penyejukan telah mencapai takat pendinginan yang disetkan. Kaedah ‘ON’ dan ‘OFF’ adalah peringkat pengujian awal untuk memastikan Thermostat masih boleh berkendali dengan baik. Langkah Pertama - OFF kan thermostat, dan berikan bekalan kepada sistem./Sekiranya sistem pemampat boleh berkendali ini menunjukan bahawa Thermostat telah rosak. Langkah kedua - ON kan Thermostat dan berikan bekalan kepada sistem, sekiranya sistem pemampat tidak boleh berkendali ini menunjukan bahawa Thermostat telah rosak.


    Menguji Larassuhu dengan kaedah Guna Multimeter 

    Setkan Skala pada meter pelbagai guna ( Multimeter ) kepada x 10 ohm. Thermostat hanya mempunyai dua punca sambungan dan hanya ujian keterusan diperlukan untuk menguji alat ini.
    Penghidup DOL ( Direct On Line )

    A. Litar kawalan Penghidup Talian Terus ( DOL Stater )



    B. Kendalian Litar Kawalan Penghidup Talian Terus ( DOL Statar )

    Arus elektrik 240V akan mengalir masuk melalul penyambung L terus ke punca 1. Dan punca I ia akan mengalir masuk melalui perintang 5 ohm fius dan keluar ke punca 2 dan terus masuk ke punca OIL 3. Dan punca 3 arus akan mengalir ke punca 5 dan terhenti disini. Serentak dengan itu juga arus mengalir melalui NC O/L 1 ke punca 4 dan terus ke punca masuk PB Stop 7. Arus akan mengalir terus ke punca 8 dan 9. Apabila PB Start di tekan arus akan mengalir melaluinya dan masuk ke Gelung Contactor C dan terus ke Punca Neutral. Serentak dengan itu semua sesentuh sedia bukanya(NO) akan tertutup dan apabila PB Start ditekan arus akan terus mengalir melalui NO C yang telah tertutup. Sekiranya berlaku arus beban lampau OIL 1 akan terpelantik dan semua sesentuhnya akan berubah NO akan tertutup dan NC akan terbuka. Keadaan ini menyebabkan anus ke gelung akan terputus dan mematikan litar manakala arus akan dapat mengalir melalui NO OIL I dan lampu LI menyala. Untuk mematikan litar dalam keadaan biasa tekan PB Stop untuk memutuskan bekalan / Reset kembali OIL I sekiranya Trip.

    Litar Utama Penghidup Talian Terus ( DOL Stater )




    Fungsi Penghidup motor secara AUTO TRANSFORMER
              Penghidup motor secara alatubah – auto ini ialah dengan mengurangkan kadar pengunaan voltan dan arus supaya semasa ia mula dihidupkan, arus mengalir kepada motor pada tatah 70% alatubah – auto. Dengan ini Cuma 70% dari voltan penuh dikenakan pada motor tersebut di mana arus mula telah dapat dikurangkan kepada nilai yang berpatutan.

              Ketika ini, perhatian hendaklah diberikan pada alatubah – auto di mana ia hendaklah berada di dalam sambungan bintang dan tidak berlakunya litar terbuka di bahagian sambungan bintangnya. Jika terdapat litar terbuka disambungikan bintangnya pada ketika mula dihidupkan, alatubah – auto akan mengalami kesan voltan tinggi yang merbahayakan. Maka ia akan dikendalikan tanpa alatubah – auto yakni alat ubah auto dipintaskan melalui penyentuh.

              Mengikut peraturan 25 Kaedah Elektrik 1949, penghidup cara ini hanya digunkan bagi motor yang berkeupayaan 10 Kuasa Kuda sehingga 25 Kuasa Kuda. Alat ubah –auto yang digunakan adalah terdiri daripada 3 alatubah – auto satu fasa atau satu alatubah – auto tiga fasa.. Bagi penghidup jenis ini ia boleh ditatahkan kepada nilai peratus yang berlainan atau lebih, bergantung kepada jenis beban.

    PEMERHATIAN

    JENIS MOTOR :
    PENGELUAR    :
    VOLTAN :            415/ 3 PHASE/ 50 HZ
    RPM :                   3600 RPM










    Formula


    Saturday, January 2, 2016

    Reefer Container manufacture By Denso ~ UPDATE

    Reefer Container manufacture By Denso ~ Update