Tuesday, August 21, 2012

KAEDAH PENGOPERASIAN KONTENA REEFER-KARGO PENUH

Menerima Kontena Reefer Kargo penuh



  • 1.       Pastikan keadaan kontena. Kontena yang rosak perlu dan dalam masa yang merosakkan kargo perlu dibatalkan penerimaannya atau di beritahu kepada wakil agensi tersebut.
  • 2.       Pastikan kontena mempunyai pelekat pengesahan Pri-Trip inspection
  • 3.       Sambungkan power plug ke sambungan bekaln kuasa 440 volt dan jalankan mesin penyejukan
  • 4.       Pastikan anda menerima surat arahan bertulis daripada wakil perkapalan sebelum anda menerima kontena tersebut dan dalam masa yang sama anda perlu memastikan bahawa ada kesamaan arahan yang tertulis daripada advise yang diberikan oleh wakil perkapalan kepada anda.anda perlu memastikan-
          -bacaan sehu waktu penerimaan
          -suhu tetapan (temperature setting
          -ventelation hatch terbuka atau tertutup mengikut (mengikut arahan advise)
  • 5.       Perhatikan kesamaan diantara bacaan digital yang tertera di papan controller dan analog partlow chart recorder (jika disediakan)
  • 6.       Pastikan bahawa bacaan suhu yang tertera di permukaan partlow chart itu sama dengan apa yang tertera pada papan controller,tarikh yang betul pada hari penerimaan kontena tersebut dan pastikan partlow chart mechanism berfungsi dengan baik untuk pusingan satu bulan
  • 7.       Gantikan partlow chart yang baru jika apa yang dicoretkan oleh stylus sudah penuh
  • 8.       Dan simpan partlow chart yang asal untuk rujukan wakil perkapalan
  • 9.       Pastikan pintu kontena reefer mempunyi seal yang terkunci
Pemunggahan kargo
  • 1.       Pastikan kontena diletakkan didalam keadaan stabil, tidak senget pada setiap sisinya sama ada ianya diatas tanah atau diatas gerabak
  • 2.       Pastikan kontena tidak kotor, berbau dan tidak ada kerosakan didalam ruangan isian kargo
  • 3.       Pastikan bahawa ada pelekat pengesahan kontena telahpun Pre-trip inspection dan dalam masa yang sama tarikh akhir pre-trip inspection tidak boleh melebihi 2 bulan
  • 4.       Pastikan anda melihat beban kerja selamat yang mampu dibawa oleh kontena tersebut sebelum anda memunggah barangan kedalamnya dan janga sesekali mengisi barangan lebih daripada kemampuan beban kerja selamatnya
  • 5.       Jalankan kontena tersebut sehingga sampai pada suhu tetapan (set point) yang dikehendaki sebelum anda memunggah barangan kedalamnya
  • 6.       Pastikan ketika barangan di punggah kedalamnya mesin penyejukan telah dihentikan
  • 7.       Sebagai langkah keselamatan dan rujukan di masa mendatang pastikan anda memasukkan pencatat suhu mudah alih kedalam ruangan kargo (portable temperature recorder)
  • 8.       Pastikan anda melihat dan mencatat suhu tetapan (set point), kesesuaian suhu barangan  dan persen buka/tutup ventilation.
  • 9.       Anda perlu memastikan ketika barangan telah memenuhi ruang kargo angin penyejukan mampu berulang-alik dengan sempurna tampa ada penutupan ruang pusingan angin (rujuk T floor)
  • 10.   Kargo perlu disusun dalam keadaan sempurna denga adanya kekuatan pada susunan dan bahawa ia tidak akan jatuh atau berselerak
  • 11.   Jika anda telah selesai memenuhi ruangan kargo maka tutup pintu dan seal/kunci paba daun pintu sebelah kanan
  • 12.   Sambungkan kontena reefer tersebut pada bekalan kuasa 440 volt dan jalankan mesin penyejukan tersebut
  • 13.   Pastikan bahawa anda mengambil record bacaan suhu pada 2 jam sekali dengan bertulis