Wednesday, January 13, 2016

6. PENYEJAT ( EVAPORATOR ) ~ PENIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

6. PENYEJAT ( EVAPORATOR )

TAJUK : PENYEJAT (EVAPORATOR)

 
TUJUAN :


           Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih tentang penyejat iaitu salah satu daripada komponen yang utama di dalam sistem penyaman udara. Diharap para pelatih akan dapat memahami tajuk yang diterangkan dan boleh membuat latihan amali bila perlu.

          Penyejat adalah satu daripada komponen dalam sistem peyejukan dan penyamanan udara yang berfungsi sebagai peyerap haba. Cecair bahan pendingin di dalam peyejat akan bertukar kepada gas selepas haba diserap. Dalam keadaan sejuk (tekanan dan suhu rendah ) penyejat akan menyerap haba yang panas di sekelilingnya.           

Banyak terdapat nama - nama lain bagi penyejat seperti gelung penyejat, unit penyejuk , gelung pembeku dan penyejuk cecair.

Prinsip Kerja Penyejat

           Fungsi atau prinsip kerja ialah untuk menyerap haba di dalam ruang , kabinet atau tempat yang hendak disejukkan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair yang mempunyai suhu dan tekanan rendah akan berupaya untuk menarik haba yang panas ke linkaran penyejat. Selepas menyerap haba cecair yang dingin akan bertukar bentuk kepada gas dingin dan seterusnya masuk ke dalam pemampat untuk dimampatkan.

JENIS - JENIS PENYEJAT.

      Jenis -jenis penyejat terbahagi kepada dua kategori.


(a) Penyejat jenis pengembangan kering.( Dry Evaporator/Direct Expansion Evap.)
(b) Penyejat jenis banjir. ( Flooded Evaporator ).


(a) Penyejat Jenis Pengembangan Kering.

           Alat kawalan kemasukan bahan pendingin ( peranti permeteraan ) dalam penyejat jenis ini hanya membenarkan cecair bahan pendingin yang diperlukan sahaja untuk menyerap haba (terpeluwap ) di dalam lingkaran penyejat. Bahan pendingin ini akan masuk melalui satu hujung penyejat dan keluar melalui hujung yang lain , di dalam lingkaran yang sama. Kesemua bahan pendingin yang keluar melalui hujung yang lain, di dalam lingkaran yang sama. Kesemua bahan pendingin yang meninggalkan lingkaran penyejat dalam bentuKgas yang kering. Kadar banyaknya cecair bahan pendingin yang masuk ke dalam penyejat bergantung pada kadar pemeluwap dan pertambahan atau pengurangan beban haba pada penyejat. Jumlah cecair yang masuk ke dalam lingkaran penyejat menjadi kurang apabila beban sedikit dan bertambah apabila beban banyak. Walau bagaimana kecekapan penyejat adalah tinggi apabila beban haba yang diserap banyak. (lihat rajah1)

rajah 1

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

penyejat (evaporator) jenis pengembangan kering

           Sirip dibina bertujuan untuk meluaskan lagi permukaan penyerapan haba pada penyejat.Lingkaran penyejat lalu menerusi celah - celah sirip tersebut. Reka bentuk jenis ini digunakan untuk sistem penyamanan udara. (lihat rajah 3 ).

Rajah 3
UDARA
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


(b) Kelumpang dan tiub.

           Penyejat jenis kelumpang dan tiub digunakan untuk sistem yang besaryang dinamakan sistem air kokol. Bahan pendingin masuk melalui tiub dan air pula masuk melalui kelumpang. Air yang masuk mempunyai suhu yang tinggi dan apabila keluar suhu air menjadi rendah kerana bahan pendingin di dalam tiub menyerap haba daripada air di dalam kelumpang (lihat rajah 4 ).

Rajah 4

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
Penyejat(evaporator) kelumpang dan gelung


(c) Kelumpang dan Gelung,

Penyejat jenis lebih kecil daripada penyejat jenis kelumpang dan tiub. Kelumpangnya
lebih kecil dan gelung penyejat berada di dalamnya. Penyejat ini digunakan dalam
sistem pendingin air.

PPU ASAS

Kalumpang dan gelung.


(d) Tiub Terdedah.
           Lingkaran penyejat berbentuk-U dilingkarkan di dalam kabinet penyejukan tanpa pembalut. Lingkaran ini dilekatkan ke dinding kabenit penyejukan. Jenis ini digunakan bagi peti sejuk di kedai - kedai untuk membuat ketulan ais. Bahan pendingin menyerap haba secara terus daripada bahan yang hendak disejuk atau beban. (lihat rajah 6 ).

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


(e) Plat
Reka bentuk ini dibuat khas untuk peti sejuk rumah. Petak - petak yang banyak di atas permukaan plat membolehkan cecair bahan pendingin beredar lebih banyak untuk menyerap haba . Plat : salut dengan plastik keras untuk menjamin keselamatan.  Walaupun begitu , ini tidaklah menjejaskan proses penyerapan haba. (lihat rajah 7 ).


Penyejat (evaporator) permukaan plat


BAHAN BINAAN PENYEJAT.
 
Kompenen dalam penyejat daripada gelung atau lingkaran yang diperbuat daripada tiub kuprum , kelumpang yang diperbuat daripada plat keluli yang tebal dan plat yang diperbuat daripada kepingan aluminium.


 

 

No comments :