Sunday, December 20, 2015

KENALI MEREKA: OLEG VLADIMIROVICH LOSEV

          Oleg Vladimirovich Losev merupakan warganegara Russia, Soviet Union yang dilahirkan pada 10 May 1903 di Tcer, Russia dan meninggal pada 22 Januari 1042 di Leningrad, Rusia. Beliau menetap di Nizhny, Leningrad. Beliau adalah seorang sains dan pencipta dalam bidang Fizik dan Kejuruteraan Fizik. Beliau dilahirkan dalam keluarga kelas atasan di Imperial Rusia dan dilayan seperti kapten di dalam ketenteraan Czarist. Antara institusi pengajian beliau ialah Nizhniy-Novgorod Radio Laboratory (NRL), Central Radio Laboratory (TSRL, Leningrad), Leningrad Physicotechnical Institute, First Leningrad Medical Institute.

          Losev telah menghasilkan banyak dokumen dan surat jaminan sepanjang kerjayanya. Penemuan beliau tentang LED diperkenalkan pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21. Dalam tahun 1907. H.J.Round telah menulis laporan (hanya dalam 2 perenggan) tentang Electrical World pemerhatian cahaya yang datang dari SiC oleh rangsangan elektrik. Kenyataan Losev lebih terperinci dibandingkan dengan Round.

          Semasa bekerja sebagai jurutera radio, beliau dapati bahawa diod digunakan di dalam radio penerima memancarkan cahaya apabila arus melaluinya. Pada 1927, Losev menerbitkan maklumat di dalam majalah Rusia tentang diod pemancar cahaya yang pertama.

          Antara tahun 1924 dan 1941, beliau menerbitkan sebuah artikel yang menerangkan tentang fungsi setiap alatan yang dihasilkan dimana ia menghasilkan cahaya melalui ‘electroluminescence’ apabila elektron jatuh pada aras tenaga paling bawah. Pada April 2007 keluaran Nature Photonic, Nikoley Zheludev memberi kepercayaan kepada Losev kerana penemuannya tentang LED.

          Sebagai juruteknik radio di tempat kerja, beliau terfikir penggunaan diod dalam penerimaan pengeluaran cahaya apabila arus melaluinya walaupun dalam arus yang rendah. LED sesuai digunakan kerana tidak mudah terbakar, murah dan efficient.



          Beliau seorang yang amat tegas dalam menjalankan tugasnya sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Beliau juga amat serius dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota tentera dan sebagai juruteknik radio. Beliau juga berani mengemukakan pendapat dan yakin dengan apa yang diketahuinya. Beliau berjaya meyakinkan semua pihak tentang penemuannya dan beliau amat berjasa dalam memperkenalkan LED dan fungsi serta kelebihannya. Beliau bijak menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk meyakinkan semua pihak. Dan menggunakan kelebihan itu sebaiknya dengan menjalankan kajian dan menulis segala penemuannya untuk di sebarkan kepada pengetahuan umum.



          Penciptaan dan penggunaan LED banyak dibincangkan di kalangan pelajar-pelajar Falkuti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Falkuti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEKK). LED merupakan salah satu komponen elektrik atau elektronik yang penting dan sering di gunakan kerana fungsinya yang sama seperti diod digunakan dalam litar sehala. Penggunaan LED dalam kejuruteraan elektronik membawa kepada penciptaan paparan digital bit yang digunakan dalam paparan nombor untuk jam, lampu isyarat, paparan data bit dan sebagainya.

          Cahaya merupakan salah satu keperluan utama untuk kehidupan kita seharian. Kini teknologi telah mulai berkembang dimana lampu bukan sahaja dijadikan sebagai salah satu bekalan utama tenaga untuk kehidupan malah merupakan salah satu keperluan umum masyarakat. Contohnya dapat dilihat dari gambar rajah di atas, dimana LED digunakan pada tayar kereta dan dijadikan satu tarikan yang unik terutama bagi penggemar kereta. Malah di sekitar jalan di Kuala Lumpur, khasnya pada waktu malam sinaran cahaya dijadikan sebagai penarik kepada pengunjung.

          Bidang yang memerlukan penggunaan LED adalah seperti jurutera elektronik, pembuat kit latihan dan sebagainya. Sesuatu objek sama ada yang kecil mahupun besar akan menjadi lebih menarik jika penciptanya kreatif dalam penciptaannya. LED boleh dijadikan sebagai suatu daya penarik bagi melariskan jualan kerana keharmonian warnanya serta kecerahan cahayanya mampu menarik minat semua golongan sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

          Jurutera elektronik juga diperlukan dalam bidang ini kerana ianya dapat membantu negara untuk menarik lebih banyak pelancong asing. Contohnya kita dapat lihat di pesta-pesta cahaya yang sering dilakukan pada waktu malam. Keunikkan dan keindahan gabungan warnanya memang tidak dinafikan mampu menarik minat semua golongan. Maka, lebih ramai jurutera perlu dilahirkan supaya mereka dapat mencipta sesuatu yang lebih menarik, canggih dan moden.

         Walaupun ada sesetengah di antara kita yang menganggap teknologi LED ini tidak membawa kepada sebarang kelebihan selain dari memeriahkan kehidupan seharian namun kita seharusnya berfikiran jauh di mana setiap yang berlaku itu pasti mempunyai sebabnya dan mungkin penemuan Oleg Losev ini merupakan sesuatu yang boleh membawa kita kepada kehidupan yang lebih baik suatu hari nanti. Bagaimanapun sehingga sekarang tiada lagi ada yang menafikan bahawa kewujudan LED amat disenangi dan sering digunakan dalam sesuatu majlis atau keraian.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->