Sunday, December 20, 2015

KENALI MEREKA: VINTON CERF

 Vint Cerf dilahirkan pada 23 Jun 1943 di New Haven, Connecticut. Beliau merupakan ahli sains komputer Amerika yang sering digelar sebagai Bapa Internet. Sumbangan beliau telah diperakui dengan kelulusan setiausaha kehormat dan anugerah yang melibatkan National Medal of Technology, Turing Award dan Prisidential Medal of Freedom. Cerf telah bekerja dengan Google dan menjadi naib presiden dan ketua internet sejak 2005.

          Kerjaya Cerf selepas beliau mendapat B.S. dalam Matematik dari Universiti Stanford adalah di IBM dimana beliau telah bekerja kurang dari 2 tahun sebagai jurutera sistem membantu QUIKTRAN. Beliau meninggalkan IBM dan menjadi ketua pengaturcaraan di UCLA di mana beliau juga terlibat dalam menbuatan ARPANET perumah spesifiksi protocol. Beliau menjadi pembantu professor di Universiti Standford di mana beliau membuat kajian terhadap rangkaian sambungan dalaman dan mereka DoD TCP/IP protokol yang sama seperti Robert E Kahn.

          Pada Tahun 1997, Cerf menyertai ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) dari tahun 1999 sehingga tahun 2007 di mana pada ketika itu beliau telah menjadi pengerusi ICANN. Cerf juga pernah bekarjasama dengan NASA’s Jet Propulsion Laboratory. Ia merupakan suatu perhubungan yang khusus antara planet-planet dengan menggunakan perbuhungan radio atau laser yang berdaya tahan tinggi kepada darjah isyarat.



          Vinton Gray Cerf merupakan salah seorang yang memperkenalkan struktur rangkaian hubungan sedunia yang lebih dikenali sebagai internet dan telah mengubah revolusi dalam sistem komunikasi dan penyebaran maklumat. Penggunaan internet yang begitu meluas sekarang membawa kepada penghubungan tanpa sepadan memberi banyak pilihan dalam pengkongsian maklumat.

        Beliau rajin menjalankan kajian dan menimba pengalaman di pelbagai tempat dengan bekerja dan menjadi pembantu profesor. Beliau juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana kajian yang beliau lakukan ini sebenarnya agak susah yang mana memerlukan beliau membuat rujukan kepada kajian-kajian terdahulu dan perkongsian maklumat dengan ahli sains yang lain.


         Dengan berbekalkan keazaman yang tinggi dalam membina rangkaian hubungan, membawa beliau dikenali sebagai bapa penapakkan internet. Penemuan internet ini juga telah mencipta zaman baru dalam industri penghubungan dan maklumat. Beliau juga dikatakan rajin dan bersemangat kental untuk mencapai matlamat beliau terhadap kajian perhubungan melalui internet. Sikap ini memang patut dicontohi supaya selepas ini ramai lagi tokoh-tokoh sains akan muncul dan membina lagi pelbagai rangkaian yang lebih canggih.

          Perhubungan internet merupakan salah satu topik yang penting dalam pembelajaran bagi pelajar-pelajar di Falkuti Kejuruteraan Elektrik dan Ekeltronik (FKEKK) dan Falkuti Teknologi dan Maklumat (FTMK) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini. Perhubungan internet juga berkait rapat dengan sistem gelombang kerana penghantaran maklumat dan perhubungan internet adalah melalui gelombang.

          Penggunaan internet dalam pembelajaran di universiti amat penting bagi pelajar mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Melalui internet, pelajar dapat menambah maklumat untuk proses pembelajaran bagi sesuatu subjek yang diambil. Internet juga adalah satu medium promosi atau pengiklanan secara menyeluruh dan menjadi alat penghubungan yang cepat dan murah.





          Internet boleh digunakan oleh semua rangkaian dengan menggunakan rangkaian computer yang memindah data dalam bentuk pensuisan paket mengikut Internet Protokol (IP). Rangkaian kepada rangkaian mengandungi berjuta data mengenai domestik, akademik, perniagaan, rangkaian kerajaan, secara bersama membawa sejumlah maklumat dan perkhidmatan seperti surat elektronik dan pemindahan fail di laman web.

          Rangkaian seperti Google, dan Yahoo! dapat membantu kita mencari pelbagai jenis maklumat-maklumat sama ada yang terkini mahupun yang maklumat terdahulu. Dengan adanya rangkaian seperti ini kita sudah dapat hidup dengan serba moden dan lebih mudah. Tambahan pula ada sesetengah syarikat yang menjalankan perniagaan secara online dimana pengguna hanya perlu memilih produk dan seterusnya produk akan dihantar terus ke rumah.

          Kerjaya dalam bidang ini seperti pembina laman web, server, database, moderator dan pengiklan. Terdapat inividu yang pakar dalam bidang internet boleh mandapat banyak keuntungan dalam sehari hanya dengan duduk di hadapan computer sahaja. Contohnya, Friendster, Pereka Games, Pereka Anti-virus , Jualan secara online dan yang paling terkini adalah dimana seorang doktor gigi dapat merawat pesakitnya dengan melihat melalui web cam di rumah pesakitnya tanpa perlu ke kliniknya.





          Mungkin pada abad 2020 sudah tidak wujud lagi pusat membeli belah yang banyak kerana pengguna boleh membuat pesanan dan pembelian hanya melalui internet. Dan pelajar juga tidak jagi perlu ke sekolah kerana dapat menerima pembelajaran dari rumah melalui internet. Maka kita sebaiknya menokong kempen kerajaan yang menegaskan setiap rumah perlu dilengkapi dengan sekurang-kurangnya sebuah komputer dan mendedahkan kepada anak-anak tentang kebaikan internet di samping meninjau aktiviti mereka agar tidak terjebak dengan gejala penyalahgunaan internet.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->