Sunday, December 20, 2015

KENALI MEREKA: RALPH VINTON LYON HARTLEY


Ralph V.L. Hartley telah dilahirkan pada 30 November 1888, di Spruce, Nevada, U.S.A. dan meninggal 1 May 1970 di U.S.A. Beliau merupakan pencipta litar elektronik penghayun. Beliau juga merupakan perintis dalam bidang penerangan teori. Beliau menamatkan pengajian dengan kelulusan ijazah A.B. dari University of Utah pada 1909. Sebagai penerima biasiswa Rhodes, beliau mendapat kelulusan ijazah B.A. pada 1912 dan ijazah B.Sc. pada 1913 dari Oxford University.

Selepas pulang dari England, Hartley menyertai makmal penyelidikan dari syarikat elektronik barat dan ditugaskan dalam projek pengembangan sekatan isyarat radio bagi sistem penterjemahan radio telefon Bell (Bell System's Transatlantic Radiotelephone) pada 1915. Beliau telah mencipta litar ayunan dan mencipta litar peneutralan untuk menyingkirkan hingar (kotoran bunyi) yang terhasil dari parangkai dalaman. Semasa perang dunia pertama, Hartley telah menjumpai suatu prinsip yang membawa kepada penemuan pembangunan jenis bunyi sehala. Selepas peperangan, beliau bekerja di Western Electric dan kemudian di Bell Laboratories, menjalankan kajian pada pengulang, bunyi dan siaran. Hartley merupakan perintis dalam bidang teori maklumat. Beliau memperkenalkan konsep “maklumat” sebagai pembolehubah rawak dan merupakan percubaan pertama untuk mentafsirkan

“pengukuran maklumat” (1928: "Transmission of Information", dalam Bell System Tech. Journal, vol. 7, pp. 535-563).





Ralph Hartley telah mencipta satu revolusi baru dan penting dalam bidang komunikasi dengan memperkenalkan sejenis isyarat gelombang iaitu teori Hartley Oscillator. Teori ini juga telah dijadikan salah satu topik dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang elektronik dan perhubungan.

Dengan permulaan yang dilakukan Hartley kini jurutera-jurutera moden telah mencipta pelbagai pembaharuan dalam bidang perhubungan dan komunikasi. Penghantaran maklumat dapat dilakukan dalam pelbagai cara contohnya; melalui internet, talian fax dan paling terkini adalah melalui Bluetooth.

Walaupun mendapat pendidikan dalam bidang seni, minat beliau dalam bidang sains telah membawa beliau dalam penciptaan gelombang ini. Beliau seorang yang bekerja keras dan mempunyai keazaman yang tinggi dalam membuat sesuatu pekerjaan. Beliau juga seorang yang bijak dalam mencari kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah. Beliau rajin menimba ilmu dan pengalaman serta melakukan kajian demi memberi kemudahan kepada semua. Beliau juga kreatif kerana dapat memikirkan sesuatu yang boleh dikatakan diluar jangkaan dan luar pemikiran manusia pada zaman tersebut.

Gelombang merupakan salah satu topik yang penting dalam pembelajaran bagi pelajar-pelajar Falkuti Kejuruteraan Elektrik dan Ekeltronik (FKEKK) dan Falkuti Teknologi dan Maklumat (FTMK) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini. Topik ini terkandung dalam siri pembelajaran tentang perhubungan dan sistem penghantaran maklumat.
 

Beliau telah menyumbang dalam mata pelajaran elektronik dengan membina litar pengayun, oscillator circuit iaitu alat untuk mengayun gelombang sama ada voltan atau arus. Kegunaan gelombang ini dalam elektronik adalah sebagai isyarat keluaran (output signal) dan biasanya dibawa dan dikawal oleh penguat, amplifier. Penganyun yang mengeluarkan isyarat sinus dipanggil Sinusoidal Oscillator dan jika voltan meningkat atau menurun secara serentak dipanggil denyutan atau gelombang petak Oscillator.


Pengayun Hartley mengaruh secara pasangan, pembolehubah frekuensi pengayun dimana pengayun berada dalam keadaan sesiri atau beralih suapan. Pengayun Hartley mempunyai kelebihan dimana mempunyai pusat yang dipasang dengan pengaruh dan satu kapasitor. Susunan ini memudahkan pembuatan litar pengayun Hartley (Hartley oscillator circuit).


Linear amplifier with Hartley-oscillator
 
Dari sini kita dapat lihat bagaimana kegunaan sebenar gelombang. Kejuruteraan elektronik tidak akan hidup tanpa gelombang kerana penggunaan gelombang sangat perlu dalam menggerak operasi litar elektonik. Gelombang atau signal ini biasanya digunakan pada litar elektronik selain di stesen radio, televisyen dan komunikasi.

Asasnya Fourier transform sukar untuk diaplikasikan kerana ia berkaitan dengan nombor kompleks. Masalah ini dapat dielakkan dengan menggunakan persamaan, Hartley Transform namun ia jarang digunakan. Pengubahan ini berfungsi keseluruhannya dalam nombor nyata dan ditunjukkan dalam persamaan berikut;
Identiti ini membenarkan dua dimensi Harley transform untuk dikira dengan menganggap dimensi ketidakbergantungan diikuti dengan menggunakan persamaan berikut:

Kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini adalah seperti profesor penyelidikan dalam bidang elektronik atau perhubungan, jurutera elektronik di stesen-stesen radio, televisyen atau komunikasi serta jurutera pereka dalam litar elektronik. Melalui perhubungan kita dapat lihat dimana pada mulanya kita hanya menggunakan telefon yang dirangkaikan denagn menggunakan wayar. Namun kini kita berjaya mencipta dan berhubung dengan alat telekomunikasi tanpa wayar malah dapat berhubung dengan melihat kenalan hanya melalui skrin telefon. Kita juga telah berjaya menggunakan sistem internet yang membolehkan kita menerima banyak maklumat. Kita juga boleh mendengar radio atau menonton television melalui internet.

Menjangkau pada tahun 2008 ini kita telah mengecapi pelbagai teknologi moden dalam aspek komunikasi. Memang tidak dinafikan bahawa kita tidak mengalami sebarang kesulitan dalan perhubungan dengan adanya teknologi seperti telefon, faks, internet dan 3G. Mungkin kita tidak dapat lagi memikirkan teknologi baru yang bakal tiba kemudian hari kerana kita rasa sudah cukup dengan teknologi yang ada sekarang. Namun kita mesti tanamkan dalam diri kita bahawa kehidupan akan datang mungkin akan menjadi lebih sukar maka kita perlulah sentiasa bersedia dengan kemodenan yang bakal tiba dengan mempersiapkan diri dengan ilmu fizik dan ciptaan yang lebih baik dan berguna supaya tidak dikatakan sebagai golongan yang ketinggalan.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->