UPDATE SETIAP HARI KALAU TIDAK SEBOK-MODERATOR
Sistem pengurusan depot kontena kosong dan kontena sejuk beku serta sistem kawalan kontena keluar masuk depoh yang menggunakan perisian sistem computer.
Penggunaan ARTIKAL/SOP ini diperkirakan secara mengikuti turutan kontena masuk daripada pintu masuk utama sehingga ianya keluar di pintu keluar terakhir.
HERAKI SUSUNAN
1. Pintu masuk utama (gate-in)
2. Pemeriksaan pintu masuk utama (gate-in checker)
3. Mengenalpasti perbezaan (wear and tear and handling)
4. Langkah dan kaedah laporan
5. Pintu keluar utama (gate-out)
6. Pemeriksaan pintu keluar utama (gate-out checker/ reefer technician)
7. Perintah arah hala tuju kontena (cont operation movement)
8. Pemantauan kontena (survery)
9. Ruangan simpanan (kontena stack)
10. Tempahan (booking)
11. Sistem mengeluarkan kontena (cont out-let depot)
12. Rekod bertulis (manual record)
1. PINTU MASUK UTAMA (GATE-IN).
Pintu masuk utama bagi sesebuah depoh adalah dikenal melalui pemeriksaan pertama ketika ianya memasuki depoh sebelum petugas pemeriksaan pintu masuk (gate-in cheker) menjalankan tugas memeriksa kontena. Setiap kontena yang dibawa masuk kedalam depoh ianya wajib membawa atau wakil agansi kontena tersebut lebih awal menyediakan kontrak yang dipanggil CSO (container storing order) kepada sistem pengurusan depoh. Apabila berlaku setiap kontena yang dibawa masuk kedalam depot tanpa mendapat apa yang disebut CSO maka setiap pergerakan yang bermula daripada pintu masuk secara automatic-nya terbatal.
CSO (container storing order) hendaklah diterima kepada pihak pengurusan depot secara bertulis dengan diisikan beberapa butiran lengkap sepertinya diterangkan kepemilikan asal bagi setiap kontena, alamat pemilik atau wakil agensi kontena, perjanjian duahala dan diterang secara jelas tempat terakhir darimana diambil kontena tersebut.
Apabila pihak pengurusan telah mempunyai kesepakatan yang menjurus kepada pergandingan perniagaan dengan sesuatu syarikat pengendalian kontena maka CSO tersebut hanya perlu dibuat sekali sahaja dalam satu MOU yang dibuat oleh syarikat.
2. PEMERIKSAAN PINTU MASUK UTAMA.
Apabila setiap kali kontena yang dibawa masuk kedalam depoh (dengan tujuan penyimpanan) hendaklah disertakan lampiran surat penghantaran (haulage delivery document) kepada petugas pemeriksaan pintu masuk sebelum ianya memeriksa kontena tersebut atau yang dipanggil gate-in checker.
Gate-in checker dan tanggungjawabnya.
1. Memeriksa secara teliti keadaan kontena yang menyangkut badan (structure)
dan juga mesin mekanikal kontena sejuk beku (reefer machinery) termasuk juga
kontena petikemas GP (general purpose).
1.1. Memeriksa badan kontena sama ada ianya reefer atau GP disetiap
permukaan sisi sebelah kanan, kiri, depan dan permukaan pintu
belakang serta bumbung kontena.
1.1.1. Pemeriksaan ini melalui ketajaman mata serta kaedah pemastian
struktur yang berbalik kepada asal struktur kontena tersebut iaitu
tiadanya kesan hentakan atau tekanan yang kuat yang meninggalkan
kesan kemik/koyak atau kesan kemik yang melebihi daripada
1/2 inch kedalamannya. Setiap kesan yang tidak diklasifikasikan
sebagai struktur asal adalah di ketegorikan sebagai
KIV (kep in view). ***setiap kontena KIV perlu ada rekod
bertulis yang akan diserahkan kepada penyelia sistem perisian depoh
untuk dikemaskini dan dihantarkan kepada pemilik kontena tersebut.
1.1.1. Memastikan getah pintu (door gasket) tidak terkeluar/koyak.
1.1.2. Memastikan batang kunci (locking bar) tidak bengkok.
1.1.3. Memastikan kemudi pintu (door handle) tidak bengkok.
1.1.4. Memastikan setiap (corner post) tidak bengkok.
1.1 5 Memastikan Bumbung (toproof) tiada lubang/kemik
1.1.6 Memastikan permukaan sisi kiri dan kanan
(side panel left/right) tidak berlubang
1.1.7. Membuka pintu dan memasuki kedalam ruangan simpanan
kargo untuk memastikan :- penutup mesin sebelah dalam
atas dan bawah (machinery interior panel top bottom)
tersimpan/sedia ada.
1.1.7.1. memastikan panel dalaman tidak berlubang.
1.1.8. Memastikan ruang pelepasan angin (buffer plate/Lplate)
tersimpan/sedia ada.
1.1.9. Memastikan sisi permukaan dalaman ruangan simpanan
kargo (interior panel) tiada kesan kemik/koyak/ serta
ianya perlu seperti asal dengan cara diklasifikasikan
sebagai asal kesediaannya.
1.1.10. Memastikan setiap kali memasuki ruangan kontena
petugas memastikan tiada apa-apa jenis pelekat
(strikers) dan apa yang diketegorikan sebagai sampah.
Setiap pemantauan ruangan dalaman yang diklasifikasikan
sebagai bukan asal dari kesediaan kontena tersebut perlu
direkodkan untuk kemaskini didalam sistem depoh.
1.1.11. Segala bentuk yang diklasifikasikan sebagai
kerosakan struktur kontena hendaklah diambil gambar
pada sisi kiri/kanan/depan/belakang atas
bumbung dan bawah.
1.1.12. Gambar yang diambil adalah gambar yang mana
kontena yang diklasifikasikan sebagai rosak tersebut
masih berada diatas gerabak/ trailer dengan adanya
gambar di rekod/shoot secara bergandingan iaitu gambar
kontena dan juga gambar gerabak tersebut.
1.1.13. bagi kontena yang memasuki ruangan pemeriksaan
Gate-in checker depoh dengan membawa kontena
bersaiz 20kaki secara mesin bertemu mesin diatas
gerabak empat puluh kaki hendaklah diambil gambar
secara bergandingan dengan gerabak pada sisi
kiri/kanan/depan/bumbung/ kedua-dua mesin atau jika
didapati belakang kedua-dua pintu sebelum ianya
diturunkan untuk pemantauan lanjut di kawasan
pemantauan.
1.1.14. Pengesahan secara pembuktian petugas Gate-in
checker keatas hasil pemantauan adalah diperlukan
iika ianya gagal dilakukan maka petugas bagi perisian
depoh dilarang sama sekali untuk mengemaskini
atau merekodkan kontena tersebut didalam sistem
depoh.(pengesahan tersebut adalah penurunan
tandatangan petugas Gate-in checker bertanggungjawab)
1.2. Memeriksa permukaan mesin kontena sejuk beku
(reefer machinery panel) dengan teliti pada setiap sudut yang mengikut
kesedian mesin ketika ianya dikeluarkan daripada pengilang (maker).
Setiap bahagian komponen (part) yang tidak lengkap/atau dianggap
hilang hendaklah direkodkan sebagai tidak dipasang atau tidak
disediakan (not applicable). Tidak dibenarkan sama sekali
penggunakan perkataan missing didalam rekod kontena tersebut
ketika ianya memasuki depoh.
1.2.1. Memeriksa permukaan mesin (machinery panel) dimana ianya
hendaklah tiada kesan hentakan/kemik atau retak.
1.2.2. Memastikan kotak simpanan alat kawalan
(controller compartment) serta pintu nya tidak
adanya kesan hentakan/kemik.
1.2.3. Membuka setiap pintu alat kawalan (controller door)
untuk memastikan alat
kawalan-nya (controller) tersimpan/sedia ada.
1.2.4. Memastikan setiap alat pelantik elektrik (contactor) kesemuanya
tersimpan/sedia ada.
1.2.5. Memastikan papan bacaan (display module) tidak
rosak/kemik/koyak atau pecah.
1.2.6. Memastikan sel kering (battery pack) tersimpan/sedia ada.
1.2.7. Memastikan pemampat (compressor) tersimpan/sedia ada.
1.2.8. Memastikan setiap paip (tube line) injap kembangan automatic
termasuk juga injap kembangan static
(modulation and one way valve) tersimpan/sedia ada.
1.2.9. Memastikan tapisan kering (filter drier) tersimpan/sedia ada.
1.2.10. Memeriksa kabel kuasa (power cable) tersimpan/sedia ada
dengan kepanjangan yang relaven iaitu bagi reefer 40 kaki
memerlukan kabel sepanjang paling kurang 50kaki jika kontena
diatas tanah dan bagi reefer 20kaki memerlukan kabel
sepanjang 30kaki jika kontena diatas tanah.
1.2.11. Memeriksa soket kuasa (power plug) tersimpan/sedia
dan serta memastikan ianya tidak terbakar/kemik/
serta pin keselamatannya (safety pin) tidak dipotong.
1.2.12. Memastikan pintu masuk penyejat (evaporator access door)
serta ventelasi (ventilation panel) tersimpan/sedia ada.
1.2.13. Setiap bahagian komponen (part) yang tidak lengkap/atau
dianggap hilang hendaklah direkodkan sebagai tidak dipasang
atau tidak disediakan (not applicable). Tidak dibenarkan sama
sekali penggunakan perkataan missing didalam rekod kontena
tersebut ketika ianya memasuki depoh.serahkan kepada penyelia
perisian depot untuk dikemaskini.
1.2.14. Setiap petugas pintu masuk (gate-in cecker) hendaklah mencatit
nombor kontena/pembuat kontena (machine maker) nombor
model (model number) nombor siri mesin (machinery serial)
tahun pembuatan (mfg date) dan diserahkan kepada penyelia
perisian depoh untuk dikemaskini.
Nota: Tindakan selanjutnya bagi pergerakan kontena tersebut
selepas diperiksa oleh petugas pintu masuk ianya bergantung
kepada penyelia perisian depoh, kerana pembawa kontena
(driver) tersebut akan membawa satu andorsemen pengesahan
yang telah dipastikan dan disahkan secara bertulis oleh pemeriksa
pintu masuk kepada penyelia perisian depoh dan akan dikemaskini
ke dalam system perisian. Perintah hala-tuju bagi kontena reefer
juga ditentukan oleh penyelia perisian depot sama ada ianya akan
terus dibawa masuk ke kawasan washing bay atau terus masuk
kekawasan pti bay/stack, ini bergantung kepada keadaan mengikut
keutamaan operasi dan heraki pengurusan yang mana lebih utama.
-Gate checker inspection form-
3. MENGENAL PASTI PERBEZAAN (Wear and Tear and Handling)
Wear and tear dan handling adalah istilah yang digunakan keatas menilai benda yang bersifat materi/ zat dan ianya mempunyai kemungkinan rosak. Kerana adanya kemungkinan rosak tersebut maka penilaian keatas kerosakan tersebut adalah salah satu kewajipan kepada petugas Gate-in checker untuk memastikan nilai kerosakan tersebut sama ada ianya di klasifikasikan sebagai kerosakan wear and tear atau Handling. Penilaian keatas dua jenis kerosakan ini adalah amat penting kerana ianya bersangkutan dengan nilai pembayaran balik ganti rugi oleh pihak ketiga atau nilai kerosakan dikembalikan kepada pemilik kontena tersebut sama ada ianya kontena reefer atau GP. Kegagalan mengklasifikasikan jenis kerosakan tersebut atau terlepas pandang/ gagal mengesan/melaporkan akan menyebabkan pihak depoh menanggung kerosakan tersebut tanpa boleh membuat tuntutan kerugian kepada pihak ketiga. Penditilan dua jenis kerosakan tersebut diterangkan secara komprehansif dibawah berserta langkah dan kaedah laporannya.
Wear and Tear:
1. Kerosakan yang terhasil daripada sifat material disebabkan oleh nyah kegunaan.
1.1 Karat
1.2 Retak tanpa kesan hentakan
1.3 Patah tanpa kesan hentakan
1.4 Longgar pada alat yang disifatkan masuk kerana diikat/ rebet
1.5 Berlubang Kerana hasil terjadinya karat
1.6 Koyak pada bahagian kontena yang ada sifat pergeselan/ gasket
2. Kerosakan yang terhasil daripada pengaruh cuaca persekitaran.
2.1 Karat
2.2 Retak tanpa kesan hentakan
2.3 Patah tanpa kesah hentakan
2.4 Berbau sifat kimia tanpa ada rekod membawa barangan tersebut
Nota: Bagi permukaan Mesin kontena Reefer tidak ada yang
bersangkutan dengan pemantauan wear and tear ketika
ianya berada di kawasan pemantauan Gate-in Checker
kecuali kesan kakisan dari kimia.
Handling:
1. Handling adalah kerosakan yang diklasifikasikan sebagai terhasil keatas
kontena disebabkan pengendalian manusia
1.1 Karak permukaan luar atau dalam yang terhasil daripada kesan
kimia iaitu adanya sifat kakisan. Karat tanpa adanya kesan kakisan
adalah bersifat wear and tear
1.2 Retak dengan kesan hentakan. Ditolak sama sekali patah yang
tidak mempunyai kesan hentakan pada permukaan mesin Reefer
kerana mesin tersebut mempunyai sifat gegaran.
1.3 Patah dengan kesan hentakan. Ditolak sama sekali patah yang

1.4 Pecah pada kelengkapan mesin yang material-nya diperbuat
daripada plastik, Kaca dan alloy.
1.5 Bumbung berlubang (toproof)
1.6 Permukaan sisi kiri/kanan berlubang (side panel left/right)
1.7 Pelindung mesin sebelah dalam tidak tersedia
(machinery interior panel top/bottom)
1.8 Permukaan dalaman (interrior panel) berlubang
1.9 Hilang pada alat kelengkapan mesin yang dirujuk pada asal
kesempurnaan
1.10 Berlubang/koyak yang diduga terhasil daripada kesan hentakan
benda keras atau tikaman
1.11 Hilang pada alat kelengkapan mesin yang dirujuk pada asal
kesempurnaan Mesin. Baca penditilan dibawah:-
1.11.1 Alat kawalan utama tersedia (controller) dan segala yang
terkait dengannya
1.11.2 Alat kontek elektrik (contactor) tersedia
1.11.3 Sensor elektrik (Current sensor) tersedia
1.11.4 Papan bacaan (display module) tersedia
1.11.5 Alat perendah tenaga elektrik (transfomer) tersedia
1.11.6 Alat penaik tenaga elektrik (inverter) Bagi unit Daikin
model LX10F
1.11.7 Alat kawalan pemampat (FC Converter) Bagi unit StarCool
1.11.8 Alat injap kembangan tersedia (expansion device) - hanya
pemantauan luaran
1.11.9 Kipas motor kondensor (condensor fan blade) tersedia
1.11.10 Kondensor motor (Condensor fan motor) tersedia
1.11.11 Alat pelindung kelengkapan kendensor
(Condensor fan Grill assy) tersedia
1.11.12 Alat pemampat (compressor) tersedia
1.11.13 Gelungan kondensor (Condensor Coil) tersedia
1.11.14 Penutup lubang masuk Penyejat
(evaporator access panel) tersedia
1.11.15 Papan penekan alat kawalan (key-pad Assy) tersedia
1.11.16 Plug kuasa (power plug) tersedia - jika kemik atau pecah
adalah diklasifikasikan sebagai handling
1.11.17 Kabel kuasa Bab1 (power Cable) tersedia - jika
ukuran kepanjangannya adalah kurang daripada 10kaki
bagi kontena 20kaki dengan adanya kesan putus maka
ianya adalah dibawah pemantauan handling. jika ukuran
kepanjangannya melebihi 10kaki bagi kontena 20kaki
tanpa adanya kesan putus maka ianya dibawah
pemantauan wear and tear
1.11.18 Kabel kuasa Bab2 (power cable) tersedia - jika ukuran
kepanjangannya adalah kurang daripada 30kaki bagi
kontena 40kaki dengan adanya kesan putus maka ianya
dibawah pemantauan handling. Jika ukuran
kepanjangannya 30kaki tanpa adanya kesan putus
maka ianya dibawah pemantauan wear and tear
1.11.19 Kabel kuasa Bab3 (power cable) tersedia - jika didapati
kabel kuasa tersebut didalam kotak simpanannya dalam
keadaan terputus-putus maka ianya adalah dibawah
pemantauan handling walaupun perkiraan ukuran
kepanjangannya melebihi 30kaki bagi kontena 20kaki.
1.11.20 Kabel kuasa Bab4 (power cable) tersedia - jika didapati

kepanjangannya melebihi 50kaki bagi kontena 40kaki.
1.11.21 Kabel kuasa Bab5 (power cable) tersedia - jika didapati

kepanjangan yang diduga 20/30kaki dan 40/50kaki
tanpa adanya kesan putus tetapi terkoyak secara rabak
sehingga merosakkan insulasi (insulation) maka ianya
adalah dibawah pemantauan handling
1.11.22 Pin keselamatan (safety pin) - jika didapati pin
keselamatan pada plug kuasa dipotong maka ianya
adalah dibawah pemantauan wear and tear tetapi
perlu diambil gambar sebagai bukti. Alasan W/T diambil
adalah kerana berdasarkan sosio perniagaan dan standard
yang rendah di malaysia berkenaan persediaan alat
sambungan plug kuasa.
(penilaian Wear and Tear atau handling bagi power plug
berubah mengikut klasifikasi pemilik kontena atau
wakil agensi).
4. Langkah dan Kaedah laporan:-
Handling adalah kerosakan yang diklasifikasikan sebagai terhasil keatas
kontena disebabkan pengendalian manusia. Maka jika belaku kejadian pada
kontena dan diklasifikasikan sebagai kejadian dari perbuatan manusia maka
mengikut sosio perniagaan segala nilai ganti rugi dikembalikan kepada
pengendali terakhir kontena tersebut. Proses menjalankan ganti rugi ini dijalankan
oleh pihak depoh hanya menyangkut pengiriman segala dokumen yang menjadi
asas bukti kepada pemilik kontena tersebut. Ditolak sama sekali bagi pihak
depot menjalankan proses ganti jika ianya tidak memenuhi segala kretiria yang
mana pengendali terakhir tidak dapat dibuktikan pertanggungjawabnya keatas
kerosakan kontena tersebut. Jika ditemukan denga kes-kes kerosakan kontena
yang mana pihak depoh gagal membuktikan kepada pemilik pertanggungjawapan
pihak pengendali terakhir (pihak ketiga) dengan asas-asas bukti maka
segala tanggungan pembayaran balik di pertanggungjawapkan kepada
pihak depoh.
Setiap kontena yang di klasifikasikan rosak disebabkan handling ketika
dibawa memasuki depoh hendaklah dipastikan bahawa salinan DO/CN di-cop
damage pada semua salinannya sama ada ianya sebagai simpanan depoh atau
yang dikembalikan pihak pembawa masuk kontena tersebut.
1. Asas-asas bukti.
2. Kaedah penulisan laporan.
3. Pelaporan kepada pihak berwajib.
1.1. Asas-asas bukti.
1.1.1. Asas-asas bukti adalah apa yang disebut sebagai suatu
yang boleh diindera oleh salah satu sifat penginderaan iaitu
Gambar dan apa yang dikatakan sebagai bukti adalah adanya
tempat dan masa kejadian.
1.1.1.1. Gambar kerosakan/gambar yang diklasifikasikan
sebagai kurangnya sifat kesempurnaan kontena /mesin
1.1.1.2. Masa dan tempat
1.1.1.3. Salinan DO/CN yang telah di-cop damage
2.1. Kaedah penulisan laporan.
2.1.1. Kaedah penulisan laporan adalah tidak melibatkan diri didalam
kejadian dengan maksud menolak diri sebagai kesaksian lanjut
sebagai contohnya dilarang menggunakan perkataan
missing/hilang didalam pelaporan selagimana kontena tersebut
belum dibawah tanggungjawab depoh/jagaan depoh.
(missing/hilang adalah melibatkan diri keatas pertuduhan pihak
ketiga/penyewa. pelaporan adalah apa yag tertera dibawah.
2.1.1.1. Not available
2.1.1.2. Not installed
3.1. Pelaporan kepada pihak berwajib/ liner.
3.1.1 Setiap pelaporan kepada pihak berwajib/liner yang
bersangkutan kerosakan yang melibatkan handling hendaklah
dihantar dengan kadar segera tanpa mengambil tempoh.
Kelengkapan pelaporan hendaklah berserta dokumen
yang diterangkan dibawah:-
3.1.1.1. Gambar semasa diatas gerabak/trailer
3.1.1.2. Tertera menyatakan tarik dan waktu penerimaankontena
3.1.1.3. Pengesahan cop depoh keatas surat penghantaran
kontena/DO/CN yang dibawa lori kontena ketika
memasuki depoh. Surat penghantaran tersebut
hendaklah mempunyai cop rosak/damage dan
pemandu lori perlu menurunkan tandatangan
sebagai pengesahan kesaksian. DO/CN hendaklah
di-cop damage pada semua salinan. Pelaporan dibuat
melalui surat elektronik/email dan dituju
kepada/ to:liner@domain.com/ salinan
carbon -cc: MNR/DEPOT MANAGER/
TECHNICAL MANAGER.
5. PINTU KELUAR UTAMA (gate-out)
Pintu keluar utama bagi setiap depoh dimaksudkan adalah pintu keluar terakhir bagi setiap kontena yang berada didalam depoh menuju ke distinasi seterusnya. Pergerakan kontena yang keluar dari depoh tersebut hanya dibahagikan kepada dua bahagian pecahan besar iaitu pertama export dan kedua reposition yang dibawahnya terbahagi kepada beberapa pecahan kecil didalam rangka pergerakanya. Pintu keluar utama adalah pintu terakhir untuk memastikan setiap kontena dalam keadaan yang memuaskan dan pelepasannya adalah bersandarkan kepada beberapa ketetapan didalam pemantauan dari sudut kualiti yang akan disentuh secara komprehansif dibawah. Pemeriksaan ini dilakukan oleh dua jabatan yang berbeza iaitu gate-out checker dan reefer technician.
Pertama: Kontena Export
Adalah kontena yang keluar daripada depoh atas arahan pemilik
secara bertulis yang di perintahkan keluar menuju pengisian
kargo/ export atau menuju terus ke distinasi tanpa melalui
pengisian kargo/ empty export.
Kedua: Kontena Reposition
Adalah kontena yang keluar daripada depoh tanpa melalui pengisian
kargo dan secara pukal.

Gate-Out Checker/ reefer technician dan tanggungjawabnya.
Perintah dan arahan pemeriksaan/pemantauan kontena export melalui pengisian kargo
sejuk beku/ reefer (FCL export).
1. Reefer technician.
1.1. Menerima arahan secara bertulis penetapan suhu/ re-setting coupon
daripada pegawai operasi bertugas dan memenuhi perintah arahan penetapan
suhu tersebut. Penuhi perintah keatas penetapan:-
1.1.1. Penetapan nombor kontena (container number)
1.1.2. Penetapan suhu (Setting Temperature)
1.1.3. Penetapan Kelembapan (humidity setting)
1.1.4. Penetapan ventelasi (ventelation setting)
1.1.5. Tarikh dan masa penetapan
1.1.6. Penurunan tanda tangan (reefer container set/ resetting coupon)
1.2. Memeriksa dan mengambil gambar:-
1.2.1. Pti sticker
1.2.2. Penetapan suhu (setpoint)
1.2.3. Ventilasi (ventilation setting) arahan bagi semua kontena export (FCL)
1.2.4. Mengambil gambar kotak alat kawalan/ controller compartment
pada sisi:-
1.2.1.1. hadapan/ penglihatan penuh kesempurnaan sifat
controller-rujuk manual
1.2.1.2. sisi atas dalaman controller compartment
1.2.1.3. sisi pintu alat kawalan/ door controller compartment sekitar
kelihatan getah penahan air/ water guard
1.2.5. Memeriksa dan memastikan struktur kotak alat kawalan/ controller
compartment tidak pecah/retak/bengkok. Jika ianya didapati pecah/retak
/bengkok maka pembaikpulihan wajib dijalankan serta-merta tanpa perlu
mengisi dan menurunkan tandatangan pada
Reefer Container/ GP Gate-out inspection coupon.
gambar sebelum dan selepas pembaikpulihan diambil sebagai rujukan.
1.2.4. scan, photocopy atau mengambil gambar re-setting coupon sebagai
rujukan peribadi atau pendua. simpanan adalah berbentuk
gambar elektronik.
1.2.5. Memeriksa dan mengambil gambar Kabel kuasa/ power cable.
1.2.6. Memeriksa dan mengambil gambar plug kuasa/ power plug.
1.2.7. Memastikan Keadaan perlemasan kontena pada permukaan
mesin adalah bersifat tersedia dari segala sudut
kelengkapan-rujuk manual.
2. Gate-out checker.
2.1. Memeriksa dan memastikan pengeluaran kontena GP atau Reefer dalam
keadaan mengikut standard yang telah ditetapkan Oleh
Istitute of international container lessors (IICL) atau mengikut
standard Pemilik/ owner kontena tersebut.
2.2. Memastikan ruang simpanan kargo tidak mempunyai bau sama ada
dia bersifat bauan ammonia atau silicon.
2.3. Ruangan simpanan kargo dalam keadaan bersih tanpa mempunyai
sampah dan pelekat.
2.4. Memastikan pelindung mesin sebelah belakang dan yang terkait dengannya
tersedia dan mengambil gambar dijelaskan dibawah.
2.4.1. Rear plate (middle)-rujuk manual model kontena
2.4.2. Rear plate (upper)-rujuk manual model kontena
2.4.3. Inspection door (supply sensor)-rujuk manual model kontena
2.4.4. Inspection door (usda sensor)-rujuk manual model kontena
2.4.5. Inspection door (left side)-rujuk manual model kontena
2.4.6. Inspection door (right side)-rujuk manual model kontena
2.4.7. Buffer plate-rujuk manual model kontena
2.5. Menurunkan Tandatangan Pada
Reefer Container/ GP Gate-out Inspection Coupon
2.6. Memulangkan Reefer Container/ GP Gate-out Inspection Coupon
kepada pegawai operasi dengan kadar segera sebagai pengesahan
pengeluaran kontena daripada depoh.
Perintah dan arahan pemeriksaan/pemantauan kontena export tidak melalui pengisian
kargo (empty export/reposition)
1. Reefer technician.
1.1 .Menerima arahan daripada gate-out checker untuk pembaikpulihan kontena
1.2. Mengambil gambar segala hasil kerja pembaikpulihan

2.4.8. Mengambil gambar kotak alat kawalan/ controller compartment
pada sisi:-
2.4.8.1. hadapan/ penglihatan penuh kesempurnaan sifat
controller-rujuk manual
2.4.8.2. sisi atas dalaman controller compartment
2.4.8.3. Memastikan bahawa segala kelengkapan kabel kuasa
memenuhi klasifikasi yang ditetapkan oleh pemilik kontena.
2.4.9. Memeriksa dan memastikan struktur kotak alat kawalan/ controller

/bengkok maka kerja pembaikpulihan wajib dijalankan serta-merta.
Kerja pembaikpulihan Keatas kotak alat kawalan/ controller
compartment yang pecah/retak/bengkok adalah dibawah tanggungjawab
Technician on-duty. Pertugas Gate-out Checker wajib memanggil
technician bagi kerja pembaikpulihan. Sabitan kesalahan bagi
pengeluaran kontena daripada depoh keatas kotak alat
kawalan/ controller compartment yang pecah/retak/bengkok adalah
dirujuk kepada kesalahan Gate-Out Checker.
2.4.10.Setiap kerja pembaikpulihan yang dijalankan oleh technician bagi kotak
alat kawalan/ controller compartment yang pecah/retak/bengkok
technician perlu menurunkan tandatangan pada

Hala-tuju kontena.
Hala-tuju kontena ini bergantung dengan apa yang tertulis didalam gate-in cheker
form sama ada ianya terus disimpan didalam kawasan simpanan terus (storage area)
atau dibawa ke kawasan cucian (washing bay) atau juga disimpan dikawasan
pemantauan sementara (KIV area) untuk pemeriksaan selanjutnya oleh surveyor
depoh dan setelah selesai ianya akan disimpan dikawasan simpanan rosak
(damage block).
Beberapa langkah langsung selepas hala-tuju kontena ditetapkan:-
1. Storage area adalah kawasan simpanan tetap bagi setiap unit kontena
mengikut kepemilikan (owner/prefix) yang mana ianya adalah didalam
keadaan sedia digunakan iaitu AV (available) untuk menanti permintaan
(booking) daripada liner atau agansi kepemilikan kontena tersebut untuk
dibawa keluar atas permintaan pelanggan mereka. Kawasan ini ditetapkan bagi
kontena yang mana ianya hanya didalam keadaan AV dan dilarang sama
sekali bercampur dengan kontena yang dalam keadaan selain daripada itu.
Termasuk juga dikawasan ini ialah simpanan bagi kontena yang akan
dikeluarkan daripada depoh secara pukal yang dipanggil
REPO in/out (relocation and position).
2. Washing bay adalah kawasan cucian bagi unit kontena yang kotor sama
ada ianya kontena reefer atau kontena GP. Bagi unit kontena reefer tidak
digalakkan Dihantar terlebih dahulu ke reefer PTI bay untuk pre-trip inspection
kerana ianya akan menyebabkan kekotoran naik ke dalam ruangan penyejat
(evaporator coil) jika ianya tidak dicuci terlebih dahulu. Setiap kontena yang telah
melalui proses cucian hendaklah dilekatkan dengan pelekat dihantar
ke washing bay dahulu untuk cucian sebelum ianya disimpan atau
dimasukkan kekawasan PTI Bay
3. KIV area (keep in view area) kawasan pemantauan penuh bagi seorang
surveyor dan dalam masa yang sama adalah kawasan bagi pemilik kontena
(liner) menghantar pemantau bebas (independent surveyor) untuk melakukan
pemantauan bersama (joint survey). Bagi unit yang diklasifikasikan sebagai
adanya pertanggongjawapan pihak
ketiga (TPC third parties claim) harus disimpan kawasan ini.
4. Damage block adalah kawasan simpanan kontena yang telah di dipantau/survey
dan telah selesai dibuat sebut harga (EOR estimate of repair) dan didalam masa
yang sama juga ianya adalah kawasan simpanan bagi unit reefer yang telah
dijalankan pre-trip inspection tetapi gagal (PTI FAIL) untuk menanti pengesahan
lanjutan (waiting approval) setelah juruteknik (technician) membuat EOR.
8. PEMANTAUAN KONTENA (SURVEY)
Pemantauan kontena dijalankan oleh surveyor terlatih didalam kawasan KIV area
yang mana ianya mengetahui segala segi yang menyangkut denganya seperti
yang tertera dibawah:-
1. Melihat/memantau dan mengklasifikasikan kerosakan.
2. Mengambil langkah terbaik didalam kaedah baik pulih yang akan dilaksanakan
ketika mendapat pengesahan/approval.
3. Mengenal kerosakan dan kesesuaian ukuran bahan gantian mengikut
klasifikasi yang ditetapkan oleh IICL atau Ketetapan yang dikeluarkan
oleh pemilik (liner) kontena tersebut.
4. Mengetahui ukuran dan harga barangan.
5. Menyediakan sebut harga (EOR) dengan kadar segera.
6. Menghantar EOR tersebut kepada pemilik kontena/liner atau dimuat
naik/upload kedalamsistem server langsung/liner online server atau
penghantaran terus melalui email.
7. Sentiasa mengemaskini sistem pesanan surat elektronik (email) untuk
mengetahui perkembangan terhadap pengesahan kontena
tersebut/approval.
8. Memberi arahan secara terus kepada pembaikpulih (repairer) berserta
disediakan salinan EOR kepada pembaikpulih. Arahan yang dikeluarkan
oleh surveyor adalah bersifat de facto kepada repairer.
9. Surveyor melakukan survey ulang keatas setiap kontena yang telah
dibaikpulih oleh repairer atas alasan mengawal kualiti.
10. Selesai baik pulih arahan dikeluarkan oleh surveyor untuk pemindahan
kontena tersebut.
Nota: arahan pemindahan kontena dikeluarkan oleh surveyor adalah terus
kepada penyelia depot dan dilarang sama sekali pemindahan kontena
dilakukan atau diminta kepada pemandu jentera. Secara de facto pemandu
jentera tidak mempunyai hak penerimaan arahan selain daripada
penyelia depot atau pegawai operasi depoh.
Nota: setiap langkah kerja diatas perlu mengemaskini sistem perisian
depot/update. **surveyor menyediakan segala kelengkapan
document untuk melakukan kerja pembayaran kepada pejabat utama.
11. Didalam masa yang sama juga surveyor sentiasa memastikan keputusan
pengesahan/approval bagi kontena reefer untuk tindakan lanjutan.
9. Ruangan simpanan (kontena stack)
Ruangan simpanan atau storage area/container block adalah ruangan yang
perlu dijaga dengan rapi mengikut susunan kepemilikan/prefix dan didalam masa
yang sama juga ia perlu mengikuti FIFO/first in first out atau diistilahkan
didalam bahasa Malaysia adalah dikeluarkan yang mana dahulu yang masuk.
Ruangan simpanan storage area/container block semestinya memerlukan
pengasingan mengikut kepemilikan jika ianya melebihi kiraan
100 TUE/twenty foot equivalent unit/kiraan unit bersamaan 20 kaki.
1. Prefix awalan bagi sebutan setiap nombor kontena adalah ditentukan
kepada kepemilikan kontena tersebut dan didalam masa yang sama juga
ianya kadangkala berubah mengikut keperluan liner/pemilik jika berlaku
lambakan pesanan/business order. Apa yang perlu ditekankan disini adalah
sentiasa meneliti hak kepemilikan kontena tersebut mengikut pemiliknya jika
kontena tersebut adalah kontena sewaan/leasing unit. Caranya adalah dengan
mengetahui ejen konsesinya.
2. FIFO/first in first out atau diistilahkan didalam bahasa Malaysia adalah
dikeluarkan yang mana dahulu yang masuk adalah istilah yang digunakan oleh
kehendak liner/pemilik yang mana depoh perlu mengikuti secara teliti.
Penggunaan kaedah FIFO ini amat penting bagi liner/pemilik kerana ianya
adalah kesan keatas kos sewaan/charges simpanan yang dikenakan oleh
depoh kepada mereka maka pihak pengurusan operasi perlu mengawal agar
tidak ada kecicirian atau melanggar FIFO. Perlu juga DIINGATKAN
bahawasanya adalah mustahil untuk mengikuti FIFO secara
de facto kerana ianya adalah lafaz yang mudah pada protocol tetapi
sukar pada kaedah pengoperasiannya kerana mengikuti FIFO secara
menyeluruh adalah satu bebanan yang menyangkut kewangan dan juga
kawasan keluasan bagi satu-satu depoh pengoperasian kontena. Penyelesaian
persoalan FIFO ini adalah berbalik kepada kesepakatan diantara liner/pemilik
kontena dan depoh diatas persetujuan bahawa yang melanggar
protocol FIFO adalah selepas 7 hari waktu berkerja kerana pengurusan operasi
depoh dapat memalingkan/memusingkan kembali unit tersebut dengan syarat
susunan tidak melebihi 10 roll.
WILL BE UPDATE SOONEST: