Monday, April 28, 2014

Depot Operation

M&R (Pemeliharaan dan Perbaikan)
M&R (pemeliharaan dan perbaikan)
Hairi & Asrol:
          Bertanggungjawab didalam memastikan setiap kontena reefer yang memasuki depoh dalam keadaan diketahui keadaannya sama ada rosak atau tidak rosak. Juga bertanggungjawab didalam memeriksa (survey) kontena yang didapati rosak dan memenuhi sebut harga (create EOR) bagi kontena yang rosak (DM)


Turutannya mengikuti:-
  1. Setiap pagi membuka sistem perisian depoh dengan cara memastikan setiap kontena yang memasuki depoh mempunyai status rosak (DM).
  2. Menyenaraikan setiap kontena yang rosak (DM) mengukuti pemiliknya (shipping line).
  3. Menyediakan 3 salinan senarai kontena yang rosak dan diberikan kepada
              3.1. Pemandu jentera
              3.2. Pemeriksa (surveyor)
              3.3. Simpanan untuk rujukan
  4. Memastikan jentera dapat menurunkan kontena yang hendak di periksa (survey) mengikut senarai nombor kontena yang telah diberikan kepada pemandu jentera dalam keadaan segera atau mengikut ketentuan herraki keutamaan operasi.
  5. Memeriksa (survey) kontena yang telah diturankan di kawasan pemeriksaan dan memenuhi beberapa kritiria kesempurnaan pemeriksaan agar dapat memenuhi kehendak pemilik kontena (shipping line) didalam sebut harga EOR:
              5.1. memastikan setiap pemeriksaan kontena diambil gambar rujukan
  6. Selesai pemeriksaan (survey) dijalankan hendaklah mengikuti beberapa turutan berikut:
              6.1. Kemaskini (update) didalam sistem perisian depoh
              6.2. 
  7. Didalam pemerikasaan (survey) kontena tersebut anda akan mendapat laporan daripada penyelia bahagian mesin kontena berkenaan status mesin kontena tersebut
  8. Penuhi sebut harga keatas kontena yang telah diperiksa tersebut dan kemaskini didalam sistem perisian depoh dengan menandakan menanti pengesahan (waiting approval).
  9. Beberapa langkah yang perlu diikuti secara teratur didalam memenuhi sebut harga tersebut:
              9.1. Untuk pemilik kontena WAH HAI dan IAL sebut harga perlu di
                     penuhi dengan menggunakan sistem perisian depoh iaitu GDMS.
                     gambar kerosakan perlu disertakan.
                     **Bagi kontena WAN HAI dan IAL sebut harga yang telah
                         dipenuhi secara sempura hendaklah dihantarkan kiriman
                         email kepada pemiliknya (WAN HAI)
              9.2. Untuk kepemilikan kontena PIL/MSC pula sebut harga perlu
                     dipenuhi melalui sistem yang bernama EMARS yang mana ianya
                     sistem talian server langsung (online) berserta dengan memuat
                     naik (upload) gambar kerosakan.
              9.3. Untuk kontena HUB LINE sebut harga perlu dipenuhi melalui
                     sistem talian server langsung (online) iaitu MYHUBLINE.
  10. Setelah melalui beberapa tahapan ini bagi pihak jabatan anda, anda hanya menantikan pengesahan untuk pemulihan/perbaikan kontena tersebut dengan melalui pengesahan daripada kiriman Email (approval by owner) dalam beberapa waktu tertentu.
  11. Sentiasa mengkemaskini email dan sistem server langsung (online system):
              11.1. Tujuannya adalah bagi kepemilikan kontena WAN HAI, IAL dan
                       CMA pengesahan (approval by owner) boleh didapati melalui
                       sistem pesanan/kiriman email yang dialamatkan kepada depoh
              11.2. Dan bagi kepemilikan kontena PIL/MSC, MOL, HUB LINE segala
                       pengesahan (approval by owner) kontena tersebut boleh
                       didapati melalui sistem serverlangsung (online) yang telah
                       disediakan oleh pemilik kontena tersebut.
  12. Apabila penyelia di jabatan M&R (pemeliharaan dan perbaikan) mendapat pengesahan (approval by owner) dewngan cara yang diterangkan diatas maka penyelia perlu memcetak beberapa salinan untuk diberikan kepada:
              12.1. Pemandu jentera (untuk menurunkan kontena)
                       **mengikut ketentuan hirraki keutamaan operasi

              12.2. pemeriksa (QC repair)/pembaikpulih(repaired).