Sunday, December 20, 2015

KENALI MEREKA: MARTIN COOPER


Dr.Martin Cooper adalah seorang bekas pengurus bahagian sistem di Motorola. Bbeliau boleh dianggap sebagai pencipta telefon bimbit mudah alih dan juga merupakan orang yang pertama membuat panggilan dengan menggunakan telefon bimbit mudah alih pada bulan April 1973. Panggilan pertama yang dibuat oleh beliau adalah kepada saingannya, Joel Engel, ketua penyelidikan Bell Labs. Dalam lingkungan usia 70 tahun, beliau masih lagi berhasrat untuk melihat setiap orang dapat membawa telefon mudah alih bersama mereka pada bila-bila masa di mana jua mereka berada.

Antara sumbangan yang diberikan oleh beliau merupakan perintis telefon bimbit yang kita gunakan pada masa kini. Pada tahun 1973, apabila syarikat menubuhkan stesen pangkal untuk mengendalikan demonstrasi panggilan telefon menjangkaui jaringan sel, Martin Cooper cuba memujuk Federal Communications Commision untuk memperuntukkan ruang frekuensi kepada syarikat swasta bagi kegunaan dalam teknologi komunikasi tanpa wayar. Selepas beberapa percubaan di Washington bagi F.C.C, Martin Cooper dan Motorola bercadang untuk menunjukkan teknologi telefon mudah alih ini ke New York untuk diperagakan kepada umum. Pada April 1973, berdirinya di jalan raya berhampiran dengan Manhattan Hilton, Martin Cooper mengambil keputusan untuk mencuba suatu panggilan peribadi sebelum menuju ke persidangan akhbar di sebuah hotel. Beliau turut mengambil sebuah telefon mudah alih seberat 2-paun Motorola bernama Dyna-Tac dan menekan butang “off hook”. Akhirnya panggilan dapat dilakukan, yang menghubungkan Martin Cooper dengan stesen pangkal di bumbung menara Burlington Consolidated dan ke dalam sistem bawah tanah.

Penggunaan telefon mudah alih adalah sangat penting dalam kehidupan seharian manusia terutamanya pada era globalisasi kini. Hasil ciptaan beliau telah memudahkan perhubungan orang ramai serta mengeratkan silaturahim sesama manusia. Antara prospek kerjaya yang dapat dikaitkan dengan bidang ini pada masa sekarang termasuklah menceburi bidang telekomunikasi dan penyelidikan sama ada di sektor swasta atau kerajaan, mereka bentuk dan menyelenggara peralatan telekomunikasi.

Kebanyakkan teori ini banyak dipelajari dalam kursus Wireles di FKEKK. Sebagai contoh yang lain, telefon mudah alih telah mempergunakan teknologi wayerles dalamnya. Gelombang merupakan perkara yang paling penting dalam telefon mudah alih ini. Dalam universiti, pelajar telah banyak mempelajari tentang gelombang. Gelombang dapat dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu gelombang mekanik, gelombang radio, gelombang micro dan lain-lain lagi. Dalam telefon mudah alih, biasanya menggunakan gelombang mikro kerana gelombang mikro panjang gelombang mikro ini adalah kecil iaitu 0.0001 hingga 1 meter sahaja. Bagi telefon mudah alih, gelombangnya mestilah kecil supaya ia dapat menebusi segala halangan. Gelombang mikro merupakan gelombang yang paling kecil serta sesuai dengan telefon mudah alih ini.

Pada zaman kini, telefon mudah alih telah berkembang dengan pesat. Ia telah melibatkan banyak fungsi baru seperti kamera, video, mp3, 3G, jam loceng dan sebagainya. Segala fungsi ini banyak melibatkan pengajian Programming C++. Semua butang dalam telefon mudah alih mempunyai program tersendiri. Dalam mata pelajaran ini, kami telah mempelajari banyak kod-kod yang berbeza untuk mengelaskan fungsi-fungsi telefon mudah alih. Sebagai contohnya,

#include using namespace std; class radio
{
public:

radio();
void TurnOn(); void TurnOff(); void setstation(int);
void switchband(int);
private:
int volume ; char status; string band; string station;
};


Cooper telah memberi satu bidang yang luas dengan penciptaan telefon mudah alih yang diciptakan. Untuk menghantarkan gelombang-gelombang ini, satu antena yang besar harus disediakan untuk melancarkan perjalanan gelombang-gelombang tersebut ke destinasinya. Pembinaan antena ini merupakan salah satu pembelajaran dalam falkulti FKP. Telefon mudah alih merupakan satu teknologi yang banyak memberikan ilmu kepada pelajar-pelajar UTeM. Untuk membuat satu telefon ini, ia memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran. Bidang pembuatan telefon mudah alih akan menjadi salah satu bidang yang sangat luas dalam Wawasan 2020.
--------------------
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->