Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - MATTHIAS WILLIAM BALDWIN




Matthias William Baldwin merupakan salah seorang jurutera yang terlibat dalam penambahbaikan Lokomotif Berenjin Wap (kepala kereta api) di benua Amerika. Beliau telah dilahirkan pada 10 December 1795 di Elizabet Town, New Jersey. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik-beradik. Beliau telah meninggal dunia ketika berumur 70 tahun pada 7 September 1866 dan telah dikebumikan di Philadelphia, Pennsyavania.

Beliau pada asalnya tidak mempunyai latar belakang jurutera sebaliknya beliau merupakan seorang pembentuk batu permata. Disebabkan minat yang mendalam dalam seni reka, beliau telah mencipta satu mesin yang menggunakan kuasa wap untuk kegunaan bengkel beliau. Ciptaan beliau yang terkenal di seluruh benua Amerika adalah Lokomotif Berkuasa Wap yang pertama yang dinamakan Delaware. Beliau menggunakan pengetahuan dalam penggunaan Enjin Wap ke dalam pembinaan Lokomotif tersebut. Konsep enjin tersebut terdapat dalam subjek “Mekanik Mesin” dan “Termodinamik II”. Subjek ini telah diajar di Fakulti Mekanikal.

Sebelum enjin wap diperkenalkan oleh beliau, beliau telah mengkaji dengan menggunakan kaedah alam iaitu tenaga hidro. Konsep asas tenaga hidro ialah tenaga tekanannya digunakan oleh satu komponen mekanikal yang gerakannya akan melibatkan penukaran tenaga upaya air ke tenaga mekanik. Tenaga ini kemudian memutar picu kuasa dan seterusnya memacu penjana elektrik untuk menghasilkan atau menjana tenaga elektrik.

Tenaga hidro biasanya menggunakan empangan di kawasan sungai untuk menakung air. Air dilepaskan daripada takungan atau empangan dan mengalir melalui turbin yang akan memutarnya untuk mengaktifkan penjana elektrik bagi menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga hidro tidak selalu memerlukan empangan yang besar. Ada beberapa loji tenaga hidro hanya menggunakan terusan untuk mengalirkan air dari sungai melalui satu turbin.

Contoh lain ialah tenaga hidro yang dikenali sebagai loji pam simpanan dapat membekalkan dan menyimpan tenaga. Kuasa dihantar dari grid kuasa ke penjana elektrik. Penjana kuasa kemudian memutar turbin dari arah yang berlawanan, yang menyebabkan turbin akan mengepam air dari sungai atau penakung sebelah bawah ke penakung sebelah atas dan di sinilah tenaga akan disimpan. Apabila tenaga diperlukan air dari penakung akan dilepaskan semula ke sungai atau penakung sebelah bawah. Air ini kemudiannya memutar turbin ke arah depan semula dan akan mengaktifkan penjana untuk menjana elektrik. Biasanya dinding bahagian bawah empangan dibuat lebih tebal berbanding bahagian atas kerana tekanan air di bahagian bawah adalah lebih tinggi mengikut kedalamannya.

Konsep ini telah digunakan oleh beliau dalam pembinaan lokomotif. Dalam pembinaan lokomotif enjin wap ini, ‘boiler’ atau pembakar telah diperkenalkan. Enjin wap atau enjin stim digunakan dalam pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud dalam wap dan menukarkannya kepada kerja mekanikal.







Lokomotif stim pertama yang berjaya.







Hasil ciptaan enjin tersebut telah membuahkan inspirasi kepada pereka-pereka yang lain untuk mengevolusikan ciptaan keretapi yang digunakan hingga ke hari ini. Selain dari kuasa yang makin ditambah, rekabentuk keretapi juga semakin berubah mengikut kesesuaian zaman. Keretapi pada masa itu direka agar dapat membawa lebih muatan barang, tetapi pada masa sekarang lebih kepada membawa penumpang.

Kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini ialah dalam penghasilan enjin keretapi dan juga rekabentuknya. Seseorang jurutera keretapi perlulah mencipta enjin keretapi yang menggunakan kuasa yang berpatutan dengan muatan keretapi tersebut. Selain itu, bentuk keretapi tersebut perlulah kreatif dan ciri-ciri aerodinamik agar dapat mempunyai kelajuan yang maksimum.
 

<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

KENALI MEREKA - DENNIS RITCHIE




Dennis Ritchie dilahirkan pada 9 September 1941. Beliau menjadikan ayahnya sebagai contoh dan panduan untuk berjaya. Ayah beliau, Alistair E.Ritchie telah bekerja di Bell Labs yang merupakan makmal paling terkenal pada tahun 1963. Bell labs merupakan makmal yang menghasilkan bahasa compiler atau dikenali sebagai bahasa susunan computer untuk mesin Multics (Multiplexer Information and Computer Service).

Ritchie merupakan saintis komputer yang telah memperkenalkan dan meluaskan pengaruh bahasa susun atur dan system C. Beliau telah merekacipta susun atur C dan membangunkannya bersama Ken Thompson. Bukan itu sahaja, beliau tanpa jemu membangunkan teori sistem operasi dan telah melaksanakan Unix. Beliau suka bersaing dalam mengecapi kejayaan. Ini dapat dibuktikan apabila beliau tidak pernah berputus asa dalam mencipta bahasa yang paling terkenal di dunia komputer iaitu bahasa C yang menyaingi bahasa Inggeris dunia.

Beliau seorang yang berdedikasi dan berfikiran jauh. Beliau merupakan ketua Lucent Technology System Software. Segala pembangunan sistem telah dilakukan seperti penghasilan sistem Windows daripada sistem Unix dan pengaturcaraan C. Beliau juga berusaha keras untuk membangunkan Unix dan bahasa susun atur C di dalam penghasilan peralatan-peralatan komputer, perisian komputer, sistem rangkaian dan simulasi industri.

Sumbangan yang diberikan pada UTeM ialah dalam mata pelajaran di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Para pelajar di fakulti ini didedahkan kepada UNIX yang merupakan salah satu sistem pengoperasian komputer. UNIX diperlukan dalam sistem rangkaian untuk menghubungkan komputer dengan komputer lain. Contoh lain yang dapat dilihat adalah sumbangan yang diberikan seperti penggunaan bahasa Altran, B, BCPL, C, dan Multics. Melalui bahasa susun atur ini, pelajar dapat menghasilkan program-program baru. Selalunya Unix diperlukan untuk membangunkan sesuatu program. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah sebuah fakulti yang menawarkan



jurusan-jurusan dalam bidang komputer. Ia dapat menigkatkan pengetahuan pelajar dalam mencipta program-program baru.

Kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini di masa sekarang ialah juruteknik rangkaian. Ini kerana bahasa C dan UNIX yang beliau perkenalkan banyak membantu kita dalam mencipta dan mengubah sesebuah sistem yang lebih efektif dan sistematik. Antara contoh bidang pekerjaan yang dapat diceburi ialah di syarikat Intel dan di kilang-kilang.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

KENALI MEREKA - KENDRO HENDRA






Kendro Hendra merupakan salah seorang tokoh termuka Indonesia. Beliau yang lahir di Palembang, Indonesia pada 31 Disember 1955 telah mencipta Aplikasi Piranti Gerak. Isterinya bernama Linda Widjaja, dan tiga orang anak. Beliau sangat disenangi dan dihormati oleh orang disekelilingnya. Tokoh ini memulakan pendidikannya di SMA Xaverius seterusnya di University of Manitoba, Kanada. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Founder & CEO Pusat Pendidikan Komputer, Eastern Computer, Apple Center, InMac, InTouch Wireless Services, PT MORE Indonesia.

Sumbangan beliau agak besar dalam memajukan ekonomi negara kelahirannya. Beliau berani membuka cawangan perniagaannya di Singapura. Ketiadaan rakan kongsi di negara tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya. Aplikasi Peranti Gerak yang telah dicipta mendapat perhatian daripada rakyat Singapura. Oleh kerana minat beliau yang sangat mendalam dalam penciptaan peranti, beliau sentiasa berusaha untuk mengeluarkan ciptaan baru. Antara ciptaan lain yang diusahakan oleh Kendro ialah Mobile Reward Exchange (MORE).

Kendro Hendra boleh dianggap sebagai seorang tokoh yang berpandangan jauh. Beliau berani mencuba sesuatu yang dianggap mustahil. Pembukaan sebuah pejabat di Singapura telah mengejutkan rakan-rakan seperjuangannya di Indonesia. Apabila beliau ditanya tentang keberaniannya itu, dia hanya mengatakan bahawa berani dan sikap yang bersungguh-sungguh adalah penting untuk memajukan diri. Beliau turut menyatakan bahawa peranan pihak kerajaan juga amat penting dalam membantu seseorang individu mencapai kejayaan.

Kendro amat suka memberikan motivasi kepada orang ramai. Beliau pernah menyatakan betapa pemikiran orang Indonesia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan pemikiran orang India. Beliau juga menambah bahawa pemikiran remaja Indonesia adalah lebih baik berbanding remaja India. Tetapi kebanyakan usaha remaja ini tergendala hanya kerana tidak mampu untuk berbahasa Inggeris dengan baik.


Kendro banyak menyumbangkan hasil kerjanya dalam bidang IT. Beliau begitu berminat untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan atau program-program baru. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini, beliau telah berjaya menghasilkan puluhan program aplikasi peranti gerak. Peranti bergerak ciptaan beliau mempunyai kemampuan untuk mengesan lokasi sesuatu benda. Contoh yang boleh diambil ialah apabila telefon bimbit telah dicuri. Melalui peranti ini, ia bukan sahaja dapat mengesan lokasi telefon bimbit ini berada tetapi turut dapat menghubungi pencuri itu.

Sumbangan tokoh ini dalam bidang IT secara tidak langsung telah merintis kelahiran tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang yang sama. Melalui hasil rekaannya, ia menunjukkan bahawa bukannya mudah melahirkan sesuatu yang baru untuk kemudahan orang ramai. Tokoh ini telah menukar persepsi kita yang menganggap hanya orang Eropah sahaja yang mampu untuk mencipta sesuatu yang begitu kompleks dalam bidang IT.

<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

KENALI MEREKA - FAWWAZ T.ULABY




Prof.Fawwaz T.Ulaby dilahirkan di Damascus, Syiria dan membesar di Lebanon. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Amerika, Beirut dan berjaya memperoleh ijazah dalam bidang fizik pada tahun 1964. Beliau kemudiannya mendapat Ph.D dalam kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Texas di Austin pada tahun 1968. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang profesor di Universiti Kansas. Selepas itu beliau berhijrah ke Universiti Michigan di Ann Arbor pada pertengahan 1980 sehingga sekarang. Beliau juga telah juga dilantik sebagai penolong penyelidikan.
 
Fawwaz terkenal dalam pembangunan mikro-elektrik untuk litar dan antenna bagi perangsang THz dan system komunikasi. Teknologi THz memudahkan teknologi dalam pelbagai jenis aplikasi perangsang industri. Fawwaz telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat sebagai seorang professor yang berdedikasi. Kemuncak kejayaannya, beliau telah berjaya merekabentuk radar spectrometer yang mana membenarkan kumpulannya mengembangkan konfigurasi rekabentuk untuk aplikasi spesifik radar. Pengkalan data yang pelbagai daripada program ini membenarkan para saintis mengesahkan keterterapan dan ramalan mereka terhadap model matematik.

Bidang kejuruteraan elekrik menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Antaranya ialah kerjaya sebagai jurutera elektrik. Selain itu, bidang ini turut menyediakan kerjaya sebagai professor dan pensyarah di fakulti-fakulti kejuruteraan seperti di fakulti kejuruteraan elekrik. Selain daripada itu juga, kerjaya sebagai guru amat diperlukan bagi mendidik pelajar- pelajar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Ada juga sesetengah masyarakat yang suka bekerja sendiri dengan menjadi usahawan dengan menjual komponen-komponen elektrik.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->