Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - MATTHIAS WILLIAM BALDWIN




Matthias William Baldwin merupakan salah seorang jurutera yang terlibat dalam penambahbaikan Lokomotif Berenjin Wap (kepala kereta api) di benua Amerika. Beliau telah dilahirkan pada 10 December 1795 di Elizabet Town, New Jersey. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik-beradik. Beliau telah meninggal dunia ketika berumur 70 tahun pada 7 September 1866 dan telah dikebumikan di Philadelphia, Pennsyavania.

Beliau pada asalnya tidak mempunyai latar belakang jurutera sebaliknya beliau merupakan seorang pembentuk batu permata. Disebabkan minat yang mendalam dalam seni reka, beliau telah mencipta satu mesin yang menggunakan kuasa wap untuk kegunaan bengkel beliau. Ciptaan beliau yang terkenal di seluruh benua Amerika adalah Lokomotif Berkuasa Wap yang pertama yang dinamakan Delaware. Beliau menggunakan pengetahuan dalam penggunaan Enjin Wap ke dalam pembinaan Lokomotif tersebut. Konsep enjin tersebut terdapat dalam subjek “Mekanik Mesin” dan “Termodinamik II”. Subjek ini telah diajar di Fakulti Mekanikal.

Sebelum enjin wap diperkenalkan oleh beliau, beliau telah mengkaji dengan menggunakan kaedah alam iaitu tenaga hidro. Konsep asas tenaga hidro ialah tenaga tekanannya digunakan oleh satu komponen mekanikal yang gerakannya akan melibatkan penukaran tenaga upaya air ke tenaga mekanik. Tenaga ini kemudian memutar picu kuasa dan seterusnya memacu penjana elektrik untuk menghasilkan atau menjana tenaga elektrik.

Tenaga hidro biasanya menggunakan empangan di kawasan sungai untuk menakung air. Air dilepaskan daripada takungan atau empangan dan mengalir melalui turbin yang akan memutarnya untuk mengaktifkan penjana elektrik bagi menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga hidro tidak selalu memerlukan empangan yang besar. Ada beberapa loji tenaga hidro hanya menggunakan terusan untuk mengalirkan air dari sungai melalui satu turbin.

Contoh lain ialah tenaga hidro yang dikenali sebagai loji pam simpanan dapat membekalkan dan menyimpan tenaga. Kuasa dihantar dari grid kuasa ke penjana elektrik. Penjana kuasa kemudian memutar turbin dari arah yang berlawanan, yang menyebabkan turbin akan mengepam air dari sungai atau penakung sebelah bawah ke penakung sebelah atas dan di sinilah tenaga akan disimpan. Apabila tenaga diperlukan air dari penakung akan dilepaskan semula ke sungai atau penakung sebelah bawah. Air ini kemudiannya memutar turbin ke arah depan semula dan akan mengaktifkan penjana untuk menjana elektrik. Biasanya dinding bahagian bawah empangan dibuat lebih tebal berbanding bahagian atas kerana tekanan air di bahagian bawah adalah lebih tinggi mengikut kedalamannya.

Konsep ini telah digunakan oleh beliau dalam pembinaan lokomotif. Dalam pembinaan lokomotif enjin wap ini, ‘boiler’ atau pembakar telah diperkenalkan. Enjin wap atau enjin stim digunakan dalam pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud dalam wap dan menukarkannya kepada kerja mekanikal.







Lokomotif stim pertama yang berjaya.







Hasil ciptaan enjin tersebut telah membuahkan inspirasi kepada pereka-pereka yang lain untuk mengevolusikan ciptaan keretapi yang digunakan hingga ke hari ini. Selain dari kuasa yang makin ditambah, rekabentuk keretapi juga semakin berubah mengikut kesesuaian zaman. Keretapi pada masa itu direka agar dapat membawa lebih muatan barang, tetapi pada masa sekarang lebih kepada membawa penumpang.

Kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini ialah dalam penghasilan enjin keretapi dan juga rekabentuknya. Seseorang jurutera keretapi perlulah mencipta enjin keretapi yang menggunakan kuasa yang berpatutan dengan muatan keretapi tersebut. Selain itu, bentuk keretapi tersebut perlulah kreatif dan ciri-ciri aerodinamik agar dapat mempunyai kelajuan yang maksimum.
 

<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->