Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - KENDRO HENDRA






Kendro Hendra merupakan salah seorang tokoh termuka Indonesia. Beliau yang lahir di Palembang, Indonesia pada 31 Disember 1955 telah mencipta Aplikasi Piranti Gerak. Isterinya bernama Linda Widjaja, dan tiga orang anak. Beliau sangat disenangi dan dihormati oleh orang disekelilingnya. Tokoh ini memulakan pendidikannya di SMA Xaverius seterusnya di University of Manitoba, Kanada. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Founder & CEO Pusat Pendidikan Komputer, Eastern Computer, Apple Center, InMac, InTouch Wireless Services, PT MORE Indonesia.

Sumbangan beliau agak besar dalam memajukan ekonomi negara kelahirannya. Beliau berani membuka cawangan perniagaannya di Singapura. Ketiadaan rakan kongsi di negara tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya. Aplikasi Peranti Gerak yang telah dicipta mendapat perhatian daripada rakyat Singapura. Oleh kerana minat beliau yang sangat mendalam dalam penciptaan peranti, beliau sentiasa berusaha untuk mengeluarkan ciptaan baru. Antara ciptaan lain yang diusahakan oleh Kendro ialah Mobile Reward Exchange (MORE).

Kendro Hendra boleh dianggap sebagai seorang tokoh yang berpandangan jauh. Beliau berani mencuba sesuatu yang dianggap mustahil. Pembukaan sebuah pejabat di Singapura telah mengejutkan rakan-rakan seperjuangannya di Indonesia. Apabila beliau ditanya tentang keberaniannya itu, dia hanya mengatakan bahawa berani dan sikap yang bersungguh-sungguh adalah penting untuk memajukan diri. Beliau turut menyatakan bahawa peranan pihak kerajaan juga amat penting dalam membantu seseorang individu mencapai kejayaan.

Kendro amat suka memberikan motivasi kepada orang ramai. Beliau pernah menyatakan betapa pemikiran orang Indonesia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan pemikiran orang India. Beliau juga menambah bahawa pemikiran remaja Indonesia adalah lebih baik berbanding remaja India. Tetapi kebanyakan usaha remaja ini tergendala hanya kerana tidak mampu untuk berbahasa Inggeris dengan baik.


Kendro banyak menyumbangkan hasil kerjanya dalam bidang IT. Beliau begitu berminat untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan atau program-program baru. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini, beliau telah berjaya menghasilkan puluhan program aplikasi peranti gerak. Peranti bergerak ciptaan beliau mempunyai kemampuan untuk mengesan lokasi sesuatu benda. Contoh yang boleh diambil ialah apabila telefon bimbit telah dicuri. Melalui peranti ini, ia bukan sahaja dapat mengesan lokasi telefon bimbit ini berada tetapi turut dapat menghubungi pencuri itu.

Sumbangan tokoh ini dalam bidang IT secara tidak langsung telah merintis kelahiran tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang yang sama. Melalui hasil rekaannya, ia menunjukkan bahawa bukannya mudah melahirkan sesuatu yang baru untuk kemudahan orang ramai. Tokoh ini telah menukar persepsi kita yang menganggap hanya orang Eropah sahaja yang mampu untuk mencipta sesuatu yang begitu kompleks dalam bidang IT.

<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->