Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - THOMES NEWCOMEN



Gelaran “Bapa Revolusi Industri” sudah cukup untuk memberikan gambaran mengapa beliau layak digelar tokoh kerana sumbangan beliau pada waktu itu sangat besar iaitu sebagai pelopor kepada penciptaan Enjin Wap yang pertama. Thomes Newcomen telah dilahirkan pada 24 Februari 1664 di Dartmouth, Devon, England. Beliau merupakan penganut mazhab Protestan dan telah dilantik menjadi paderi. Sebelum dilantik sebagai paderi, beliau telah menceburi bidang perniagaan dimana beliau telah membuka kedai besi. Disebabkan oleh ahli gereja yang tidak mampu untuk membayar perkhidmatan beliau, beliau telah mengambil tindakan untuk berhenti berkhidmat sebagai paderi dan telah membuka semula kedai besi. Beliau mewarisi bakat perniagaan ini daripada bapanya.

Beliau merupakan seorang yang gigih berusaha. Ini dapat dilihat semasa penghasilan Enjin Wap tersebut. Beliau banyak membuat kajian serta mendapatkan ilham daripada orang-orang terdahulu yang pernah berusaha untuk menghasilkan ciptaan tersebut seperti Thomas Savery dan Denis Papin.

Masalah utama penduduk pada masa itu adalah untuk mendapatkan air yang terletak jauh ke dalam perut bumi, maka Newcomen telah menghasilkan enjin wap yang dinamakan sempena namanya iaitu “Newcomen Steam Engine”. Enjin pada kereta sekarang adalah hasil ilham dari penciptaan Newcomen. Konsep pada enjin tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui eksperimen dalam subjek “Termodinamik”. Subjek ini telah diajar di Fakulti Mekanikal.

Enjin wap atau enjin stim merupakan sejenis enjin pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud di dalam wap dan menukarkannya kepada kerja mekanikal. Enjim wap digunakan sebagai penggerak utama bagi stesyen pam, kereta api, kapal wap, enjin geseran (traction engine), lori wap dan kenderaan lain. Ia penting bagi revolusi industri dan digunakan secara meluas bagi tujuan perdagangan di kilang dan loji.

Gambar atas enjin wap pertama dan terkini
Kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini adalah bidang automatif. Kerja seorang mekanik automatif merangkumi kerja-kerja seperti penyelenggaraan dan membaik pulih enjin kereta. Ia adalah satu bidang yang sentiasa berubah mengikut kemajuan teknologi. Pada masa kini pengetahuan tentang komputer amat penting memandangkan kereta zaman sekarang banyak menggunakan teknologi komputer dan begitu juga peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta.


<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->