Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - ROBERT BOYLE




Robert Boyle merupakan ahli fizik dan kimia yang termasyhur. Beliau berjaya menerbitkan satu hukum yang dipanggil Hukum Boyle. Hukum Boyle digunakan sehingga kini dalam mata pelajaran



‘Mekanik Bendalir’, ‘Fizik’, dan ‘Kimia’. Subjek ini telah diajar di dalam Fakulti Mekanikal dan Fakulti



Pembuatan mengikut silibus yang terkini.





Boyle merupakan seorang yang telah menguasai pelbagai bidang tetapi lebih dikenali dalam bidang fizik dan kimia. Beliau dilahirkan pada 25 Januari 1627 di Lismare Castle, Munster, Ireland.



Beliau berbangsa Irish dan telah mendapat pendidikan di ‘Royal Society of London’. Beliau telah mengkaji tentang gas-gas dan mengkaji tentang konsep gas.





Beliau dikatakan mempunyai minda yang sangat cerdas sejak kecil lagi kerana beliau dapat memasuki Kolej Eton dalam umur 8 tahun 6 bulan. Beliau sangat terkenal dalam dunia sains kerana menjadi saintis pertama yang mengumpul data daripada eksperimen dengan nilai yang sangat persis.


Beliau sangat dikenali kerana telah mencipta formulanya sendiri iaitu “Boyle’s Law”. Formula ini sangat penting dalam pengiraan tekanan dalam bendalir dan udara. Melalui subjek “Mekanik Bendalir” itu sendiri, formula tersebut juga selalu diguna pakai dalam pengiraan. 





P adalah tekanan dalam udara V adalah isipadu dalam udara


           k adalah nilai tetap, dan mempunyai unit dalam daya dan didarabkan dengan jarak

Persamaan di atas juga menjelaskan bahawa pada suhu malar, isipadu gas tetap adalah berkadar songsang dengan tekanan. Menurut Hukum Boyle, isoterma untuk gas adalah hiperbola, tetapi gas sahih mempunyai isoterma hiperbola hanya dalam had p menghampiri 0. Hukum Boyle digunakan untuk meramalkan tekanan gas apabila isipadu berubah. Persamaan ini juga boleh diterangkan melalui graf.


Graf hukum Boyle

V berkadaran 1/P (pada suhu tetap)

PV = k (pemalar)

Bagi amaun gas yang sama pada suhu yang sama, pada dua keadaan yang berlainan, 1 dan 2 P1V1 = P2V2
Menurut Hukum Boyle, apabila isipadu meningkat maka tekanan akan menurun dan suhu akan malar. 


Boyle telah mencipta pam air dan daripada sini beliau telah berjaya menerbitkan satu hukum iaitu Hukum Boyle.

Bidang kajian yang melibatkan pengiraan dalam tekanan ini kebiasaannya merupakan kerjaya bagi seorang jurutera di kilang-kilang yang menghasilkan atau menggunakan bendalir sebagai bahan utama ataupun jurutera di loji-loji kerana banyak melibatkan prinsip-prinsip tekanan dalam pengiraan.
 
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->