Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - CHARLES BABBAGE




Charles Babbage dilahirkan pada 26 Disember 1791 dan meninggal dunia pada 18 Oktober 1871 merupakan seorang ahli matematik Inggeris, ahli falsafah, jurutera mekanikal dan ahli sains komputer. Beliau merupakan seorang tokoh yang menghasilkan idea dalam pengaturcaraan komputer. Bahagian pengaturcaraannya atau pesawatnya yang belum siap dipamerkan di Muzium Sains London. Selain itu beliau merupakan seorang yang amat meminati matematik kerana kepentingan matematik dalam semua bidang. Beliau mempunyai tahap kepintaran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik. Selain itu juga beliau merupakan seorang tokoh yang cemerlang dalam pelbagai subjek falsafah saintifik.

Babbage sangat mementingkan kekemasan dalam penghasilan kerjanya. Setiap kerjanya diteliti terlebih dahulu sebelum dipraktikkan. Beliau juga mementingkan semangat kerjasama dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau juga merupakan seorang yang berfikiran mendalam dalam menghasilkan sesuatu. Beliau dianggap sebagai seorang yang berfikiran genius sehingga berjaya menghasilkan sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh orang lain. Beliau tidak mudah putus asa dan sentiasa mahu menjadi lebih baik. Ini dibuktikan apabila beliau sendiri pergi berjumpa dengan perdana menteri untuk memohon bantuan kewangan untuk membiayai kos pembuatan mesinnya.

Sumbangan yang telah diberikan oleh Babbage ialah dalam penemuan kaedah baru yang mana ianya dapat dapat dikira secara mekanikal dalam pengenalan ralat yang tinggi pada jadual matematik. Selain itu dapat mengurangkan ralat yang dihasilkan oleh manusia. Contoh lain bagi sumbangan beliau ialah melalui kepakarannya dalam bidang matematik. Babbage telah memperkenalkan alat untuk mengira menggunakan kod-kod matematik atau sekarang dikenali sebagai kalkulator. Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan banyak idea-idea baru dalam

pengaturcaraan komputer. Ciri-ciri itu termasuklah proses aturan (array prosessing), kawalan ‘punch card’ (punch card control) dimana pembelajaran ini terdapat dalam subjek Pengaturcaraan Komputer yang merupakan subjek asas bagi pelajar-pelajar universiti.

Dengan idea yang telah diilhamkan oleh beliau, pelajar dapat mengetahui bahawa penggunaan ‘punch card’ di tempat kerja, pengendalian mesin ATM adalah berdasarkan bidang pengaturcaraan computer.

 Kerjaya dalam bidang ini sememangnya luas kerana pada masa kini banyak syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan ke arah bidang komputer. Dalam pembangunan yang semakin pesat dan perkembangan IT yang semakin canggih, semakin ramai pakar-pakar dalam kejuruteraan komputer yang diperlukan.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->