Monday, August 24, 2015

KENALI MEREKA - NICOLA TESLA


            Nicola Tesla bukan sahaja merupakan seorang ahli fizik, bahkan juga seorang pencipta, jurutera mekanikal dan elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan, Croatia. Beliau lebih dikenali dalam disiplin elektrik dan kemagnetan pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.

             Tesla fasih bertutur dalam 7 jenis bahasa asing iaitu bahasa Ceko, Perancis, Inggeris, German, Latin, Hungari, dan juga Itali. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang amat menyayangi binatang. Hal ini terbukti apabila beliau menempah biji benih yang khas untuk diberikan kepada burung punai di ”Central Park”. Bukan itu sahaja, malah beliau turut membawa bersama burung punai tersebut balik ke bilik hotelnya.
Demonstrasi pemindahan kuasa dan tenaga wayarles oleh Tesla pada tahun 1891.
Sistem generator Nikola Tesla menggunakan litar arus ulang-alik untuk mengangkut tenaga jarak jauh yang mengandungi dalam US390721.
Seorang peserta dalam makmal Nikola Tesla di Colorado Spring dengan “Magnifying Transmitter” janaan bilion voltan.
Salah satu ciptaan Nikola Tesla untuk mengkaji sistem resonan. Lampu didapati menyala di dasar tanah.
            Antara sumbangan yang telah diberikan oleh Tesla merangkumi beberapa bidang termasuklah robotik, alat kawalan jauh, radar, sains komputer, pengembangan peluru, fizik nuklear, dan teori-teori fizik. Beliau juga mendemonstrasikan komunikasi wayarles pada tahun 1893 dan menjadi pemenang dalam “Perang Arus”. Atas sumbangan beliau, beliau telah diberikan penghormatan sebagai jurutera elektrik yang terhebat di Amerika Syarikat pada masa itu.

           Tesla menunjukkan bahawa bumi ini merupakan konduktor dan mengandungi atmosfera elektrik, menunjukkan isyarat pembakaran melalui sistem penerima. Selain itu, Tesla juga mengkaji cara-cara untuk memindahkan kuasa dan tenaga wayarles melalui jarak yang jauh. Beliau memindahkan frekuensi yang amat rendah melalui dasar bumi dan permukaan Kennelly-Heaviside. Beliau turut menemui bahawa frekuensi salunan bumi adalah berhampiran dengan 8Hz .

            Antara kerjaya yang boleh dikaitkan dengan bidang ini termasuklah dalam industri pembuatan yang memerlukan sistem kawalan dalam pembuatan alat-alat elektrik seperti penghawa dingin, pengering rambut, termostat, serta, automobil, kimia, aeronautikal, sivil, dan jurutera elektrik. Salah satu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar kejuruteraan di UTeM ialah transfomer yang banyak digunakan dalam hidupan harian kita. Tranformer banyak menggunakan teori yang dicipta oleh Nikola Tesla. Sebagai contoh, dalam penggunaan arus ulang-alik dalam sebuah gegelung. Transformer ini juga mempunyai formulanya sendiri iaitu:

 Pout = Pin
VsIs = VpIp
Is/Ip =Vp/Vs


Contoh salah satu transformer yang terdapat dalam pembelajaran saya di FKEKK
Transformer ini banyak digunakan dalam komputer, telekomunikasi, CAD/CAM dan lain-lain bidang.
            Hasil Nikola Tesla juga banyak digunakan dalam Mata pelajaran litar elektrik serta prinsip elektrik dan elektronik di falkulti FKEKK. Setiap alat elektrik mempunyai banyak litar dalamnya. Oleh sebab itu, kami telah mula mengkaji pembinaan litar-litar yang kompleks tersebut di UTeM. Dalam pembinaan litar-litar tersebut banyak meliputi banyak komponen-komponen elektrik seperti diod, kapasitor, ic, perintang, transistor, induktor dan lain-lain lagi. Setiap komponen tersebut mempunyai fungsinya tersediri. Contoh litar yang saya belajar adalah:

           Selain daripada itu, Nikola Tesla juga banyak menyumbang dalam bidang pembuatan di UTeM. Dalam bidang pembuatan tersebut, pelajar mempelajari cara-cara untuk untuk mengendali mesin-mesin yang menghasilkan alat-alat elektrik.

          Tesla telah memberi banyak sumbangan kepada industri pada masa ini. Industri merupakan satu aset negara yang penting dalam wawasan 2020 supaya Malaysia menjadi sebuah negara eksport yang berjaya di taraf dunia.


<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

KENALI MEREKA - CHARLES BABBAGE




Charles Babbage dilahirkan pada 26 Disember 1791 dan meninggal dunia pada 18 Oktober 1871 merupakan seorang ahli matematik Inggeris, ahli falsafah, jurutera mekanikal dan ahli sains komputer. Beliau merupakan seorang tokoh yang menghasilkan idea dalam pengaturcaraan komputer. Bahagian pengaturcaraannya atau pesawatnya yang belum siap dipamerkan di Muzium Sains London. Selain itu beliau merupakan seorang yang amat meminati matematik kerana kepentingan matematik dalam semua bidang. Beliau mempunyai tahap kepintaran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik. Selain itu juga beliau merupakan seorang tokoh yang cemerlang dalam pelbagai subjek falsafah saintifik.

Babbage sangat mementingkan kekemasan dalam penghasilan kerjanya. Setiap kerjanya diteliti terlebih dahulu sebelum dipraktikkan. Beliau juga mementingkan semangat kerjasama dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau juga merupakan seorang yang berfikiran mendalam dalam menghasilkan sesuatu. Beliau dianggap sebagai seorang yang berfikiran genius sehingga berjaya menghasilkan sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh orang lain. Beliau tidak mudah putus asa dan sentiasa mahu menjadi lebih baik. Ini dibuktikan apabila beliau sendiri pergi berjumpa dengan perdana menteri untuk memohon bantuan kewangan untuk membiayai kos pembuatan mesinnya.

Sumbangan yang telah diberikan oleh Babbage ialah dalam penemuan kaedah baru yang mana ianya dapat dapat dikira secara mekanikal dalam pengenalan ralat yang tinggi pada jadual matematik. Selain itu dapat mengurangkan ralat yang dihasilkan oleh manusia. Contoh lain bagi sumbangan beliau ialah melalui kepakarannya dalam bidang matematik. Babbage telah memperkenalkan alat untuk mengira menggunakan kod-kod matematik atau sekarang dikenali sebagai kalkulator. Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan banyak idea-idea baru dalam

pengaturcaraan komputer. Ciri-ciri itu termasuklah proses aturan (array prosessing), kawalan ‘punch card’ (punch card control) dimana pembelajaran ini terdapat dalam subjek Pengaturcaraan Komputer yang merupakan subjek asas bagi pelajar-pelajar universiti.

Dengan idea yang telah diilhamkan oleh beliau, pelajar dapat mengetahui bahawa penggunaan ‘punch card’ di tempat kerja, pengendalian mesin ATM adalah berdasarkan bidang pengaturcaraan computer.

 Kerjaya dalam bidang ini sememangnya luas kerana pada masa kini banyak syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan ke arah bidang komputer. Dalam pembangunan yang semakin pesat dan perkembangan IT yang semakin canggih, semakin ramai pakar-pakar dalam kejuruteraan komputer yang diperlukan.
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

KENALI MEREKA - JACK S. KILBY


Jack S. Kilby beliau adalah pencipta microchip pertama di dunia. Kilby dilahirkan pada 8 November 1923 di Jefferson City, Missouri, USA dan meninggal pada 20 June 2005 pada umur 1 tahun di Dallas, Texas, USA. Beliau adalah warganegara United States dan pernah dianugerahkan



Nobel Prize dalam bidang Physics IEEE Medal of Honor.



Dilantik sebagai Jurutera di Texas Instrument, beliau telah berjaya mencipta microchip dengan mengalirkan elektrik melalui gabungan 2 bahan semikonduktor yang telah mengevolusikan bidang elektronik. Berdasarkan penemuan ini, beliau telah mencipta kalkulator mudah alih pertama.


Kilby menunjukkan minat dalam bidang elektronik sejak kecil lagi. Minatnya menjadi inspirasi kepada kejayaannya dalam bidang elektronik. Ayahnya yang juga adalah seorang pencipta. Beliau telah belajar mencipta sejak kecil lagi. Bapanya sangat menyokong dan sentiasa memberi galakan yang mantap serta membantu beliau dalam menyiapkan sesuatu ciptaan baru sejak beliau kecil. Dengan galakan yang diberikan oleh bapanya, Kilby membesar menjadi seorang pencipta yang berjaya menghasilkan penemuan yang sangat bermakna kepada dari dulu dunia hingga sekarang.

Sebagai tokoh yang telah mengevolusi bidang elektronik, Kilby telah mencipta bahagian baru dalam bidang elektronik iaitu mikroeletronik. Mikroelektronik mengajar bagaimana litar litar kompleks boleh dimudahkan dalam sebuah wafer silicon yang kecil. Melalui penemuan beliau juga, pengunaan silicon dalam bidang elektronik juga berkembang. Sebagai contoh, pengunaan Silikon sebagai Solar Cells yang boleh menjana elektrik. Selain itu, cip mikro juga bererti memberi otak kepada sesuatu litar. Ini bermakna kita boleh memprogramkan sesuatu litar untuk berfungsi seperti mana yang kita mahu. Contoh terdekat ialah dalam penggunaan lampu isyarat.


          Kilby telah menunjukkan bahawa minat adalah elemen yang penting dalam kejayaan. Beliau juga telah memberi peluang kepada jurutera zaman ini untuk mempelopori bidang mikroelektronik yang masih boleh dikembangkan. Selain itu mikroelektronik juga dapat membantu mahasiswa menghasilkan litar-litar ringkas yang menggunakan mikrocip di dalamnya. Secara tidak langsung dapat mengembangkan minda mahasiswa supaya lebih berminat untuk mendalami bidang elektronik.
Kilby telah mencipta profesion baru iaitu jurutera mikroelektronik. Sebagai jurutera dalam bidang ini, mereka bertanggungjawab untuk mencipta litar baru yang mampu berfungsi mengikut arahan yang telah diprogramkan ke dalam suatu mikrocip untuk dimuatkan dalam sesuatu mesin. Antara syarikat yang amat terkenal dalam bidang ini adalah Intel dan Advanced Mircro Devices (AMD). Selain itu, bidang ini juga turut menawarkan kerjaya dalam bidang membaiki peralatan komputer yang sebahagian besarnya melibatkan mikrocip. Pada masa kini bidang automotif juga ada menggunakan mikrochip untuk mempertingkatkan kualiti kereta seperti dalam penggunakan alat Global Posotioning System(GPS), televisyen di dalam kereta dan juga sistem penggera keselamatan yang mampu dikesan oleh syarikat pengawal untuk mengelakkan kecurian kereta.



<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->