1.1 SEJARAH PENYEJUKAN (HISTORY OF REFRIGERATION) ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS
          Sistem penyejukan
 dan penyaman udara adalah satu sistem yang sangat penting kepada 
manusia pada masa kini. Terdapat berbagai-bagai jenis dan model direka 
untuk memenuhi permintaan pengguna. Seawal kehidupan manusia, manusia 
mengenali bahawa bahan sejuk adalah suatu medium yang sesuai digunakan 
untuk memindahkan haba. Oleh itu salji dan ais adalah diperlukan untuk 
tujuan pemindahan haba tersebut. Salji digunakan untuk menyimpan daging 
dan sebagainya supaya tahan lebih lama.
         
 Orang China mempelajari bagaimana ketulan ais batu ini boleh 
menyegarkan minuman . Mereka memotong beberapa ketulan ais batu di dalam
 tasik semasa musim sejuk dan disimpan dan dijual dalam musim panas. 
Mengikut sejarah juga ,orang China adalah manusia yang pertama 
memperkenalkan minuman yang dicampurkan dengan ais dan ia menjadikan 
minuman lebih sejuk dan lebih sedap untuk di minum. Orang – orang Greek 
dan Roman mempergunakan hamba abdi untuk membawa salji dari pergunungan 
dan disimpan ditempat yang dikhaskan berbentuk seperti kun untuk tujuan 
menyejukan makanan.
         
 Bagitu juga dikalangan penduduk Egypt mendapati bahawa air yang 
disimpan didalam tempayan yang diperbuat daripada tanah lebih sejuk 
daripada air yang disimpan ditempat lain. Tempayan yang berisi air tadi 
disimpan diatas bumbung disebelah matahari jatuh . Apabila malam, suhu 
bertukar menjadi sejuk . Ini menyebabkan suasana sekeliling bertukar 
menjadi lembab. Kelembapan akan mempengaruhi suhu air dan tempayan. 
Dalam masa yang sama proses “Evaporation” ( Pemeluwapan) berlaku dan 
menyebabkan air berubah sifat menjadi sejuk.
1.1.1 SEJARAH PEMBANGUNAN SISTEM PENYEJUKAN (REFRIGERATION)
Sejarah pembangunan sistem penyejukan bermula disekitar tahun 1626 
dimana Francis Bacon adakah manusia pertama yang memikirkan bahawa 
sistem penyejukan adalah sangat penting untuk menyimpan makanan. Beliau 
telah membuat satu penyelidikan dengan menyimpan daging ayam didalam 
satu tempat khas yang diisi dengan salji.Belaiu telah mendapati bahawa 
daging ayam yang disimpan didalam tempat yang diisi dengan salji dapat 
mengawal pembiakan bakteria.
         
 Selepas penemuan yang pertama oleh Francis Bacon pada tahun 1626 dengan
 menggunakan salji, pada tahun 1834 terciptalah reka bentuk mesin 
refrigeration yang pertama. Reka bentuk sistem penyejukan yang pertama 
ini telah ditemui selepas 208 tahun berlalu.Tujuh Belas tahun (17) 
kemudian, dalam tahun 1851 Dr. John Gorerie of Apalachicola dari Florida
 telah dianugerahkan sebagai pereka perubahan dan pembuatan ais, Unit 
buatan beliau digunakan di United States Marine Hospital di Apalachicola
 ,untuk tujuan perubatan.
         
 Pada tahun ,1910 Sear Reback And Company telah berjaya mencipta 
Domestik Refrigerator yang pertama.Domestik Refrigerator ini mampu 
menghasilkan 25 pound ( 11-34 kg ) ais ,tetapi mesin ini hanya boleh 
digunakan dalam masa yang singkat sahaja.
         
 J.L Larsen telah mengeluarkan peti sejuk yang pertama pada tahun 1913 
yang dijalankan secara manual. Namun begitu penggunaannya tidak begitu 
meluas. Pada tahun 1918 sebuah syarikat yang terkenal Kalvinator Company
 telah berjaya menghasilkan peti sejuk yang pertama yang berkerja secara
 automatik . Ini membuka lembaran baru dalam menghasilkan produk peti 
sejuk. Bermula dari penemuan yang pertama inilah sehingga tahun 1920 
sebanyak 200 buah peti sejuk telah berjaya dijual oleh syarikat 
tersebut. Pada tahun 1926 , peti sejuk yang pertama menggunakan seal 
hermatik compressor telah dikeluarkan . Peti sejuk yang menggunakan Seal
 Hermatik Compressor ini telah dikeluarkan oleh syarikat General 
Electric.Tidak lama kemudian Syarikat Elexrtolux pula memperkenalkan 
Automatic Absobtion Unit. Dalam jangka masa yang agak lama iaitu lebih 
kurang 300 tahun, maka wujudlah sebuah unit penyejukan yang mana sampai 
kehari ini ia digunakan dengan secara meluas. Suatu ketika dulu sistem 
penyejukan hanya digunakan oleh golongan atasan sahaja. Tapi masa kini, 
ia merupakan keperluan asas tidak kira golongan sederhana atau golongan 
atasan.  
1.2 PENGENALAN KEPADA SISTEM PENYEJUKAN
         
 Sistem penyejukkan didefnisikan sebagai proses pemindahan haba dari 
satu tempat yang tidak diperlukan kesatu tempat yang memerlukan. Haba 
yang tidak diperlukan pada suatu tempat, ruang ataupun bahan perlulah 
dipindahkan untuk menjadikan sesuatu tempat, ruang ataupun bahan menjadi
 sejuk atau nyaman. Proses ini dipanggil “refrigerated cordinarily 
(hukum penyejukan ) dimana haba akan dipindahkan dari tempat yang panas 
ketempat yang sejuk.
         
 Refrigeration ditakrifkan sebagai satu proses menjadikan sesuatu itu 
sejuk. Manakala sejuk pula boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan tanpa
 haba. Oleh sebab itu, refrigeration ialah proses pemindahan atau 
pembuangan haba dari satu bahan samada pepejal , cecair, mahupun gas.
Haba
 ialah suatu bentuk tenaga yang tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh 
dipindahkan dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Haba berpindah 
dari suhu yang tinggi kesuhu yang rendah. Haba dapat dipindahkan melalui
 tiga cara iaitu pengaliran, perolakan dan sinaran.
1.2.2 HABA
Haba
 ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau dimusnahkan. Haba  
dapat diperolehi dengan menukarkansatu tenaga kepada satu tenaga yang 
lain. Haba  boleh dibahagikankepada beberapa kelas, iaitu haba eletrik, 
haba mekanik, haba  nukleus, haba suria dan haba kimia.
Contoh:
a. Tenaga elektrik ditukarkankepada tenaga mekanik atau tenaga sawat bagi menggerakkan ‘compressor’.  
b. Tenaga suria boleh menjalankan sistem penyaman udara suria.  
c.
 Tenaga mekanik boleh menjalankan sistem penyaman udara kendaraan. Haba 
berpindah dari satu tempat kesatu tempat atau dari satu bahan kesatu 
bahan lain melalui berbagai-bagai cara. Proses pemindahan haba berlaku 
dari suhu yang tinggi kesuhu yang rendah dan berhenti apabila suhu 
kedua-duanya seimbang. 
Cara haba berpindah.  
a) Pengaliran  
b) Olakan.
c) Sinaran. 
1.2.2.a Pengaliran
         
 Haba berpindah dari satu benda atau bahan yang sama atau dua benda 
yang  bersentuhan. Contohnya: Plat keluli lembut yang dipanaskan dengan 
menggunakan  api kimpalan gas. Pada peringkat awalnya hanya tempat yang 
terkena api sahaja yang  akan panas. Tetapi lama kelamaankeseluruh plat 
tersebut akan menjadi panas.
1.2.2.b Olakan
        
 Olakan adalah pergerakan molekul-molekul apabila menyerab haba. 
Molikul-molikul  yang dipanaskan akan mengembang dan lebih ringan 
daripada molikul sejuk. Apabila  berkeadaan ringan molikul itu akan naik
 dan apabila berat, molikul itu akan tinggal  dibawah. Olakan berlaku 
apabila cecir atau gas dipanaskan atau disejukan.
1.2.2.c Sinaran
         
 Sinaran adalah proses pemindahan haba secara terus tanpa melalui 
perantaraan dari  bahan bersuhu tinggi kepada bahan bersuhu rendah 
melalui ruang udara yang kosong.  Contohnya : sinaran cahaya matahari 
yang memancarkan kebumi. Bahan-bahan yang  terdedah kepada cahaya 
matahari akan menjadi panas. Adakalanya bahan yang  terkena cahaya 
matahari ini akan terbakar.
1.2.3 Unit-unit ukuran haba.
a) Unit imperial, yang menggunakan sukatan unit haba British (‘BTU’)
b) Unit metrik, yang menggunakan sukatan dalam unit kalori dan joule.
1.2.3.1 Unit Haba British (British Thermal Unit)
        
 Unit ini lebih dikenali dengan ‘BTU’. Berat dikira dalam sebutan paun 
dan suhu  disukat dengan darjah Fahrenheit. Btu bermaksud jumlah 
kandungan haba yang  diperlukan bagi menaikkan suhu 1 lb air pada 1°F. 
1.2.3.2 Unit Metrik
         
 Unit metrik terdiri dari dua ukuran, iaitu unit kalori dan unit joule. 
Dalam unit kalori,  berat dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula 
disukat dalam darjah Centigrade. Gram kalori bermaksud 1 gram air 
memerlukan kandungan haba 1 gram-kalori untuk  menaikkan suhu sebanyak 
1°C.  Berat unit joule dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula 
disukat dalam darjah  centigrade. Kilojoule bermaksud 1 kilogram air 
memerlikan kandungan haba 4.187  KJ untuk menaikan suhu sebanyak 1°C.
PERSAMAAN :
746 WATT = 1 KUASA KUDA
1 K.K = 0.746 KILOWATT
1 Kw = 1.34 KUASA KUDA.
Pertukaran ‘Btu’ , Kalori dan Joule
1 ‘ Btu ’ = 252 kalori
1 ‘ Btu ‘ = 0.252 Kilokalori.



No comments :
Post a Comment