Wednesday, January 13, 2016

4. COMPRESSOR ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

4. COMPRESSOR

PENERANGAN

          Pemampat adalah bahagian yang terutama bagi peti sejukdan mesin hawa-dingin. Ini  adalah sama seperti jantung pesawat sistem penyejuk. Peti sejuk moden dan  hawadingin menggunakan motor pemanpat penyejuk bentuk tertutup rapat. Motor dan  pesawat pemanpat dipasang jadi satu yunit diletak dalam kotak buatan dari besi.  Bahagian gerakan pesawat pemanpat direndam minyak, bagi menjaminkan dapat  pelicin yang baik supaya dapat diguna lama dan tidakperlu membaiki atau mengganti  alat pengganti. Setengah pusingan pemanpat menggunakan bentuk pesawat putar  (rotary) adalah lebih senyap. Hawadingin buatan baru pun gunakan pemanpat putar.  Setengah peti sejuk model lama menggunakan pemanpat bentuk terbuka, ini  bermaknalah motor dan pemanpat adalah terbahagi kepada dua bahagian  menggunakan talisawat manarik pemanpat berpusing. Bab ini sengaja memperkenalkan  cara membaiki bentuk pesawat terbuka memudahkan kenal bahagian yang  mustahak.

          Sistem penyejukan (refrigeration system) terbahagi kepada bentuk pesawat dan  bentuk tak pesawat (mechanical and nonmechanical). Pasangan penyejukan bentuk  pesawat menggunakan pemanpat untuk jantung. Bagaimanapun kegunaan alat pemanpat  adalah sama, ia membolehkan sistem penyejukan menghasilkan satu tekanan  beza supaya bahan penyejukan dapat mengalir dalam sistem penyejukan dari satu  bahagian ke lain satu bahagian. Tekanan beza dalam keletakan tekanan tinggi dan  tekanan rendah membolehkan cecair bahan penyejukan dapat melintas injap kawalan  (control valve) hanyut masuk ke bahagian pembeku sejuk, bahagian ini dinamakan  pencairwap (evaporator). Tekanan wap gas bahan penyejukan dalam pencairwap  mestilah lebih tinggi daripada tekanan tabung simpanan penyejukan bahagian  penyedut gas, bagi wap gas punca tekanan rendah mengalir dari pencariwap mengalir  masuk ke dalam tabung simpanan.

4.1. Jenis Pemanpat

          Bentuk pemanpat pasangan peti sejuk keluarga atau pasangan penyejuk bentuk
kecil adalah terbahagi ke beberapa jenis:

Dari binaan dan kendalian terbahagi:
1. kebuk tunggal (single cylinder)
2. kebuk kembar (twin cylinder)

Dari cara tekanan terbahagi:
1. bentuk salingan (reciprocating)
2. bentuk putar (rotary)

Dari bentuk pusingan terbahagi:
1. bentuk memutar terus (direct drive)
2. bentuk memutar talisawat (belt drive)

Dari pasangan sawat gerakan terbahagi:

1. bentuk putar talisawat terdiri (independent belt drive)
2. bentuk putar terus setengah rapat (semi-hermetic direct drive) motor dan
    pemanpat dipasang dalam kotak terasing (motor and compressor in separate
    housings)
3. bentuk putar terus sepenuh rapat (thermetic direct drive) motor dan pemanpat
    dipasang dalam satu kotak yang sama (motor and compressor in same
    housing).

          Pemampat penyejuk kegunaan keluarga moden menggunakan bentuk pasangan  rapat salingan, bentuk peti sejuk lama dan bentuk pasangan penyejuk kecil  menggunakan bentuk terbuka (open type), pasangan ini mengasingkan motor dan  pemanpat dengan menggunakan talisawat memusingkannya.Bentuk pemanpat  salingan terbahagi kepada kebuk tunggal, atau kebuk kembar,keletakan susunan  dipasang melintang (horizontal) atau menengak (vertical).Ombol (piston), atau aci  engkol (cranshaft) digerak oleh lengan penyambung (rod tangkai — connecting rod),  bahagian lengan penyambung yang besar dipasang dengan aci engkol, dan sebelah  lag; dipasang dengan pin omboh (piston pin) sebab inilah dapat gerakan putaran  (rotating motion) aci engkol memutarkan gerakan salingan (reciprocating  motion)omboh.


Dasar Kendalian Pemampat

          Bahan penyejukan dapat dimasukkan dan dikeluarkan daripada pemanpat  kerana dikawal oleh injap sedut (suction valve) dan injap buangcas (discharge valve)  yang dipasang atas papan injap (valve plate). Dua injap kawalan dipasang atas papan  itu membinajadi bahagian bawahtudung kebuk. Gerakan hentakan injap,  membolehkan bahan penyejukan cuma dapat melintas injap buangcas  mengeluarkannya, melalui injap sedut menyedut masuk. Oleh kerana ketika omboh  dalam perjalanan ke bawah adalah perjalanan menyedut, tekanan kebuk terkurang,  kerana tekanan gas dalam kebuk itu terendah daripada tekanan dalam tabung  penyedut. Gas penyedut yang disedut itu menolakkan injap sedut terbuka bagi gas  masuk ke dalamnya. Ketika omboh bergerak dengan hala sebalik adalah perjalanan  menekan, tekanan dalam kebuk akan meningkat, memaksakan injap sedut tertutup.  Oleh keranan tekanan kebuk bertambah, membolehkan injap buangcas terbuka, bagi  bahan penyejuk setelahditekan dapat masuk ke dalam pemeluwap. Ini menjadikan  tekanan tinggi bahan penyejuk. Sebab inilah perjalanan sedut gas ialah gas bahan  penyejuk dimasuk ke dalam kebuk, dan perjalanan menekan ialah menekan bahan  penyejuk dan dibuangcas keluar daripada kebuk. Dua injap bagi sedut dan keluar  dikawal oleh perubahan tekanan dalam kebuk itu.




PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

 Pembahagian Jenis-Jenis Pemampat

Reciprocating Type

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA  

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


i) Open Type
Pemampat terbuka

          Pemampat terbuka dikemaskan dengan bol. Aci engkolnya terkeluar daripada blok  atau kotak engkol. Aci engkol digerakkan oleh takal dan tali-sawat atau terus  digerakkan oleh motor elektrik. Pemampat terbuka memerlukan adang aci engkol  supaya minyak dan bahan pendingin tidak terkeluar daripada pemampat dan udara  tidak masuk ke dalam pemampat. Gambarajah dibawah menunjukkan satu jenis  pemampat salingan terbuka yang digerakkan oleh takal dan talisawat. Pemampat ini  mempunyai satu silinder. Aci engkolnya jenis sipi. Rod rangkai dicagak pada sipi dan  disambung pada omboh. Aci engkol dilengkapkan dengan penimbal dan di-imbangi  dengan betui untuk memastikan pergerakan pemampat menjadi lancardan tidak  bergegar.
          Pemampat jenis terbuka digerakkan oleh motor elektrik. Aci engkolnya yang terkeluar  daripada kotak engkol memerlukan adang aci engkol untuk mengelakkan minyak dan  bahan pendingin daripada terkeluar dari sistem, dan menghalang udara daripada  masuk ke dalam sistem. Adang aci engkol menggunakan dua permukaan yang  bergesel. Satu permukaan berpusing dengan aci engkol dan di-adang pada aci dengan  gelang-0 yang dibuat daripada bahan sintetik. Permukaan yang satu lagi dilekapkan  pada kotak engkol bersama gasket tahan bocor. Lihat Gambarajah kedua, iaitu  gambarajah yang menunjukkan keratan adang aci engkol.


PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


Asas operasi pemampat salingan

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA



ii) Semi – Hermatic Type.


Kebanyakan unit – unit semi – Hermatik mengunakan Valted Assembly dan  dilengkapkan dengan servis valve. Pemampat dan motornya ditempatkan didalam satu  “ Housing “ . Jadi “ Crane Shaft – Seal dan Belting “ tidak perlu digunakan jika  berlaku kerosakan baik pulih pada pemampat dan motornya. Bahagian ini boleh  diservis dan alat dibahgian yang rosak boleh ditukar ganti.


PRNDIDIKAN PENYAMAN UDARA



iii) Hermatic Type

Rotary Type
Pemampat Putar 

         Pemampat putar terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama mempunyai dua atau lebih  bilah yang ber-pusing bersama aci (bilah putar). Jenis kedua pula mempunyai satu  bilah yang menetap untuk adang saluran sedutan daripada saluran nyahcas (bilah  pegun). Pemampat putar digunakan pada peti sejuk domestik, sistem dingin-beku dan  alat penyaman udara. Pemampat ini juga digunakan pada pemam-pat penggalak di  dalam bahagian tekanan rendah pada sistem-sistem mampatan berbilang peringkat  yang besar.

(a) Pemampat putar jenis bilah pegun

           Pemampat jenis ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian bergerak dan bahagian  penetap. Bahagian bergerak mengandungi komponen gelang keluli, sesendal dan  sawar gelonsor. Bahagian penetap pula mengandungi motor dan silinder keluli. Lihat  Gambarajah a.
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
Untuk mengetahui bagaimana pemampat putar jenis bilah pegun berfungsi, lihat
Gambarajah b. Sebagai contoh, ditunjukkan pemampat yang mem-punyai satu bilah
gelonsor atau bilah pembahagi. Pada kedudukan A, kita dapat melihat bilah gelongsor
sentiasa menekan pada gelang keluli. Bahan pendingin akan masuk ke dalam ruang di
antara gelang dan dinding silinder.

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
Gambarajah b : Gerakan pemampat jenis bilah pegun.

          Pada waktu yang sama, bahan pendingin di hadapan gelang dimam-patkan kerana  ruang di antara gelang dan silinder kerapkali menjadi kecil. Apabila gelang berputar  seperti dalam keadaan B, lebih banyak wap bahan pendingin masuk ke dalam silinder  dan gas bahan pendingin yang dimampat akan dinyahcaskan ke pemeluwap. Pada  kedudukan C, semua wap bahan pendingin yang dimampat dinyahcaskan ke  pemeluwap melalui liang nyahcas. Wap bahan pendingin yang baru akan masuk  melalui liang sedutan. Proses sedutan dan nyahcas akan berulang.


(b) Pemampat putar jenis bilah putar

          Pemampat putar jenis bilah putar mempunyai bebe-rapa bilah di dalam rotor. Bilah ini  akan sentiasa ditekan ke dinding silinder oleh tenaga empar semasa rotor berpusing.  Gambarajah 1 menunjukkan cara-cara pemampat ini bekerja. Wap bahan pendingin  yang bertekanan rendah akan masuk melalui liang sedutan A. Pada kedudukan B,  proses sedutan masih berlaku. Apabila rotor berpusing pada kedudukan C, proses  sedutan berakhir. Kedudukan D menunjukkan proses sedutan nyahcas yang baru  berlaku. Nyahcas beriaku kerana ruang di antara silinder dan rotor kerapkali  berkurangan. Isi-padu yang berkurangan membuattekanan dan suhu menjadi tinggi.  Semasa gas bahan pendingin dinyahcaskan, gas ini akan melalui liang nyahcas kerana  tidak ada ruang lagi untuk bahan pendingin lalu di hadapan-nya. Pada masa ini,  kelegaannya ialah 0.025 mm. Kelegaan yang terlalu kecil ini bercampur dengan  minyak pelincir bagi mengelakkan kebocoran dari-pada berlaku di antara tekanan  tinggi dan tekanan rendah.


PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
Gerakkerja pemampat putar jenis bilah putar

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

No comments :