Wednesday, January 13, 2016

5. CONDENSOR ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

5. CONDENSOR

TAJUK : PEMELUWAP(CONDENSER)


 TUJUAN :

          Kertas penerangan ini menerangkan tentang fungsi-fungsi condenser dan spesifikasi  yang terdapat pada komponen tersebut. Di harap pada pelajaran ini para pelatih akan  dapat memahami semua yang diterangkan dan dapat mempraktikkannya di dalam  kerja amali yang akan dijalankan.


PENERANGAN :
           Fungsi condenser ialah menyingkirkan haba dari sistem penyejukan. Telah diketahui  bahawa penyejukkan ialah proses pemindahan haba dari tempat yang tidak memberi  halangan. Jadi melalui condenser haba akan dikeluarkan dengan cara diserap oleh  media(udara) yang dapat menyerapnya. Bahan pendingin yang berbentuk wap  mengalir masuk kecondenser mengandungi haba yang yang diserap di evaporator,  haba lampau(super heat) dan haba mampatan yang bersuhu dan bertekanan tinggi.  Haba-haba tersebut akan disingkirkan dan akan disejukkan ketakat didihnya. Ini  bermakna sensible heat(haba deria) dan latent heat(haba pendam) dikurangkan lalu  bahan penyejuk bertukar bentuk daripada wap kececair.

Teori Proses Penyingkiran Haba Di Condenser.
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
          Rajah diatas menunjukkan garisan suhu °C ialah garisan menegak dan garisan  melintang ialah garisan kandungan haba Kcal/kg. Bahan pendingin berbentuk cecair  disemua kawasan disebelah kiri A. Disebelah kanan B pula ialah berbentuk wap.  Bahan pendingin didalam garisan A dan B berbentuk wap dan cecair, atau lebih  dikenali kawasan campuran. 

           Bahan pendingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi akan mula masuk ke condenser  di tempat 1. Proses pemindahan haba berlaku dimana suhu menjadi kurang dari 40°C  ke 30°C iaitu proses dari 1 ke 2 dan haba yang dipindahkan ialah haba lampau. 2  ialah takat tepu. Proses pemindahan haba terus berlaku dari 2 ke 3 dan haba yang  dipindahkan ialah haba pendam.  

          Bila haba pendam dipindahkan atau disingkirkan lalu bahan pendingin akan bertukar  bentuk dari bentuk wap ke cecair. Haba deria tidak sedikitpun dipindahkan dari  proses 2 ke 3. Seterusnya proses sub-cooling pula mengambil tempat iaitu proses 3 ke  4 dimana suhu dikurangkan dari 40°C ke 30°C dan haba deria disingkirkan.  Dicondenser proses pemindahan atau penyingkiran haba berlaku berperingkat-peringkat.  Mula haba lampau disingkirkan diikuti dengan haba pendam dan haba  deria(proses sub-cooling). Kesimpulanya. Haba deria dan haba pendam disingkirkan  dicondenser. Bacaan kandungan haba deria dan haba pendam diambil lalu dibuat  perbandingan.

Haba lampau 141 kcal - 140 kcal = 1
Haba deria    107 kcal - 105 kcal = 2
                     Jumlah                    = 3 kcal
Haba pendam 140 kcal - 107 kcal = 33 kcal.

Dari kiraan diatas menunjukkan haba yang banyak sekali disingkirkan oleh condenser
ialah haba pendam.


Keupayaan condenser.

          Pemindahan atau penyingkiran haba dicondenser ialah cara pengaliran pada  dinding tiub yang digunakan. Keupayaan condenser bergantung pada luas meter2  condenser dan perbezaan suhu diantara condensation bahan pendingin dengan media  penyerap haba jika faktor U tetap.Jika faktor U dan luas meter2 condenser pula tetap  maka keupayaan condenser bergantung pada perbezaan suhu condensation bahan  pendingin dengan media penyerap haba. Kesimpulanya, keupayaan condenser boleh  ditambah dan dikurangkan dengan meninggi atau mengurangkan perbezaan suhu.

Media dan Jenis-jenis condenser.

          Udara dan air digunakan sebagai media untuk menyerap haba dari bahan pendingin dicondenser. Udara dan air digunakan kerana ia murah dan mudah diperolehi.

Jenis-jenis condenser

1. Air cooled condenser(pemeluap sejuk air)
2. Water cooled condenser(pemeluap sejuk air)
3. Evaporative condenser(pemeluap cairwapan)

Air cooled condenser.

Media penyerap habanya ialah udara yang melalui dicondenser.
Ia terbahagi kepada dua :

1. Natural convection(tiada menggunakan kipas)
2. Forced convection(menggunakan kipas)
    Condenser yang tiada menggunakan kipas bergantung pada luasnya kawasan
    sentuhan udara dan tiub bagi proses pemindahan habanya. Tapi mestilah
    berhati-hati semasa membentuknya supaya kos bahan yang digunakan tidak
    terlalu mahal. Kos bahan dan saiz condenser mestilah seimbang. Air cooled
    condenser boleh didapati dalam tiga bentuk.


1. Tiub kuprum atau besi keluli sering digunakan. Kawasan sentuhan bagi proses
    pemindahan haba cuma tiub itu sahaja.
2. Kawasan sentuhan telah ditambah dengan adanya jaring-jaring yang diperbuat
    daripada rod besi keluli.
3. Kawasan sentuhan lebih meluas setelah tiub dilekatkan pada plate.

* ketiga-tiga bentuk condenser diatas digunakan pada sistem domestik.

          Condenser yang menggunakan kipas, keupayaan condenser ini boleh ditambah  dengan menyembur udara kepermukaan condenser. Kipas digunakan dan fins(sirip)  dilekapkan pada gelong condenser agar udara dapat diarahkan tepat kepermukan  condenser. Kipas jenis propeller digunakan. Pilihan kipas bergantung pada beberapa  faktor seperti rintangan udara, takat bising, keluasa tempat dan sebagainya.

Halaju Udara (meter/minit) = Kandungan udara(meter3/minit)
                                            Luasnya permukaan condenser(meter2)




DISMANTLE & ASSEMBER CONDENSER 

          Sebagai seorang Mekanik Penyaman Udara , adalah penting untuk mengetahui  kedudukan yang sesuai ketika hendak memasang outdoor unit. Ini kerana kedudukan  menempatkan outdoor unit pada tempat yang salah boleh mempengaruhi kapasiti  penyejukan penyaman udara yang telah dipasang.  Lokasi pemasangan yang sesuai bagi outdoor unit

1. Pembebasan haba dari outdoor unit tidak terhalang. (Heat radiation of
    condensor not restricted)
2. Di pasang pada tempat yang kukuh. ( Firm foundation , solid wall )
3. Panjang tiup mestilah mengikut specifikasi. ( Withing specified tubing length )
4. Hindarkan dari terkena percikan air. ( Avoid water splashing )
5. Elakkan dari mudah di sentuh / gapai oleh kanak-kanak atau haiwan. ( Avoid unit
    reached by children / animals.
6. Mudah untuk melakukan pembaikan ataupun penservisan. ( Easy for inspection
    and maintenance )

 
Pemasangan outdoor unit yang salah :


PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


          Permasalahan yang sering dihadapi oleh mekanik atau juruteknik hawa dingin ialah  kedudukan outdoor terbabit jika melibatkan lebih dari 1 unit.Kedudukan penyusunan  outdoor unit yang salah seperti gambarajah diatas boleh menyebabkan unit tidak dapat  berfungsi dengan sempurna ini kerana pembebasan haba yang dikeluarkan oleh  outdoor unit tidak dapat bergerak dengan baik.Ini boleh menyebabkan kapasiti  peyejukan berkurangan dan boleh menyebabkan jangkahayat pemampat berkurangan  kerana bekerja dalam keadaan beban yang tinggi.  Gambarajah A menunjukkan kedudukan yang betul ketika menyusun outdoor unit  yang lebih daripada 1 unit.


PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

          Peredaran udara yang terhalang , juga boleh menyebabkan kapasiti penyejukan sistem  tersebut berkurangan.Ini kerana udara panas yang disingkirkan oleh pemeluwap tidak  terlepas keluar dan udara panas tersebut akan kembali semula ke pemeluwap dan suhu  udara panas yang disingkirkan akan bertambah dari masa ke semasa.Jangkahayat  pemampat juga akan pendek disebabkan sentiasa bekerja dalam keadaan beban yang  tinggi.

No comments :