Wednesday, January 13, 2016

2. JENIS- JENIS AIR COND SISTEM PENYAMANAN UDARA JENIS-JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

2. JENIS- JENIS AIR COND

SISTEM PENYAMANAN UDARA

JENIS-JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA

          Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di  negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial . Bab ini diterangkan sistem  penyamanan udara komersial dan domestik yang merupakan asas dalam teknologi  sistem penyamanan udara.

Sistem penyamanan udara terbahagi kepada empat bahagian:

1. Sistem penyamanan udara unit tingkap ( Window unit )
2. Sistem penyamanan udara unit pisah ( Split unit )
3. Sistem penyamanan udara unit pisah berbilang ( Multi split unit )
4. Sistem penyamanan udara unit bungkus / kemas siap ( Package unit )
5. Sistem penyamanan udara unit komersial ( Perdagangan )

2.1. Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap
          Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah  bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas  memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang  kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak  digunakan lebih daripada sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya  dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan  untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan  sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya. 
Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i)  Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal
     suhu secara berasingan.
(ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang
     banyak.
PPU ASAS

(iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah
     (kekal).
     Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:

(i)  Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
(ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa
      dipecahkan.
(iv) Sekiranya berlaku kerosakan, sukar untuk menurunkan unit tersebut kebawah berseorangan.
PPU ASAS
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

         Bagaimanapun dewasa ini unit tingkap begitu popular digunakan di rumah-rumah dan di pejabat-pejabat yang mempunyai ruangan yang kecil



PPU ASAS

2.2. Penyamanan Udara Unit Terpisah 
          Unit terpisah (split unit) adalah sistem penyamanan udara yang berasingan  unit penyejatan dan pemeluwapan. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit  dalam dan unit luar. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit luar  pula terdiri daripada pemeluwap, pemaipan, kipas pemeluwap serta alat tambah lain  yang dipasangkan setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan.  Unit dalam dipasangkan di dalam bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar  dipasangkan di luar bilik.

Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah:
(i)   Lekapan dinding.
(ii)  Lekapan lantai.
(iii) Gantungan siling.


PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

          Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa

ini kerana :

(i)  Pemasangannya lebih mudah dan cepat.
(ii) Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya
     sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm.
(iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi.
     Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah
     mengikut kehendak pengguna.
(v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.

          Sungguhpun harga sistem penyamanan udara unit terpisah lebih tinggi daripada unit  tingkap, sistem tersebut lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkan  konsep keselesaan, sunyi dan daya penyerapan haba yang baik.
 2.3. Pemaipan unit luar dan unit dalam 
          Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Unit luar dan unit  dalam dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua unit. Untuk  menyambungkannya, lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm diperlukan.


PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA
 
          Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup  untuk kitarannya. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi semasa kerja-kerja  pemasangan kecuali melakukan sedikit pembersihan (purging) pada unit dalam untuk  menyambungkannya dengan unit luar. Berbanding dengan unit tingkap, pemasangan  unit terpisah memerlukan masa yang agak panjang untuk menebuk dinding atau  tingkap.

2.4. Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang 
          Penyamanan udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai satu  unit luar dan beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit  dan tidak melebihi tiga unit. Unit dalam yang digunakan boleh didapati daripada  ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah mengikut citarasa pengguna. Unit terpisah  berbilang ini digunakan pada kediaman atau pejabat yang mempunyai bilik yang  banyak. Unit terpisah berbilang mempunyai beberapa kebaikan walaupun harganya  tinggi. Di samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


2.5. Kebaikan unit terpisah berbilang
(i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.
(ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap.
(iii) Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini tidak jauh bezanva daripada unit terpisah kecuali unit luarnya disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam . Unit Iuarnva pula mestilah berkeupayaan untuk memampat dan menyingkirkan haba dan dua atau tiga penyejat. Oleh itu, banyak alat tambah digunakan, seperti subakumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah haba,dan penerima.Tujuannya ialah untuk meninggikan keupayaan dan sebagai langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut

2.6. Basic Component Air Cond
1. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat )
2. Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan )
3. Compressor
4. Capillary Tiub
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA




PPU ASAS


PPU ASAS
PPU ASAS
PPU ASAS
PPU ASAS
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

No comments :