Wednesday, January 13, 2016

8. KEPELBAGAIAN KOMPONEN/ VARIOUS COMPONENT ~ PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA/ PPU ASAS

8. Various Component

Bermacam kompenan penyejukan

TAJUK : MEMASANG PELBAGAI KOMPONEN PENYAJUKAN

TUJUAN :

          Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih tentang pemasangan pelbagai komponen dalam sistem penyaman udara. Antara komponen-komponen yang perlu dibuat pemasangan ialah Compressor, Condenser, dan lain-lain lagi.

PENERANGAN :

          Sistem penyejukan dan penyaman udara mempunyai berbagai komponen yang bebrbeza-beza dari segi reka bentuk dan jenis bergantung kepada aplikasi sistem tersebut. Namun begitu terdapat komponen yang mempunyai reka bentuk dan jenis yang sama. Pemasangan komponen komponen ini adalah bergantung kepada tujuan :
    a. penggantian komponen yang rosak
    b. pembaikan dan dipasang semula
    c. pemasangan baru

Komponen-komponen yang terlibat didalam pemasangan adalah seperti
    • Filter drier
    • Compressor
    • Matering device
    • Oil separator
    • Low pressure swicth
    • High Pressure switch

          Pemasangan komponen-komponen ini memerlukan perhatian dan peraturan yang tertentu. Sekiranya pemerhatian dan peraturan menukar komponen tidak diikut dengan betul, boleh menjejaskan sistem. Sistem juga berkemungkinan beroperasi dibawah kecekapan yang sebenarnya. Pada sistem lebih besar pemasangan yang tidak betul boleh mengakibat kerugian dan pembaziran.

 
Komponen dan peralatan lain yang terlibat dalam kerja pemsangan komponen.

           Adakalanya sebelum komponen ditukar ganti, bahan pendingin atau refrigerant perlu diasing kan dari komponen yang akan diganti atau dikeluar kan . Proses ini di kenali sebagai pump down. Untuk melakukan kerja pump down beberapa peralatan dan komponen lain perlu diketahui penggunaanya.


Service valve
Service valve atau manual shut off valve amat meluas digunakan terutama pada sistem yang berkapasiti besar.


Binaan dan reka bentuk service valve
Service valve terdapat dalam berbagai saiz. Rekabentuk dan binaan boleh dilihat pada
gambarajah di bawah.

 
PENDIDIKAN PENYAMAN UDARAPENDIDIKAN PENYAMAN UDARA PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA




Service valve ini biasanya dipasang pada :
    a. saluran sedutan di compressor
    b. saluran discas di compressor
    c. saluran masuk di liquid reciever
    d. saluran keluar di liquid reciever


Kedudukan service valve

          Terdapat 3 kedudukan service valve yang boleh dilaras semasa kerja-kerja pump down.     Back seated -- kedudukan iinjjap sttem berrada sepenuhynya diibelakang     IIntterrmediiatte – iinjjap sttem berrada dii perrttengahan     Frrontt seatted – Kedudukan iinjjap sttem berrada sepenuhnya diihadapan

 
Back seated

Saluran 2 dan saluran 3 ada hubungan ((terbuka)).. Saluran discharge/suction dihubungkan ke pemampat.. Tiada bacaan tekanan boleh diambil kerana saluran ke gauge tertutup.. 




Intermediate

Semua saluran ada hubungan. Saluran 1,2 dan 3 ada hubungan atau terbuka Bacaan
tekanan sistem boleh diambil.

PPU ASAS

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA


Front seated
 
Hanya saluran 1 dan 3 sahaja terbuka dan ada hubungan. Bahan pendingin dari saluran suction atau discharge tidak memasuki pemampat, saluran ditutup

Sistem pump down

Satu kaedah mengumpul semua bahan pendingin (refrigerant) di condenser atau receiver tank atau kedua-duanya sekali. Pump down adalah satu kerja yang penting didalam kerja menukar komponen kerana melibatkan penjimat bahan pendingin dengan jumlah yang banyak.

Tujuan pump down

Memudahkan kerja-kerja pembaikan contohnya, menukar TXV, membaiki pemampat, menukar filter drier dan sebagainya tanpa pembaziran bahan pendingin (refrigerant).

Melakukan kerja pump down

         Gerakerja pump down adalah boleh dijelaskan dalam gerak kerja amali. Gambarajah 8.5g menunjukan secara ringkas bagaimana pump down dilakukan. Alat manifold gauge dipasang seperti digambarajah. Kedudukan service valve ketika ini berada pada kedudukan intermediate, kecuali service valve di keluar condenser yang berada pada kedudukan back seated. Setelah sistem dihidupkan sehingga stabil service valve pada keluar condenser dilaras pada kedudukan fronseated. Bacaan tekanan dibahagian tekanan rendah akan menurun oleh kerana semua bahan pendingin dipindahkan ke condenser. Sistem akan dimatikan apabila bacaan tekanan rendah mencapai 1-2 psig. Dengan pantas service valve di saluran sedutan akan dilaras ke kedudukan front seated.

PENDIDIKAN PENYAMAN UDARA

No comments :